Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Good luck students SPM 2012


Ku mengajikan 4 pelajar lepasan SPM, sejak habis sekolah, ada yang dapat PLKN, habis kursus 3 bulan, masih setia bekerja full time di CR. Ada yang dah ada lesen kereta, lesen motor. Pandai mereka mempelbagaikan gaji.

Ku sebagai majikan, mendokan kejayaan milik mereka. Amin.

Buat sahabat, adik-adik yang mengambil result SPM. Apa jua keputusan SPM, jangan jadikan alasan untuk cita-cita anda tersekat.

Universiti, matrikulasi, bukan penentu... Pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan terdapat ditempat kalian. Rajin-rajin bersua ketua kampung, AJK taman dan sewaktunya untuk bertanya...


ps: SELAMAT MAJU JAYA

Saturday, February 2, 2013

Jemputan Majlis Perkahwinan Amar dan Enna

Kalendar 2013, sebagai tanda ingatan mempelai buat para tetamu
(sayangnya ku tidak sempat bertemu dengan raja sehari, kedatanganku terlalu awal dalam jam 12 tengahari, ku perlu cepat ke majlis akikah anak sahabatku di kampungku F Tenggaroh 1)

Haji Noor Azmi bin Othman dan Hajah Rafeah binti Haji Mansor, keduanya pernah berkhidmat di F Sg Sayong. Haji Azmi sebagai Pengarah Plantation manakala Hajah Rafeah sebagai kakitangan pejabat F Sg Sayong...

Apabila menerima undangan dari mereka suami isteri. Ku menerimanya dengan hati yang gembira... Tahniah buat mereka kerana menerima menantu pertama.
Tetamu semakin ramai tanda tuan rumah sangat mesra dan dihati penduduk kampung. Tema oren putih amat menepati majlis raja sehari.. Warna felda.. Ku bangga!!
Bila buah orange sudah habis ku gigiti. Baru teringat nak rakamkan gambar makanan. Dasar blogger kan? Snap sana sini. Bab makanan lupa.. Bahahahhaah
Terima kasih atas pelbagai buah tangan dan cenderhati kepada diriku.



Ps: selamat pengantin baru buat Amar dan Enna jua buat sesiapa yang menyambut hari istimewa pada 2-2.


Pss: buat sahabat setiaku. Ani Rahayu dan Siti Khatijah Torman. Happy birthday. Kenangan kita di POLI kekal abadi.

Thursday, January 17, 2013

Hari ini hari ulang tahun kelahiran MIL

Moga Mak sejahtera selalu,
Moga kesihatan Mak baik-baik..

Selagi Ayu menjadi anak Mak,
Selagi Ayu Mak 'tiak' anak...
Ayu akan menjaga Mak hingga akhir hayat Ayu..

Sayang mak, selamat hari lahir yang ke 55.

Mak tetap cantik. Mak tetap dihati selamanya..

ps:
Happy Birthday buat sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 17Jan.


Tuesday, January 8, 2013

8 january Birthday Cik Mat Gebu


Khas buat CMG pemilik blog tiffinbiru.com yang tersangat onsemmmmmmmm...
Happy Birthday ke 37 Tahun, moga diberi kesihatan yang baik-baik, moga sentiasa diredhai dan bahagia selalu, Ayu mendoakan agar ketemu jodoh yang solehah, Amin...

Jua buat adik lelakiku Muhamad Shahrul Nizam Bte Ab Rahman, yang menyambut hari kelahirannya pada hari yang sama ke 19 tahun, Kak Ngah mendoakan moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan.

Buat, Shahida isteri blogger Eelobor, Suzita Kadir, Ahmad Safari (sahabat PSP Penang) dan sahabat FB Ain Ju's , Vhida dan sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 8 January. Happy Birthday, May Allah Bluess U.

