Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, November 20, 2010

Majlis Nikah, Majlis Bersanding, Majlis Makan Damai dah selesai

Majlis nikah dah selesai, hanya sekali lafaz adik bungsuku bergelar isteri kepada Razalie……sayu aku mendengar, seakan kami berpadu bersama, merasai detik yang paling sukar untuk mereka berdua….

Majlis nikah yang berlangsung di rumah ibunda diakhiri dengan sendu walaupun inilah saat paling indah untuk mereka bergelar suami isteri….

Selepas ini, segala tanggungjawab akan digalas kepada si suami…semoga hubungan perkahwinan mereka terikat dengan kesabaran dan ketabahan sepanjang menjadi suami isteri.

Jam 2 petang, paluan kompang berkumandang…..diiringi dengan titisan hujan yang lebat yang seakan mengiringi si suami mengunjungi teratak indah pelamin nun di dalam rumah….

Aku, risau….dengan keadaan cuaca yang gelap semacam..seakan membantutkan majlis persandingan…

Namun, setibanya si suami ke singahsana….cuaca yang gelap tidak mengubah apa-apa….walaupun hujan lebat…pengantin tetap tersenyum gembira…kami meneruskan rancangan seperti yang telah ditetapkan..

Lega didada……syukur…..sehingga majlis makan berdamai…..semuanya berakhir dengan majlis yang penuh gemilang..

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :-

  1. keluarga pihak lelaki
  2. keluarga pihak perempuan
  3. Andaman kak lin dan abang azizi
  4. antz`ly studio
  5. kepada sahabat, sanak saudara yang memeriahkan majlis
  6. kepada ahli blok 10 dan seluruh penduduk felda tenggaroh 1, mersing yang menjayakan majlis persandingan Siti Noorazizai dan Razali

PS: sah aku demam….baru makan panadol……..adeh…..

9 ulasan:

IMANSHAH said...

salam ayu

majlis makan damai tu macam mana yek

Lelord said...

ayu gambo jgn lupe...hahhaha akak pun cam terasa gak pasal ms akak pya kije kawin 16 disember 2006, majlis belah lelaki 17 dis, selepas majlis la johor, melaka bnjir teruk

ISZA said...

alhamdulillah.. selamat semuanya..

sekadar satu coretan said...

alhamdulilah ye ayu...semuanye berjalan lancar dgn izin allah...

Mohamad said...

Selamat pengantin baru.. semoga berbahagia selamanya.

dieya said...

conrats k ayu dpt adik ipar!
and congrats to pengantin jugak!

Mas said...

Alhamdudillah semuanya selamat.....
ayu...jaga diri dan makan ubat tau...
mas pun baru kebah demam..tinggal batuk2 jer...

AZLINA said...

Salam Ayu, dapat rasa meriahnya kenduri kawin kat sana..Selamat Pengantin Baru utk kedua2 mempelai. Harap dpt tengok gambo2 nya pulak. Ayu, jgn lupa mkn ubat tu bior cepat sembuh...Take care!

azzey said...

Siti Ruhayau: Alhamdulillah, bermulalah 1 fasa baru dlm kehidupan adik Ayu.....:)