Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label cik mat gebu. Show all posts
Showing posts with label cik mat gebu. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

8 january Birthday Cik Mat Gebu


Khas buat CMG pemilik blog tiffinbiru.com yang tersangat onsemmmmmmmm...
Happy Birthday ke 37 Tahun, moga diberi kesihatan yang baik-baik, moga sentiasa diredhai dan bahagia selalu, Ayu mendoakan agar ketemu jodoh yang solehah, Amin...

Jua buat adik lelakiku Muhamad Shahrul Nizam Bte Ab Rahman, yang menyambut hari kelahirannya pada hari yang sama ke 19 tahun, Kak Ngah mendoakan moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan.

Buat, Shahida isteri blogger Eelobor, Suzita Kadir, Ahmad Safari (sahabat PSP Penang) dan sahabat FB Ain Ju's , Vhida dan sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 8 January. Happy Birthday, May Allah Bluess U.

PS: mengulangi kisah tahun 2011.. tahun ini, tidak dapat membuat kejutan untuk sifu masakku, Maaf CMG.. u the bestt

Saturday, December 1, 2012

(ENTRY PENUH) Jelajah Blogger KL - Selatan


Alhamdullilah, akhirnya hasrat Blogger Akuzle Ayu (salah seorang ahli kelab Kita-kita Aje) untuk berkunjung ke selatan akhirnya terlaksana, 1 Dec 2012, adalah tarikh yang beliau nanti-nantikan, daku di selatan menerima selebarnya gerbang pintu untuk menyambut kehadiran mereka.

Photo: Kami semua di teratak Che Mat Gebu, Dapur Tanpa Sepadan.. Terima kasih semua.. Moga jumpa lagi semua <3

Teratak CMG di Sedenak, Kulai, Johor menjadi saksi, daku terlewat sedikit dari masa yang ditentukan, namun syukur kerana blogger Selatan berkonvoi bersamaku untuk ke Sedenak...

Kredit untuk kesemua blogger yang terlibat

Blogger KL yang terlibat adalah:

  1. Blogger Akuzle Ayu, Abe Zam, Anak-anak dan anak saudara Kak Ayu
  2. Blogger Daddy Ziyyad, Fiza dan kedua ZZ
  3. Blogger Riben Merah

Blogger Selatan yang terbabit adalah


  1. Blogger KakZakie dan ketiga-tiga puterinya
  2. Blogger Cik Mat Gebu dan keluarganya
  3. Blogger Nur NBA
  4. Blogger Rina dan anak-anaknya
  5. Blogger Gadis Bunga (asalnya beliau adalah blogger KL, namun rezekinya diselatan, akhirnya menjadi keluarga Blogger Selatan)
  6. Blogger Sis Lin
  7. Blogger Oh Oeya dan anaknya
  8. Blogger Salina (teratak hati) dan Hakim (anak)

Blogger Popular yang sudi meraikan gathering ini adalah

  1. Blogger Ben Ashaari, Qhaliff dan Zla.

Terima kasih buat semua yang terlibat secara lansung atau tidak, ku mengambil kesempatan memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa dan terlepas kata-kata, moga ukhwah kita kekal selamanya. In Shaa Allah.

Photo: Di teratak Che Mat Gebu, Dapur Tanpa Sepadan :-)
(blogger Akuzle, Daku dan Blogger Oh Oeya)

ps: Entry tanpa Gambar, gambar akan di tambah apabila mendapat belas kasihan dari blogger yang terlibat dalam edisi Jelajah ini (daku tak membawa kamera, apa pun tak boleh)

Sunday, September 2, 2012

Gathering Raya Blogger 2012 (SEDENAK) inilah kisahnya..


Bismillah..
Bila mendapat pelawaan dari tuan Rumah iaitu blogger tersohor Tiffin Biru a.k.a Cik Mat Gebu, ku memanjatkan syukur.. Mendengar suara cik Mat hatiku riang, tarikh yang diberi juga cantik, gathering raya ke Sedenak jatuh pada hari jumaat, selain CR tutup ianya juga pada hari Kemerdekaan. 31 Ogos 2012 bersamaan 13 Syawal kami para blogger berhari raya bersama-sama.


Seperti yang ku angankan memang menjadi kenyataan.. Sahabat blogger seissi keluarga berhimpun di teratak Jejaka Malaya, kecoh habiss... Para ibu dengan hal mereka, para ayah berborak sesama mereka, anak-anak dengan cara mereka...