PS: mengulangi kisah tahun 2011.. tahun ini, tidak dapat membuat kejutan untuk sifu masakku, Maaf CMG.. u the bestt

Tuesday, January 1, 2013

Hari ulangtahun kelahiran En Zalie



Happy birthday my lovely En Zalie..
Terima kasih Allah, thanks buat MIL kerana melahirkan pasanganku... Moga diberikan olehNya kepada suamiku kesihatan yang baik2, moga murah rezeki suamiku..Amin.

Jua buat 24 orang sahabat FB termasuk sahabatku Azila Mohd Zain (wife Ben Ashaari) yang menyambut hari teristimewa pada 1 Jan 2013.. Selamat menyambut hari lahir.

PS:
entry pertama ditahun 2013...

Monday, December 31, 2012

Esok hariNya.. Ye..ye!!

Tak sabar nak menunggu hari esok..
En Zalie.... saya nak ucap awal2..
Selamat hari lahir yang ke 35...
Saya sayang awak..

ps: sorry ter'emo sikit pagi ini
pss: korang kerja ke hari ini?

Monday, December 3, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Kak Yati Sinar Kehidupanku




3-12-2012, hari ulangtahun kelahiran blogger yang lemah lembut, mempunyai jiwa keibuan yang bagiku terlalu menusuk dikalbuku, dari renungan matanya dan tingkahlakunya ku tahu beliau seorang blogger yang sangat dekat dihati pembaca.

Buat Blogger Sinar Kehidupanku, moga dipanjangkan usiamu, moga dimurahkan rezeki jua berbahagia bersama keluarga tersayang.

(gambar yang ku ambil dari blog beliau, bersama suami tersayang dan anak Ben Ashaari (Qhaliff) di teratak CMG)


PS: jua buat sepupuku Mohd Fikri, sahabat FBku, Mia Kiff Azlisha, Norsiah dan Noor Kadijah yang menyambut hari istimewa pada hari ini, Happy Birthday.. Moga kalian diberkati

Friday, November 30, 2012

Selamat Hari tua Ben Ashaari



(kek tak ada, muffin pun tak ada,jadi bagi ben bunga kat halaman rumah bonda jer. hehhehe

Buat sifuku yang memperkenalkan daku dalam dunia blogger Selamat Hari kelahiran yang ke 36 tahun.

Tanpa beliau pastinya aku tak kenal sahabat blogger yang lain. Terima kasih ben.

Moga dimurahkan rezeki,moga dipanjangkan usianya.. Jua berbahagia dengan kehidupannya bersama family tersayang

PS:
happy birthday buat sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 30 NOV.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Awal Muharam 1434 HIJRAH

Ku mewakili warga kedai makan Citarasa Rinduan ingin mengucapkan Salam 1 Muharam, moga yang baik-baik untuk diri ini seterusnya buat semua pembaca blog CR.

Jangan lupa doa akhir tahun selepas solat asar nanti dan doa awal tahun selepas solat maghrib nanti......

Wednesday, November 7, 2012

Skuad ERA ke CITARASA RINDUAN.



Kalau terserempak dengan keter hijau menyala dan dipenuhi stiker yang mewah gitu.. pastinya korang faham apa maksud kedatangan mereka kan?.

Skuad ERA yang femes bukan sahaja glemer, tapi sanggup merendahkan diri ke pelusuk bandar seterusnya ke kampung-kampung untuk bertemu pendengar setia radio ERA... tahniah!!




Rezeki CITARASA RINDUAN buat kali kedua, skuad ERA sudi ke kedai makan kami.  Menu ringan selain mee bandung menjadi pilihan skuad ERA.

Seperti tahun sebelumnya aku tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama mereka (lagilah adik2 skuad ERA baik hati dan sempoii seperti peragaiku jua..huhuhu)


Posing lagi sebelum mereka ke dewan sri Sayong Felda Sungai Sayong Kulaijaya untuk bertemu peminat radio ERA,paling best jawap soalan mudah boleh dapat hadiah pelbagai.. kannnnn...


tara!!!
hadiah pelbagai menanti pendengar radio ERA, yang ini kepunyaanku.. Thanks skuad ERA... Kak Ayu sangat terharu dengan kunjungan kalian ke kampung kami.


