Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, November 23, 2010

'Budak Itu Bukan Anak Saya' - Yus May

Yus (kiri) bersama ahli kumpulan May

PETALING JAYA: Gitaris kumpulan May, Yus atau nama sebenarnya, Mohd Mokhtar Mohd Madin, 48, menolak dakwaan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan penghidap penyakit Aids adalah anak kandungnya.

Menurut Yus, dia terkejut apabila kanak-kanak berusia sembilan tahun yang kematian ibu dan adik akibat penyakit tersebut memberi kenyataan berkenaan.

Lebih mendukacitakan apabila ibu saudara kepada kanak-kanak yatim piatu itu turut mengiakan dakwaan tersebut.

"Ingin saya jelaskan di sini kanak-kanak itu bukan anak saya dan ia merupakan satu kesilapan yang tidak dijangka.

"Sekarang saya berada di Teluk Intan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya telah berjumpa dengan ibu saudara kanak-kanak itu dan dia telah pun meminta maaf kepada saya," kata Yus ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Pada Ahad lalu, kanak-kanak tersebut mendakwa bapanya iaitu Yus dan ibunya telah pun meninggal dunia akibat penyakit Aids dan dakwaan tersebut turut diakui oleh ibu saudaranya sendiri.

Selain ibu dan bapa, adik kanak-kanak yang dikenali sebagai S itu turut meninggal dunia akibat penyakit yang sama.

Kata Yus, dia terpaksa pergi ke Teluk Intan, Isnin, untuk bertemu keluarga kanak-kanak tersebut selepas kenyataan berkenaan menimbulkan macam-macam andaian buruk membabitkan hubungannya dengan isteri.

Ujarnya, selepas pihak keluarga kanak-kanak itu termasuk ibu saudaranya memohon maaf, barulah hatinya menjadi lebih tenteram.

Bagaimanapun, Yus tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap kedua-dua mereka dan menganggap arwah bapa kanak-kanak tersebut mungkin salah seorang peminat kumpulan May sehingga membuatkan kanak-kanak itu mengatakan bapanya adalah Yus.

"Tak mungkin saya akan mengambil tindakan terhadap mereka. Saya kasihan melihat nasib malang kanak-kanak itu.

"Bagaimanapun selepas artikel mengenai kanak-kanak itu dipaparkan di sebuah akhbar, saya tertekan kerana ia memberi kesan besar kepada saya dan keluarga.

"Malah saya dan isteri bercanggah pendapat mengenai hal ini selain menyebabkan orang ramai memandang serong terhadap saya," ujarnya.

Kreadit to mStar online



PS: semoga kes ini tidak berpanjangan….kesian yang kena aniaya…

8 ulasan:

dieya said...

pelik betul kan.. budak tu kata ayahnya dah meniggal, tapi sah2 laa si yus tu hidup lagi, tapi kata pulak yus tu ayah dia.. eh.. mcm mana tu..
mcm2 perangai org ni kan ;-)

Kasih Suci - Mama Damia said...

singgah kat sini melepaskan rindu sama tuan punye blog...hehehe

IMANSHAH said...

banyak bersabar YUS

norhidana said...

nsb lah yus ni sabar n cool bukan jenis yg panas baran,,, kalu cam artis yg cpt melenting msti dh brapi2 dia mengamuk time ditemu ramah melodi

akak ku yg bz.....
rindu la

azzey said...

Siti Ruhayu: nape blh jd cam tu ye? Tk intan tu kpg saya plak tu.....np le suka2 hati buat cerita.Sian Yus

Anonymous said...

salam..

pelik juga leh jadi mcm ni....

eelobor said...

tahniah kepada bro yus yang masih waras pertimbangannya & turut bersimpati dengan masalah anak kecil tersebut.

qasehraihan said...

uitttt...takkan berani ngaku saja2..pelik gak tu..huuuu