Kasut menjadi bukti teratak CMG dibanjiri tetamu.
Kalau nak diikutkan waktu perjumpaan dalam jam 2.00-6.00 pm, oleh kerana ku membawa beberapa blogger baru asal ke Sedenak ada jer blogger baru ku temukan disitu, kehadiran kami agak lewat sedikit, alhamdullilah blogger yang datang awal tetap setia menunggu, Terima kasih semua..

Rombongan aku adalah ke dua terlewat, ahli blogger yang join adalah GB, Mak ET dan Oh Oyea. Jam 3.15petang kami tiba dihadapan teratak CMG.


Lihatlah wajah riang kami, kalau nak dikira.. ini tahun ke 3 ku beraya ke sedenak. Kalau santai-santai kesedenak dah kena kira guna jari kaki.. Hahahhah

Wajah blogger yang sama-sama berhimpun ada yang lama dan ada yang baru, alhamdullilah semuanya sempoi-sempoi habis.. tak kering gusi kami berbual dan merakamkan gambar buat kenangan


Kak Sue Joshua, semestinya blogger yang paling banyak mengumbangkan tenaga membantu CMG, tanpa beliau, rasanya pinggan mangkuk kat dalam sinki harus selori.... tetap cantik walau sibuk didapur. Kak Sue, terima kasih banyak-banyak sebab tunggu kami yang terlewat. (sebenarnya masih ralat sebab tak dapat ke teratak kak Sue masa open house raya ke 4)

Blogger Sis Lin, geng rapat dengan CMG pula sentiasa ada bila ke Sedenak.. seorang blogger yang bukan sahaja peramah tapi cepat mesra dengan sesiapa.. Kalau tak ada Sis Lin rasanya pertemuan menjadi formal. Hahahah

Blogger Kasawari pula pelengkap mereka bertiga, ada sis lin adalah Kasawari., kemesraan isterinya Azlinda Md Taib membuatkan aku jatuh cinta dengan sikapanya.. Ada gambar beliau melayan Umai., Nanti syer pada entry intai-intai ya (kali ini aku nak minta izin ambil gambar dari DSLR sahabat yang lain)

******************

Nampak tak Qhaliff?? anak blogger femes a.k.a my sifu dalam dunia blog dipangkuan blogger Sis Lin, kalau tak jadi friend dengan Dady Qhaliff di FB rasanya aku tak kenal sahabat blogger. Hampir 4 tahun kami bersahabat.. rasanya ini kali ke 5 kami bersua, macam biasa Ben Ashaari tak pernah lokek untuk berkongsi cerita.. Ben nie, pemalu tapi kalau dah kenal. Ada jer cerita yang dibualkan..

Mama Qhaliff, blogger Cik La Ada Blog a.k.a Azila Zain sentiasa murah dengan senyuman, maaflah kawan-kawan gambar mama Qhaliff ku tak tayang kat sini, kalau korang rajin carilah kat blog kawan-kawan atau rancangan Nona ditv3, bulan 6 yang lepas ya.


Blogger Mak ET, walau datang dari jauh tetap setia menerima ajakkanku ke Sedenak. Buat Mak ET.. awak memang seorang blogger yang ceria. Moga ada jodoh dan izinNya kita bersua lagi.. sungguhkah awak drive dari Muar bersama 4 cahayamata? 3 kali henti untuk beri susu babymu? Aduh!!... berderai air mata kita bila Mak mertua kita sampaikan pada kita... 

Tamo sedih2,, sekarang nie cerita pula tentang blogger yang terkenal dengan kek Sarawaknya, iaitu blogger Sunah Suka Sakura, tak sangka dapat bersua dengan gadis Ayu ini. Macam biasa beliau sangat pemalu. Wajahnya tak dapat ku kongsi, tapi kalau sahabat yang dah pernah jumpa pasti tahu ketulenan ke`Wanita`an beliau.


Blogger popular dengan kek, talam dan kuih muih yang sentiasa serasi dengan Qhaliff. Kak Yatie Sinar Kehidupanku memang sentiasa ada bersama kami, apabila ke teratak CMG. Kak Yatie walau kak paling lewat tiba ke Sedenak, mujur kek Chezzemu menjadi penyelamat, ayu tak dapat nak merajuk.. Tapikan Ayu dapat makan sepotong jer.. Perut penuh sudahhh.. nanti buat lagi ya untuk kami semua.


