Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, November 14, 2010

Siri Upin & Ipin Muncul 30 Minit Mulai Mac 2011

Upin & Ipin menjadi kartun animasi popular masa kini. - Foto oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Siri Upin & Ipin bakal disiarkan selama 30 minit mulai Mac tahun depan berbanding tujuh minit sebelum ini di TV9.

Purata rating slot tujuh minit siri Upin & Ipin sebelum ini mencatat jumlah penonton sebanyak dua juta orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Setelah memerhatikan rating siri Upin & Ipin yang disiarkan selama tujuh minit, kami menganggap permintaan terhadap siri ini sangat tinggi.



Feisal Abdul Malik (dua dari kanan) semasa sidang media Karnival Upin & Ipin di Pusat Konvensyen Shah Alam. - Foto oleh AZMAN GHANI

“Jadi, sebab itu kami mengambil keputusan untuk menyiarkan musim terbaru Upin & Ipinselama 30 minit bermula Mac 2011.

“Kami akan turut menyiarkan siri terdahulu dengan menggabungkan slot tujuh minit kepada 30 minit,” kata Ketua Pengurusan Penjenamaan TV9, Feisal Abdul Malik, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.

Selain itu, TV9 akan menyiarkan program Kelab Upin & Ipin yang mempunyai pelbagai segmen mulai Jun 2011.


kredit to mStar online....



PS: bangga kerana sikembar kegemaran umai selalu bersiaran, banyak info maklumat yang umai boleh belajar....

14 ulasan:

Ain said...

seronok la anak2 kita, kartun kegemaran dorang lebih lama ke udara...

kalau tak mesti tak puas hati jer manjang, kejap jer tengok campur pulak iklan dah pun habesssss....

tak syiokkk kan ayu....

Mas said...

bestnya..anak2 mas minat betul ngan upin ipin ni....

eelobor said...

hehehe, ramai gak peminat citer upin ipin nih

mohad said...

minat upin dan ipin ya..

IMANSHAH said...

betul-betul-betul (suara ipin dan upin)

azieazah said...

Yang sekarang ni, tayang 10 minit jer pun budak2 sanggup berebut remote nak tengok, (wpun ada tu dah ulang), tapi tetap tunggu jugak..

wahhh best nih.

nur said...

org tua pun suka ni
ALL IN ONE

Unknown said...

kak ain--
setuju kak, sure anak-anak kita asyik depan tv..tapi tak apalah..semua episod berilmiah...

kak...umai pun kalau upin n ipin abis gerenti nak sambung dengan vcd pula

Unknown said...

mas--
samalah...umai pun sangat-sangat minat..buku kartun upin pun ada dalam simpanan..

Unknown said...

eelobor--
si kembar nie..memang kesukaan kami sekeluarga...suka ulang tayang...

Unknown said...

mohammad-
bukan anak jer, ibu bapa pun turut sama...sangat minat si kembar tu

Unknown said...

cikgu--
hehehehhehe...

Unknown said...

kak azie--
setuju sangat....minta2 betullah pogram nie...bukan apa..banyak kebaikan...

Unknown said...

nur--
hahahaha..orang tua. dewasa, kanak-kanak semua minat si kembar