Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, November 4, 2010

Situasi keempat-empat mereka…pada 4 november tahun 2010

Si Isteri

  • Penat fizikal…selepas pulang dari hospital, terus menguruskan citarasa rinduan,..
  • Tak sempat nak uruskan keperluan en suami seperti biasa, aku rasa bersalah membiarkan dia keseorangan di rumah
  • Anakku dimandikan di citarasa rinduan sahaja, tak sempat melayannya….
  • Tak dapat rehat, kerana kekurangan pekerja, ya allah…semoga semuanya selesai seperti biasa

Si Suami

  1. Penat fizikal, badan sakit-sakit..lenguh-lenguh satu badan
  2. Mungkin akibat rawatan fisio yang aku lalui, pegalaman pertama kali bersenam amat meletihkan…tak larat….
  3. Kesian isteriku tak dapat meraikan hari ulang tahunnya apatah lagi hadiah untuk nya..
  4. Maafkan suamimu sayangku..

Si Anak

  • Ibu dan abah tak dapat layan aku seperti biasa
  • Tak apa, ada buku tebaru yang ibu berikan
  • Atau topi snow white pemberian mak cik ku….boleh ku buat hiburan…
  • Lagilah patung-patung Barbie ku boleh ku buat kawan
  • Ibu abah…aku faham kalian agak sibuk hari ini,tapi aku perlukan layanan dari ibu dan abah seperti selalu.

Citarasa rinduan

  • Hari ini kenapa ramai sangat yang keluar masuk ke badanku?...
  • Oh….cuti deepavali!!!, walau India yang cuti beraya..melayu dan cina tumpang cuti bersama-sama…1 Malaysia
  • Tahniah kepada bos ku…cukup tahun gantikan baju yang baru yer?..
  • Atau pasangkan aircon biar customer puas hati…
  • Eik…ada dato Adham Baba melawat aku….terima kasih YB….selalu singgah lagi yer

PS: minta undur diri-tidur awal-mata agak perit…selamat malam

7 ulasan:

kella said...

selamat malam kak ayu! besday girl nak titoo awal malam ni.. sian dia penat..
kita faham, kalau kita kat tempat akak mungkin akan rasa yang sama..
kak ayu memang tabah orang nya!
saluuuttee.... :)

gud nite.. sleep tite.. sweet dream..

Kalamhati said...

have a gud rest kak..sleep tight!..=)

azieazah said...

Tambah lagi satu list:

Blog ku:
* tidak dapat dikemaskini secepat kehendak hati...
* nak meronda banyak rumah kengkawan tapi tak sempat
* nak bubuh gambar cantik, tapi tak tersnap sebab tangan cuma ada dua. Satu pegang senduk, satu pegang kalkulator kira duit.


Hehehehe.. Selamat berehat. Jangan marah yaaaa..

norhidana said...

emm bz nyer akak ye menguruskan kedai juga family,... kire blh dana panggil akak nih iron lady...

selamat tdo n rehat kak...

Pala Maldini said...

wah.. sampai kan YB datang makan.. GEMPAK!

azzey said...

Siti Ruhayu: memasing dgn peranan memasing dan perasaan memasing kannnnnnn.....

Unknown said...

kella--
kewajipan kak sebagai isteri...agak-agak selagi berdaya diteruskan..selagi boleh dilanjutkan..
tq sayang atas ucapan


kalamhati--
tq sayang...kamu pun, semoga sembuh selalu


kak azie--
sangat bijak...sampai boleh baca telaan ayu...sayang kak azie..kak lah sumber inspirasiku..

bab gambar kan..memang setuju..masa yb mai ingat nak snap pic..tapi tak sempat...dia di citarasa rinduan 1 jam..ayu pula memasak sampai tak cukup tangan..hehehehe


dana--
bab iron lady kan....kak jadi mcm tu bila diuji oleh maha esa..kak kuatkan semangat drive walaupun kak ada lesen dah lama tapi tak gunakan..
hinggalah akhirnya en zalie sakit...kak tabahkan hati walau bergelinangan air mata..


pala--
yb adham memang gemar makan di citarasa rinduan..maklumlah dia sekampung dgn abah mertua...asal sri dulang rengit, b,pahat..


azzey--
itulah kalau dah bz...masing-masing ada luahan hati memasing...hehehe