Wajah blogger baru yang menghiasi teratak Jejaka Malaya, kalau orang KL memang kenal benor dengan beliau, blog yang menarik, hasil percikkan DSLR beliau yang ada seni, lain dari yang lain, masih bujang tau... Klik SINI untuk ke blog beliau, maaflah orang KL... GB dah jadi orang Johor. hahahha

Terima kasih GB sebab sudi join sama ke Sedenak. (GB bawa teman tau.. nak tahu siapa dia sila masukkan RM ke akaun Maybank saya.. huhuhu)..

Ben, masih ingat lagikah blogger inilah yang sanggup tak makan nasi 7 hari gara-gara Ben follow blog beliau?


Inilah wajah blogger CT DELIMA yang sememangnya sudah lama ingin ku bertentang mata, orangnya kecil molek.. terharu sangat-sangat bersua dengan beliau.. pertemuan pertama meyakinkan aku beliau memang peramah seperti didalam blog beliau. Teruja sangat2 bersua dengan beliau.


Dan terakhir blogger Oh Oeya (duduk barisan hadapan kiri berbaju kurung bunga merah) yang sentiasa sudi hadir apabila ku mengirimkan pesanan ke telefon bimbitnya, membawa anak bujangnya Adam yang sangat comel.... Kak, thanks tau sebab sentiasa ada bersama ayu.

Indahnya pertemuan yang berlalu, moga ada keizinan kami bersua lagi, amin.





Sunday, June 17, 2012

16 Jun 2012 Pertemuan dengan Baby Qhaliff Ben Ashaari


Salam 27 Rejab sahabat, moga yang baik-baik sahaja yang akan berlaku pada hari ini.. Amin
Semalam, merupakan hari yang paling teristimewa apabila En Zalie mengajak daku sekeluarga ke teratak Cik Mat Gebu disedenak, pelawaan dari Ben Ashaari terus kepada suamiku tersayang membuatkan hari sabtuku yang indah-indah... Terima kasih Abang.


Lihatlah aksi Qhaliff anak kepada blogger Azila dan Ben Ashaari pada pertemuan semalam, geram dengan keletah baby berusia 2 bulan yang dah pandai mengajuk bila berhadapan dengannya, Qhaliff yang bijak dan kacak.. Terima kasih kepada Tuan rumah iaitu Cik Mat Gebu yang sentiasa melayan kami sebaiknya, senyuman Bak kepada kami, keramahan Mak Yah sentiasa segar diingatan .. Di tambah hidangan yang beraneka rasa... Sedappp

Kenangan bersama baby Qhaliff tidak akan dilupakan sampai bila-bila.... (Qhaliff doakan cik Ayu pula mengandung ya..)

Jua ucapan teristimewa buat kesemua blogger antaranya blogger SIN LIN, SUE JOSHUA, KAK YATIE, CIKALI,QUEACHMAD DAN GENG WHATSAPP (Link tak sempat nak bubuh, maaf berlori) dan kepada blogger lain-lain dari belah Kuala Lumpur yang bersama-sama meraikan suasana, pertemuan yang kusangkakan biasa-biasa, rupanya meriah sekali... Dan maaf apabila ku pulang awal disebabkan pelbagai perkara yang wajib didahulukan.....


Air tangan Cik Mat gebu yang sentiasa sedap,,, (paling hadapan Apam dot-dot kak Yatie Sinar kehidupanku yang lazat). Blogger KASAWARI dan isteri, terima kasih sama-sama meramaikan majlis, maaf ku terburu-buru pulang hingga tak sempat nak berborak panjang

Untuk entry sahabat yang lain,
BEN ASHAARI
KAK YATIE
CIK MAT GEBU
CIKALI
QASEH
SUE JOSHUA
MK SYAHIR
FIZA FANTAGIRO
SIS LIN


(entry akan diupdate lagi apabila link-link blogger lain di kemaskini)


(17 Jun 2012, dapatkanlah akhbar KOSMO hari ini, baby Qhaliff dan Blogger Ben Ashaari diwawancara sempena HARI BAPA, selamat Hari bapa untuk semua yang bergelar AYAH)

Saturday, May 12, 2012

Aku suka, Mat GEBU pun suka.....


Acapkali lah aku perhatikan.. bila CMG update blognya tentang sesuatu menu makanan, sah2 didapurku ada juga makanan yang seakan-akan sama dengan selera kami sekeluarga, mungkin tekak kami seakan ngam gitu... selera kampung menyebabkan jiwa kami sama..

Pitammmmmmmmmmm CMG baca entry ini.. ampun tuan.....

Tapikan, ada kebetulan sebenarnya, buktinya... aku buat roti kampung nie....


