Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, November 25, 2010

SEDIH bila mengigati kisah itu.............

(TQ GOOGLE)

Kisah ini berlaku 19 tahun dahulu..pengalaman yang tidak dapatku lupakan…ianya pengalaman yang kekal diingatanku hingga kini..mungkin pengalaman ini membuka pekung didada,,namun ianya reality..bukan fantasi

Aku gemar mengikuti perkhemahan sekolah,masih ingat lagi..kelab persatuan beruniform..aku dari tunas putri..

Waktu itu, sekiranya pekhemahan diadakan. Penutupnya mesti diserikan dengan acara persembahan dari ahli –ahli kelab Persatuan……

Aku tak terkecuali, dipilih oleh kakak-kakak senior…mungkin aku seorang yang agresif dan bersuara lantang…mempunyai keupayaan dalam menyampaikan atau mempersembahkan apa jua hiburan atau nyanyian

Entah mengapa saat itu, aku sukar mengingati lirik lagu yang ingin aku persembahkan, apatah lagi tajuk lagu…Bagaimana aku harus mengingati bila saat-saat akhir aku terpilih?

Gelisah…

Resah..

Bingung……4jam lagi aku perlu menonjolkan bakat yang ada…senior semua dah memberi semangat dan galakkan kepadaku…

Aku???? Masih lupa lirik….

Terpikir, wajarkah aku pulang menemui ibunda??, kerana hanya ibunda yang menghafal lagu yang ingin kupersembahkan..ibunda dan aku punya minat yang sama…menyanyi………

Selepas mendapat kebenaran dari guru yang bertugas…aku mengayuh basikal merah kesayangku yang banyak memberi jasa …melalui tanah merah (jalanraya difelda, tahun 80an,,belum bertar)

Entah mengapa….apabila menuruni bukit yang tinggi..aku gayat…aku seakan terawang……..hilang pertimbangan dan kawalan terhadap handel basikalku…..selepas itu……..aku tidak dapat mengingati apa-apa…



PS:Yang kutahu, aku hanya mendengar suara cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang memanggil dan menyeru namaku untuk menyedarkan aku dari pengsan…

Kesan eksiden yang ku alami:-

  1. aku hilang 2 batang gigi,
  2. patah tangan kanan, hingga kini…kesannya aku tak dapat memegang sesuatu barang dengan tempoh yang lama
  3. walaupun aku fobia menunggang basikal…namun aku tidak takut mengayuh basikal
  4. ambil peperiksaan sekolah agama dengan menggunakan tangan kiri, kesannya…aku tak dapat naik ke kelas 3…sedih ooooo
  5. bila melihat budak-budak berbasikal..aku pasti mengingati kisah sedih itu

14 ulasan:

siti ika said...

wah.. macam tu sekali.. kira lasak jugak norgnya akak ni. saya dulu masa sekolah lembik je.. hii..

azieazah said...

Sungguhlah kenangan yang sukar dilupakan tu, sebab kemalangan tu akibatnya bukan kecil, kalu sampai dah patah tulang..

Tapi bila teringat, mesti tersenyum sensorang.

Unknown said...

siti zulaika--
kak minat dengan aktiviti lasak dan ala-ala adventure..

belum lagi kak join pertandingan bahas, pidato, sajak..

asyik2 muka yang sama jer..ehehhhehe

Unknown said...

kak azie--
ayu kan memang tak boleh nak senyum..sebab terlalu sedihlah...

entah eik...sebab apa??? lagu yang ayu nak tahu sgt tu..nyayian WAn, `biar luka` tajuknya.....

sampai sekarang dah terluka...wawawawa
gigi tu yang patah....

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

salam kak..sama lah..kita pun pernah eksiden..time turun bukit lagi..berpusing kita ngan basikal2 uh...tp alhamdulillah xcedera teruk sgt..selamat berkenalan =)

Unknown said...

mmg tragis tu kak

Anonymous said...

salam..

sangat teruk la juga..sampai 2 batang gigi patah...

kella said...

hadoi... sakitnya kak...
abis sekarang ada beskal tak?
naik tak..

kita pun pernah jatuh beskal kak? eh.. macam best je nak citer ni.. kita jatuh beskal masa hantar kuih ke kantin, habis kuih bertaburan.. tapi nasib dalam plastik, kita hantar juga ke kantin dalam keadaan bibir berdarah..

balik nasib baik mama tak marah, mama tuam bibirku yang bengkak itu dengan towel panas.. huhu..

norhidana said...

hehehhe itu lah nama nyer pengalaman hidup kan kak...
bende yg blh dikenang sampai bile2...

tp tgk gaya akak nih mmg org yg lasak... jenis yg bukan lembik cam dana heheheh

eelobor said...

tengok gambar tu teringat lagu arwah sudirman

Zaidah said...

ciannyer ayu....sampai tak naik kelas...tapi kini dah berjaya menjadik usahawan...

eija_sweetmama said...

hehe..kenangan masa zaman sekolah mmg sukar dilupakan..

Unknown said...

he3..kenangan kan ayu...akak pun penah beberapa kali jatuh basikal ni...tp x la sampai cedera teruk...

p.s:dah lama x mengayuh basikal.....;)

Pala Maldini said...

sudah jatuh ditimpa basikal..