Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, November 7, 2010

Ayam Panggang Madu Bersalut Lada Hitam

Assalamualaikum..

Alhamdullilah, agak sihat sedikit…namun,bila dah kena ubat salsema…mengantuknya…ya Allah…tak boleh control diri…nasiblah `cuti-cuti`…tak lah terbabas, sampai lupa yang maha kuasa..…

Tengahari tadi ada beritahu dengan korang yang aku nak syer resepi Ayam Panggang Madu Bersalut Lada Hitam….

Untuk kak lelord kesayangku, yang berada di doha…..resepi nie aku hentam kromo…buat sendiri…maklumlah…bahan-bahan kalau kat rumah agak tak mencukupi..berbeza kalau di citarasa rinduan…semua ada…

Untuk itu, ku persembahkan pada kalian, ini resepi sihat..tak ada campuran lemak mahupun minyak…ingat yer, resepi ini khas untuk yang berdiet sahaja…

Bahan-bahannya

Ayam - 1 ekor, ayu pilih ayam muda, buang kulit ayam, basuh dan bersihkan

Madu asli - 3 sudu makan

Garam - sedikit sahaja

Bahan-bahan yang perlu di blander

Lada hitam - ayu beli yang RM 1.00

Serai - 3 batang

Bawang putih -4 biji

Ketumbar - RM 0.50

Halia - seulas besar ibu jari

Buah keras - 4 biji

Cara-cara menyediakan

  1. Perap ayam yang disalut oleh bahan-bahan yang diblander selama 1 hari 1 malam,
  2. Masukkan madu dan sedikit garam..elok perap lama sedikit agar bumbu sebati dengan ayam.
  3. Untuk membakar, keluarkan ayam yang sudah diperap..bumbu biarkan..tapi toskan air yang ada pada ayam..
  4. Bakar oven pada suhu 200c, selama 1 jam..balik-balikkan ayam 10 minit sebelum masa tamat..atau tukar sahaja selector yang ada, samada bakar atas, bawah atau atas bawah..
  5. Siap dihidang, lebih sedap ditambah dengan lada sula, hias dengan limau nipis dan tamoto…kerana makanan yang mengandungi limau memudahkan daging ayam bertukar kepada tenaga bukan menyerap kepada tubuh badan kita hingga menghasilkan lemak.
  6. Selamat mencuba

14 ulasan:

ahmad jo said...

hm.. bestnyer.. lapar lak rase,,, dh time2 ujan ni.. hehe

Lelord said...

pehhhh terliur tgk...nanti akak cuba la

Kalamhati said...

perggh!mengancam seleraku..hehe

Unknown said...

ahmad jo--
lagi enak kalau makan dengan nasi panas dan ulaman...sesuai benar nak tambah marcel untuk jejaka yang nak badan fit...
cubalah suruh mama awak, guna pakai resepi ini



kak lelord--
insyallah...ayu yakin kak boleh buat tu...agak senang..bahan-bahan tak guna souce black paper pun...just asli sahaja..
risau guna yang install...nanti tak menjadi pula dietnya..

Unknown said...

kalam hati--
cubalah resepi ini, agak senang bila guna oven..
dalam 20 minit terakhir balikkan ayam tersebut
dalam 10 minit terakhir guna api atas bawah...insyallah minyak yang ada dalam ayam akan keluar....

eelobor said...

wah...memang membuka selera. nak kena sruh cik puan isteri buat gak nih

IMANSHAH said...

amboi demampun sibuk juga nak memasak ye,,tabik lah kak ayu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

sedapnyaaa AYU.....
esok nak buat gak la...

Unknown said...

eelobor--
cubalah suruh cik puan isteri memanggang...elok santap diwaktu makan malam...menu sihat untuk keluarga nie..


cikgu iman--
iman, kak nie tak suka malas-malasan...lagilah demam, lagi nak lawan

Unknown said...

kak MM
wajib buat dan tayang kat ayu yer...

aeinio said...

hujan kat sini.. sejukkk n lapoooooo

Unknown said...

aeinio--
jom ratah makanan yang ada...lagi sedap layan pau dgn air kopi panas...(eik,,,bab kopi tukan, tak elok sangat....itu bukan dalam lingkungan diet yer)

Mat Gebu said...

salam ayu..
Waaaa...nak order lahh ayam tu..tuu dia hasil yang sungguh memuaskann..

azzey said...

Siti Ruhayu: blh cuba ni bila ada kelapangan. sedap!