CMG buat apam kampung.... (hehehhehehe) kredit to blog tiffin biru, tak boleh nak kata apalah bila Apam suci murni itu melambai-lambai anak tekakku..

rsz_dsc_7592

Umai tak tahan di goda dengan apam kampung CMG, terpaksalah roti kampung aku tu yang asalnya nak dimakan untuk esok pagi dipotong sedikit buat anak daraku.... Kiranya satu bonus buat beliau sebelum ambil exam minggu hadapan nanti, doakan ya kawan-kawan

Thursday, May 5, 2011

Korang nak kenal bodyguad BEN ASHAARI.....??


Bukan sorang tau.. nie 2 orang lagi...
Dua-dua bini orang,
Ala-ala gila-gila tapi kami normal orangnya

Kepala ting tong, tapi kami suka gelak kuat-kuat...
Sorang terkenal dengan nama bisikan HATI
Sorang pulak dengan nama citarasa rinduan..

Nak kenal lebih dekat, korang klik jer URL mereka....



Nie gambar masa sessi VLOG ben bersama Cik Mat gebu...buat kenangan sebab time nie, kamera aku dah simpan dalam kereta... hehehe

(TERIMA KASIH BLOGGER CIKGU AZREEF, kerana tag di FB kak ayu)

Monday, March 14, 2011

Dah jumpa dah... blogger yang tercicir URLnya semalam....

Dalam ramai-ramai blogger yang menghadirkan diri…
Aku baru perasan akan blogger baru yang masih fresh di dunia blog..

Kalau korang nak tau..
Mai sini…aku kasi URLnya.(.semalam puas aku google URL blogger nie, nama blog beliau tak balance dalam paper yang aku minta depa semua isikan)
Welcome To My World...
******************** 
Semalam, blogger nie awalnya malu-malu kucing…lama-lama terus serasi….boleh gelak-gelak sambil makan 2 kali…(hehehehe, itu aku tipu…makan banyak kali sebenarnya, Habis…banyak gila makanan yang di hidangkan oleh cik mat, kan..kan? kan…………Pai….)

Sunday, March 13, 2011

Sessi vlog Ben Ashaari bersama Cik Mat Gebu dah kluar!!!!

Wah!!!!!!!!!!

Dah kluar dah….dah kluar sessi vlog ben ashaari bersama cik mat gebu..

Kalau korang nak tengok macamana kekacakkan dan kemachoan pemilik tiffin biru..
Jom….klik SINI

PS: terima kasih kepada semua sahabat yang turut menjayakan sessi vlog pada 12 hb march 2011, dan ribuan terima kasih untuk 1 tube.my.. korang memang best


Vlog di sedenak bikin aku naik senak............

Syukur,,,,aku dapat update untuk berkongsi pengalamanku di sedenak…
Rasa syukur sebab diberi peluang bersua muka dengan sahabat yang turut hadir ke sessi vlog ben ashaari bersama cik mat gebu….

Nak tayang makanan cik mat ker???
Sat…aku pikirkan..
Sebelum tu…..jom..aku kongsi sedikit cerita



Blogger ady budika…. Aku banyak kali tanya kat semua sahabat yang attend…apasalah mata aku nie..tetap tak kenal si jejaka media prima tu. Akhirnya aku kenal gak…..hensem ko……….rajin jejaka nie...siap bantu cik mat lagi kat dapur....(hahahhaha....jangan marah ady).. untuk blogger black, kak dah puas cari url kamu... tak jumpa lah dik, sila tinggalkan komen yer..


Aku memang puas hari ini…
Bertemu dengan blogger yang paling ku admire dalam bidang masakkan…
Selain aku dah biasa dengan cik mat gebu yang paling popular dengan tiffin birunya..

Aku admire dengan blogger kak Yatie sinar kehidupanku…aku dan azila sama-sama nak sangat bersua muka dengan beliau..akhirnya….syukur..berjaya ko…, 

Kak yatie blog http://hersecretnotes.blogspot.com/  ini kepunyaan anakmu yer? terima kasih turut hadir yer...


Seterusnya matlamat aku semestinya nak bersua dengan kak Sari Yusa…blogger nie memang paling sempoi…terbahak2 baca setiap entrynya lucu dan meriangkan..begitu jua bersua dengan blogger alam sari nie
 *********************

Korang nak tau, tentang bro ben ashaari..korang klik sini …memang aku pun nak gelak jahat…..selamba badak ben terus makan, tanpa pelawa kami…hahahhaha..sebenarnya ben kurang sihat...sure tekak berselera nak makan..
opss…aku tayang pic dia yer….(nie sesudah dia makan nasi ayam tanpa malu dan segan).. 