Monday, November 5, 2012

Kejutan dari suami untuk isteri di hari istimewa, Kisah semalam..


Kek tiramisu dihadapan mata, buatkan hati berbunga riang.. kejutan dari suami untuk isterinya dihari ulangtahun kelahiran yang ke 32.


Terima kasih buat anak mereka yang memeriahkan suasana. Sebenarnya si kecil ini yang memecahkan rahsia si suami untuk si isteri lewat petang semalam.

"Ibu, abah kata ada kejutan untuk ibu lepas maghrib nanti" inilah ayat yang terkeluar darinya semasa bertemu ibunya jam 6.30petang pada 4 Nov 2012.

Si Ibu menjerit sambil memarahi pekerja Citarasa Rinduan yang sepakat dan bersekutu dengan majikan lelaki mereka, patutlah pekerja tak hiraukan kata2 majikan perempuan apabila masa rehat mereka telah tiba. Rupanya tempat cari makan mereka tidak beroperasi seperti biasa. Hanya 10jam sahaja waktu operasi berbanding hari biasa 13jam.


Ini pula wajah ibu mertua yang sepakat untuk memeriahkan majlis, tempat makan-makan pilihannya. Secret Resepie Kulaijaya. Terima kasih mak.


Pertama kali mencuba spaggeti mball chiken. Bila si anak tak mahu, si ibu cuba habiskan.. Maaflah memang tak berapa pandai nak makan benda alah tu... tak kena seleranya. Hujung-hujung tak habisss.. Hehehhe


Ini wajah si suami, yang mencetuskan idea untuk si isteri tersayang. Terima kasih kerana bersusah payah mengeluarkan RM dan tenaga untuk isterinya. Tanpa kejutan ini.. isterinya tetap sayangkan beliau hingga hujung nyawa..

Si isteri iaitu pemilik blog Citarasa Rinduan dan anaknya yang senghaja berposing dalam entry ini. Bukan seghaja sebenarnya tapi memang  mereka yang mauuuu... Huhuhu, tak malukan?..


Tak cukup layan di CR, sambung pula ke Tutti Frutti di Indahpura, alahaiii lewat malam senghaja cari pasal layan makanan sejuk...

Apapun, majlis kecil semalam memang berjaya berjalan dengan lancar. Si isteri terharu, si suami gembira kerana detik 4 nov mendatang entahkah ada atau tidak,  selagi baki hidup ada, kita kena bersyukur pada apa yang berlaku disekeliling kita.
Terima kasih Allah..

Sunday, November 4, 2012

Alhamdullilah.. tambah 1 lagi usiaku.



Terima kasih Allah,
Moga dipanjangkan usiaku..
Kau berikanlah kesejahteraan yang baik-baik buatku.
Moga dimurahkan rezekiku...
Kau perkenankanlah setiap doa yang tidak putus dariku.
Sesungguhnya kaulah maha pemurah lagi maha penyayang.

Terima kasih suamiku,
memahami dan sentiasa ada saat jatuh bangunnya isterimu.
Kau syurgaku..

Terima kasih ibu dan abah,
mendidik dan menjagaku sebaiknya.
Buat mertuaku,
terima kasih menerimaku seadannya.

Terima kasih adik beradikku,
Along,Uda,Ateh dan Usu, Jua cik Mijah..
Yang sentiasa menyokong tiap perkara yang ku lakukan. Sayang kalian

Terima kasih sahabat alam mayaku,
Blogger,FB,Wshup,Tango,
dan apa jua alatan perhubungan IT yang membuatkan hubungan semakin erat.
Kalian membuatkan hidup ini sentiasa ceria.
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku..