Ben terima kasih sebab bagi tutorial free tentang DSLR yer........ banyak ilmu aku dapat kutip...tang pegang camera ben siap kata...kena ada stail...hahahhaha.... aku memang tak malu dan segan kutip ilmu dari Ben......(dulu sifu blog, now sifu DSLR)




Kak lieya a.k.a mamamya?? Sudah semestinya pernah ke temui sebab kami dah bersua tahun lepas, dapat lihat firas si commandor JR…wah!!!!!! Comel bangat..


Kak lieya, bawa adiknya..blogger zareth….memang cun abis…sopan santun jer..sesuai jadikan adik ipor…hahahahha….




Sue Joshua, baru pulang dari danmak, tetap happy bersama en suami dan anak kesayangan..sekali pandang sue dah kurus lah…bak kata blogger sis lin bisikan hati…dah lama sue tak pekena belacan…….hahahha…(sis lin nie, buatkan suasana gathering bertambah kecoh habis……kesian sis lin, tongkeng ayam abis ko…..)

Blogger kasawarimacam biasa…jadi tukang gelak….walau pertama kali kenal dengan bro kasawari…aku tau dia memang happening…



Tentang blogger UTM skudai yang ku panggil UTM the gang…surelah yang paling glem si sunnah……korang nak tengok pic dia??? Sorry naik lori, tak boleh..…aku dah tempah untuk model muslimah versi citarasa rinduan…duta paste bandungku…
 

3 lagi, sahabatnya blogger sara, nadirah dan shahsyaz….walau malu..depa memang best…tak kekok bawa mereka join ikut sessi vlog hari ini……..(sesuai buat calon isteri nie)
***************** 

Susah nak kata, spotting habis bersama family tersayang, blogger masakkan nie…kurang sihat rupanya…oleh kerana nak gathering sekali lagi….walau kami dah bersua tahun lepas…tetap di pujuk en suaminya…(peeh, aku dapat khidmat nasihat free dari en suaminya lagi…..)
Terima kasih yer en suami mak et…

*****************
Ops………lupa pula nak kenalkan blogger cikgu azreef (hijrah), terima kasih sebab tetap hadirkan diri, walau di pagi hari ada mesyurat PIBG…aku banyak kali pinjam cikgu azreef jadi fotografieku…heheheh….sifu ku nie..

****************
Pertama kali bersua blogger melayu frustasi, aku nak ucapkan ribuan terima kasih sebab menjayakan sessi vlog ini…pertama kali aku baru masuk blog beliau….moga ukhwah kita berkekalan..





Jjutaan, terima kasih kepada tuan rumah iaitu cik Mat gebu, yang bersusah payah menyediakan juadah untuk kami…
habis berselerakan dapur dan rumah cik mat hari ini..

Harapan ayu, cik mat tak serik dengan kedatangan kami semua yer…….
Syukur sebab 12 hb march 2011 tercipta sejarah antara kami semua.




Saturday, March 12, 2011

update vlog Cik Mat Gebu

Alhamdullilah..sessi vlog antara ben ashaari dengan cik mat gebu berjalan dengan lancarnya pada 12 hb march dari jam 2 petang – 6 petang..

Antara blogger yang menjayakan sessi ini adalah

  1. Citarasa rinduan
  2. Sinar kehidupanku
  3. Alam sari
  4. Mamamya
  5. katanya azila
  6. mak et
  7. Sunnah
  8. Sara
  9. zareth
  10. nadirah@ nanad
  11. shahsyaz
  12. Cikali
  13. Ady budika
  14. junko el-hida
  15. Bisikan hati
  16. Kasawari 7
  17. sue Joshua
  18. seri
  19. arref @hijrah


terima kasih kepada 1 tube.my yang memberi peluang kami bertemu muka dengan para blogger….(link belum sempat update)



PS: segala entry akan di update kemudian hari…aku terpaksa update secara lalu kerana sekarang sedang menguruskan majlis kenduri doa selamat mak saudara di Bandar tenggara…..terima kasih

Wah!!!!!! daku belum siap lagi...jom serang Sedenak...

fWah……aku ada 1 jam untuk bersiap..umai belum mandi…customer masih ramai…bajuku belum iron…rembat baju yang tak renyuk sudah………….

Nie pun asyik dapat panggilan dan sms dari blogger yang nak attend…

***********************
Sahabat blogger yang join sessi vlog bersama cik mat gebu..nampaknya dah mula menyiapkan diri…

Kak lieya (blogger mamamya dengan anak-anaknya yang comel dah bersiap..tunggu en suami hantar ke sedenak, kita bertemu di tesco yer!!

Blogger cikali, sebelum ke rumah cik mat….nak cuci mata kat Bandar Johor, alahai..bujang lagi biasa ler…boleh berpoya-poya

Blogger sunnah and the geng..still dalam bas…sat lagi aku ambil depa di tesco


Blogger mat et dalam perjalanan dari segamat....

Blogger Ben?? Mamat tu baru bertolak dari putrajaya dalam jam 11 pagi….nampak gayanya…semua pakat serbu masa yang sama……..

Blogger Cik mat Gebu ?? Sure sibuk nak menunggu ketibaan kami…jangan ko pengsan udahlah yer mat……..

Insyallah…moga dipemudahkan urusan kami..amin

PS: dah tak sabar nak peluk dan cium tangan blogger sinar kehidupanku dan blogger Alam sari……..gather-gather kita hari nie yer….kita serang sedenak!!!!!

Vlog Blogger Johor

Untuk makluman kepada blogger yang berminat untuk menyertai vlog bersama Blogger Cik Mat Gebu, ketetapan adalah seperti berikut

Tarikh          :           12 march 2010
Hari               :           sabtu
Masa              :           1.30 petang – 4.30 petang

Sekiranya berminat sila tingalkan komen anda, sebarang pertanyaan sila emailkan ke umairahayu@yahoo.com


Thursday, March 10, 2011

Pemberitahuan tentang vlog bersama Cik Mat Gebu


Untuk makluman gathering vlog blogger Johor yang akan dibuat oleh Ben Ashaari pada entry ini..

Tiada perubahan tarikh, namun..untuk memudahkan perjalanan sahabat yang ingin turut serta meramaikan sessi vlog tersebut..

Aku mengambil ketetapan seperti berikut, akan diadakan sessi pengumpulan para sahabat yang menaiki kenderaan sendiri pada:-

Tempat berkumpul  :           tesco Kulaijaya (bahagian letak kereta diluar bangunan tesco, dikawasan lapang, bahagian kanan bagunan tesco)

Masa                           :          jam 1.30 tengahari (sekirangnya terlewat. Aku mohon maaf andai aku sedikit berkeras mengikut waktu yang telah ditetapkan, maksudnya kalian mungkin akan ditinggalkan)


Harap maklum, tujuan entry ini adalah untuk memudahkan perjalanan kepada sahabat yang belum pernah menjejaki kaki ke teratak Cik Mat Gebu…….sekirannya ada masalah sila email ke umairahayu@yahoo.com
Aku akan berikan no telefon untuk memudahkan kalian…

Terima kasih



Monday, February 21, 2011

Sarang burung......

Selamat Pagi isnin semua.....Sebenarnya, aku suka bila cikmat gebu berkongsi tentang amalan minum air/sop sarang burung….
Untuk sahabat semua, jom…ku kongsi info tentang menu sihat ini
 Sup Sarang Burung Ginseng

INFO 
  Pemakanan sarang burung diperkenalkan ribuan tahun lalu oleh masyarakat Cina. Ketika itu, sarang burung hanya dinikmati golongan diraja saja. 
  Setelah yakin dengan khasiatnya, pemerintah China mengisytiharkan dan menggalakkan rakyatnya m�engamalkan pengambilan sarang burung sebagai �minuman sampingan dan hing�ga kini, ia masih �diamalkan kaum Cina seluruh dunia. 
  Masyarakat Cina percaya setiap kepingan sarang burung yang dihasilkan itu kaya dengan protein dan vitamin. 
  Wanita pula beranggapan sarang burung adalah salah satu ramuan kecantikan. Ada yang percaya kandungan protein dan vitamin pada sarang burung boleh membantu melicinkan kulit dan awet muda. 
  Sarang burung juga baik untuk paru-paru, penghadaman dan membantu melindungi kekeringan menyeluruh ketika menjana sistem imunisasi. 
  Ia juga sesuai untuk wanita hamil kerana memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi.



PIC KREDIT TO DTS-MAT GEBU,ada jua info yang cik mat kongsi..sila klik sini..Terima kasih cik Mat gebu

Saturday, February 12, 2011

Gegar blog ke2- Cik Mat Gebu-DTS

Blog masakkan yang terkenal dengan DTS-dapur tanpa sempadan ini…merupakan blogger yang sangat mesra di alam maya mahupun reality……acapkalai resepi-resepinya bermain di dada majalah Jelita..
 My Photo
Cukup terkenal dengan nama mat teko, mat derhaka dan mat bunga…(abis aku mat gebu jeling-jeling manja)…jangan marah yer cik mat………nak kenal beliau, sila klik sini

Aku teruja untuk memperkenalkan blog DTS ini kerana cik mat seorang yang tidak lokek dalam rahsia resepinya, sesekali nak kongsi cerita pun,cik mat boleh menjadi pendengar setia…….