Dan terima kasih buat sesiapa yang mengenali insan yang bernama Siti Ruhayu Ab Rahman,
moga ukhwah kita berpanjangan.

Jua buat pembaca blog ini.
Samada yang sentiasa meninggalkan komen atau tidak.
Terharunya kerana sudi membaca luahan hatiku yang bercampur2.

PS: SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAK QUEENIE, AKIL, dan sesiapa yang berkongsi hari kelahiran bersamaku pada 4 Nov.

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha Buat semua pembaca Blog CR


\

Salam Aidiladha ku ucapakan buat semua sahabat alam mayaku yang beragama Islam, Selamat bercuti dan berhati-hati memandu ke destinasi yang dituju. Aku sebagai wakil blog Citarasa Rinduan mendoakan agar kalian sentiasa diberkati.

PS: 9 Zulhiijjah, selepas zohor hingga tengelam matahari, marilah kita pelbayakkan doa, Insyallah doa kita akan diterima olehNya.. dan selamat berpuasa sunat buat sahabat yang sedang menjalani ibadah sunat.

Saturday, October 20, 2012

Kejutan di Hujung minggu



Dupp. dapppp... sungguh! aku terpampan.....Jikalah insan itu berada dihadapanku, pasti akan ku peluk erat mesra sebagai tanda terharunya atas pemberian ikhlas dariNYa...

Sebuah buku ilmian berkaitan masak-masak sebagai tanda persahabatan membuat hati ini sungguh gembira sekali.. 



Terima kasih buat awak yang mengingati saya.. Saya terima seikhlasnya pemberian istimewa ini. Moga ukhwah kita berpanjangan..

Thursday, October 18, 2012

Happy Birthday 18Oktober...


Khas buat sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada hari ini 18 Oktober ku ingin mengucapkan selamat Hari lahir, moga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki kalian.

Khas yang teristimewa buat seorang kakak yang sangat rapat dialam mayaku... Ida Mahmud... Happy birthday, moga sentiasa happy dan moga Allah memberkatimu dalam apa jua yang Kak Ida lakukan...Amin
Ayu kirimkan kek hari lahirmu yang ayu siapkan pada malam tadi, memahami walau kita berjauhan... kita tetap dihati. Jika dekat pasti Ayu suakan satu suapan kemulutmu....

Buat kak Ida.. Ku selalu kagumi ketabahanmu dalam menempuhi kehidupan disamping anak-anak dan family tersayang... ketahuilah DIA maha kaya, pasti kamu sentiasa dilindungi oleNya...

Sunday, October 14, 2012

Selamat pengantin baru Hanim dan Apek


 Wajib, tuan tanah bergambar bersama pengantin.. kuiii..kuiii


Pelamin dan meja makan damai sangat simple namun menarik dan cantik. Tahniah buat Pak Andam Airin...

Pengantin perempuan.. Hanim Zainal bersama sepupu lelakiku... Sebenarnya ku sengaja menangkap gambar 'curi' tujuan? Aku nak lihat kecantikkan asli yang ada pada pengantin.. hahahha

                                      

PS:. Nyata sekali.. bergelar raja sehari.. mereka memang berseri dan sangat sepadan dimahligai yang tersergam indah... Selamat pengantin baru sepupuku... Moga bahagia hingga akhir hayat.... Kak Ayu tak sabar tunggu cahaya mata kalian..Heheheh

Tuesday, October 9, 2012

Menu CR 9 Oktober


Salam 9 oktober sahabat alam mayaku, ku sebagai wakil warga kedai makan Citarasa Rinduan ingin merakamkan  ucapan Selamat menempuhi peperiksaan PMR buat adik-adik atau sesiapa yang sedang menduduki apa-apa ujian penilaian pada minggu ini..