Sebelum aku undur diri, jom layan pantun sekerat ini…

Makan malam sampai senak
Terus minum pati halia cap orang kampung
Jom kenal Blog Teruna dari sedenak
Kalau tak singgah pasti korang melopong


PS: DTS merupakan blogger pertama yang suka berligar-ligar diblog citarasa rinduan, dan sering memberi komen-komen yang membina, terima kasih DTS......



Friday, February 4, 2011

DTS, promot blog citarasa rinduan...........Wah!!! tak tidurlah saya.

Selamat malam semua….
Malam nie, sebelum nak beradu, aku nak kongsi dengan korang, kali nie..blog citarasa rinduan telah disekodeng oleh seseorang yang sangat popular…..

Yeha…….
Adik-adikku..sila jangan jeles yer…blog citarasa rinduan telah dipromot oleh blogger sifu masakkan…glem lah sekejap blog citarasa rinduan nie..Terima kasih cik mat gebu yang popular dengan resepinya dan tiffin birunya…Dapur Tanpa Sempadan…

*****************************
Ini link entry tentang muffin cik mat gebu yang versi nangka dan promot blog oleh cik mat, dan aku adalah blogger yang terakhir bersama blogger nisa kay yang berpeluang di promot oleh beliau..klik sini, blog yang ke 20...

Jasa cik mat gebu dan jiran sepagarnya Ben Ashaari dalam memberi pelbagai segmen membuatkan aku semakin mengagumi mereka berdua….

Terima kasih daun keladi yer cik mat gebu, ayu tersangat lah gembira dan terasa ala-ala bermimpi pulak…

Nak kasih pantun sikit...

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dua tiga mana nak ku cari
DTS dan BA dua-dua terro macam burung helang….

 



Saturday, January 8, 2011

Edisi Kejutan Untuk Blogger Cik mat Gebu sempena hari kelahirannya yang ke 35 Tahun, surprise ker???.........

Assalamualaikum….

Edisi surprise terhadap hari kelahiran cik mat gebu..telah aku rancangkan seminggu yang lalu, bila ku tahu hari lahirnya semakin hampir..secara spontan aku ingin ke terataknya sekali lagi…

Pagi 1 january 2011, aku terus sms, calling dan PM FB kawan-kawan blogger yang ku kenali….teringin betul buat kejutan untuk blogger masakkan tersebut..dan ingin kumpulkan blogger yang ada masa terluang pada 8 january…..

(Bagiku: Blogger mana yang pernah ku temui, nak jumpa lagi, mana yang belum ku temui, nak merapatkan ukhwah sesame kami…….)

************************************************

Alhamdullilah, hasrat aku tercapai..walau terdapat sedikit halangan..biasalah…insan tak lari dari pelbagai masalah, kalau tak ada masalah..rasanya tak syoklah hidup…kan??kan??


Syukur, last minit. Ada beberapa blogger yang join edisi kejutanku itu…ingin ku dedekasikan nama mereka

  1. Cikgu azaref blogger Hijrah, minat beliau terhadap bidang photografie terbukti dengan gambar-gambar yang di snap tadi, sangat cantik sekali, kredit to cikgu
  2. Kak Ct Zaleha blogger batu lesung, blogger kak Ct punya minat 100% yang sama dalam barangan antic, memang sesuai bertemu muka dengan cik mat yang pakar antic2... i like
  3. Aja anak blogger Kak Ct Zaleha, sangat cute..maaf kak tak dapat nak bual panjang dengan kamu, terima kasih join edisi kejutan ini.
  4. Ayie blogger ayie.com (tak dapat bersua, kes ayie yang terlambat sampai...huhuhu) anakku nie memang nakal..

Terima kasih ke atas layanan dari blogger tiffinbiru yang bersusah payah menerima kunjungan kami…………kalau ke teratak cik mat..kalau tak ada masakkan..hilanglah serinya….siap cik mat sediakan kami kek mabble strawberry (betul tak namanya cik mat??) dan nasi ayam…….sedap hingga menjilat jari…..

Kesian juga pada cik mat ala-ala gabra gitu (peluh tak henti2)….maybe terkejut kami datang awal…hehehe…sorry!!!!!!!!!!

Jua, untuk bak dan Mak Yah yang spotting, menerima kunjungan kami dengan senyum dan tawa mereka, sambil makan borak dengan mereka…..dah terbiasa dengan layanan mereka, masa yang lama disana..rasa seperti baru beberapa minit berbual dengan mereka………….




Dan terima kasih tak terhingga untuk ketiga-tiga blogger yang turut menjayakan edisi kejutan ini……..siap posing bagai dengan tiffinbiru cik mat itu….trandmark gitu….tak sah tak posing dengan tiffin antic tu……

Terima kasih daun keladi,

Esok-esok kalau ayu pelawa ikutlah sekali…..






PS: Masih dalam mood terkilan tak bertemu sis lin and the gang yang buat edisi kejutan pada petang hari, memang tiada jodoh kami…

Untuk Cik Mat: Terkejut tak dengan kunjungan kami nie?? Hehehehe, jangan marah yer..nasiblah pintu pagar rumah cik mat terbuka luas untuk kami..hehehhe

Edisi Surprise khas untuk Blogger Masakkan

Salam..selamat pagi..

Cuaca di kampungku..agak gelap gitu..tanda-tanda nak hujan…..sesekali layan ubi rebus dengan ikan masin sedap juga….kan………….

Walau hari nie, rebus juga ubi kayu…..aku tak berani nak makan….sebab apa??? Aku memang ala dengan makanan yang berangin…ada juga keluar masuk toilet tak henti-henti..heheheh

Hari nie, ada agenda utama yang ingin aku selesaikan…edisi surprise khas untuk blogger masakkan yang sambut hari lahirnya hari ini……

Bukan majlis hari lahir yer…tapi surprise ku rancangkan untuknya….

Malam nanti, selepas aku balik dari citarasa rinduan…akan ku kongsi pengalaman ke sana dengan kalian..


PS: minta-minta mat gebu sedia untuk di suprisekan….hehehehehh

Wednesday, December 8, 2010

SALAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA CMG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

WARGA KERJA CITARASA RINDUAN,,MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA CIK MAT GEBU

DIATAS KEHILANGAN ABANG CIK MAT GEBU PADA 8 DISEMBER 2010 BERSAMAAN 2 MUHARAM 1432..jam 7 pagi

SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN KEDALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH ATAS ROH BELIAU..

Ps: Aku menerima khabar kehilangan abang cik mat gebu pada jam 10.38 pagi oleh blogger sis Lin…(semasa en zalie sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail),

Pada jam 11 pagi telefon CMG, tapi disambut oleh mak yah…..arwah terjatuh dibilik air…suara mak yah yang masih dalam sendu membuatkan aku turut hiba…..sedih tak dapat melawat mereka….tak dapat mengurangkan sedih dijiwa mak yah….semoga keluarga cik mat sabar dan tabah atas kehilangan arwah….



****Terkenang pula wajah arwah yang sentiasa tersenyum apabila kami datang bertandang ke rumah CMG,mak yah suka menceritakan arwah suka memancing, semalam cik mat masak ikan sembilang kari dan asam pedas…mungkin itulah hasil terakhir tangkapan arwah untuk keluarag cik mat…..

Wednesday, November 24, 2010

Cik Mat Gebu, kena Lamar?????


Salam…opocot…………PANAS..PANAS…PANAS

Ini kes bukan main-main..ini kes yang paling hangat……….kalau dunia hiburan tengah hangat tentang kes Yus May, dunia masakkan pula panas dengan jejaka terhangat Malaysia….

Kalau korang tak kenal jejaka Malaysia ni… rugi tau, Lagipun semua mesti kenal jejaka Sedenak nie…dalam dunia masakkan dia hebat, dalam dunia teko pun dia hebat..itu belum lagi kes derhakanya tentang dunia masakkan..

Derhaka, derhaka pun…dia punya resepi sedap ooooooo….Siapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu kita nie....dengan blog DTS nya yang meletop tu............

Pagi nie, layan metro…aku terkejut gile…sungguh tak sangka…tapi itulah kenyataanya….MAT GEBU…besor gile tulisannya dalam harian Metro…makin terkenallah cik Mat kita nie..


Aku pinjam gambar dari FB nyer, inilah kenyataan yang menggembirakan…Tahniah Cik Mat Gebu anda memang hebat,,,



PS: kalau Majalah Jelita dah sambar cik Mat, Metro pun dah lamar cik Mat, nak tunggu CNN pula yang temuramah Cik Mat……………(insyallah).. TAHNIAH CikMat Gebu.........