Moga diterangkan hati kalian,moga dipermudahkan kalian untuk menjawap setiap soalan.  Sebelum jawap soalan tu bacalah apa2 doa agar dipermudahkan, mana tau soalan semuanya mudah2. kannn.... Amin








Menu istimewa di CR semestinya lauk-lauk kampung, buat pelanggan tetap CR yang tak sempat memasak sebab anak-anak periksa, jom.. singgah ke CR. Kami sentiasa menyediakan masakan yang menepati selera anda.

PS:
Ucapan terima kasih buat sahabat blogger baru yang mengikuti blog CR, insyallah ada kelapangan, ku akan menjejaki kalian di blog anda..
Buat sahabat blogger yang sentiasa mengikuti blog CR dan sentiasa menyokong perjalanan kehidupanku, beribu-ribu terima kasih atas persahabatan istimewa ini....

Monday, September 10, 2012

Nur Umairah 5 TAHUN...


Happy birthday sayang, moga menjadi anak yang solehah didunia dan akhirat.

Semakin matang anakku dalam kehidupannya, engkaulah satu2 penawar buat kehidupan kami berdua....
Ketahuilah kasih sayang kami tidak boleh dijualbeli.
Moga dirahmati dan sentiasa diberkati olehNya, moga diberi lindungan... AMIN


Umai sentiasa dikelilingi orang2 yang menyayanginnya...



Majlis kecil yang sederhana.. tetap meriah disamping sahabat Umai.. Ibu masakkan dengan penuh kasih sayang.

Maaf. Ibu agat letih mungkin akibat terlalu sibuk menguruskan masakkan di CR kemudiannya untuk majlis Umai, ditambah demam,batuk dan salsema yang belum sembuh.. Namun ibu gembira sebab kamu suka majlis ringkas ini


Sayang abah!!!! Umai suapkan kek untuk abah, abah tak dapat meraikan hari ulangtahun kelahirannya di sekolah.


Hadiah untuk Umai.. Terima kasih untuk Cikgu, sahabat Umai, pekerja CR dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran Umai yang ke 5 Tahun




Monday, July 30, 2012

10 Ramadhan, Birthday blogger mana?


Selamat hari lahir ku ucapakan buat sesiapa yang menyambut kelahiran pada 30 July 2012, Moga dipanjangkan usia kalian, moga murah rezeki kalian, istimewannya hari bahagia mereka jatuh pada 10 Ramadhan, jom.. kita semak siapa yang menyambut hari kelahiran pada hari ini?.

My Photo
Blogger masak-masak paling akrab dialam maya, belum ada keizinan dariNya bersua, tapi dah pernah borak  mendengar kelunakkan suaranya.


Apakah?
Blogger Apakah? Pernah bertemu di teratak rumah CMG, blogger nie memang hensem. tapi tak boleh kacau, udah berpunya tau.... Heheheh


My Photo
Blogger wanita ini sangat peramah dialam maya, ku belum pernah bertemu muka mahupun mendengar suaranya, kalau nak tau siapakah? klik banner diatas.


Korang wajib klik gambar pink diatas, entry hari kelahiran suami blogger tersebut tersangat sweet, jom.. baca...


PS: Jua, buat kenalan sahabat FBku, seperti adik Nur Amira, dan Apai Fairuz, Happy birthday.. moga yang baik-baik buat kalian semua.

Saturday, July 7, 2012

Wajah ELLA dimajlis perkahwinannya


Cantik, molek dan segar.. Tahniah buat Norzila Aminuddin, atau nama glemnya Ella, ratu rock Malaysia telah sah menjadi isteri orang pada malam ini 7 July 2012, SELAMAT PENGANTIN BARU buat beliau dan pasangannya Azhar Ghazali, yang berasal dari Muar Johor. suka lihat gambar ini, kredit untuk FB Media Hiburan,.




Cincin tunang dan nikah dari pihak lelaki buat Ella


(wajah Ella semasa disolekkan)