Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label blogspot. Show all posts
Showing posts with label blogspot. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Gigih ker aku dalam dunia blog?

Pada mata korang, aku sentiasa sempurna seperti tumisan masakkan macam gambar diatas... Kombinasi bawang, cili,gula,garam mengindahkan mata.


Namun, ku manusia biasa.. bekerja, menguruskan keperluan utama keluargaku.. dan kadangkala kabur dalam dunia blogger, ada masa terluang ku berblog.. begitu juga BW..


Moga sahabat memahami ke'gigih'an ku berblog.. Moga ada yang tak kecil hati dan terasa andai ku tidak sampai ke blog kalian..




Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday (Part 24 d) Gambar yang ini aku pulak yang pitammmmmmmmmm




Ye….ye…. pemilik blog Citarasa Rinduan kaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday (Part 18) 1234?



Kita lihat siapa yang kenA

Terima kasih daun keladi, akhir2 ini saya buzy sekali
Tiada masa untuk BW, apatah lagi nak berlari2..

Wednesday, December 28, 2011

Macamana nak tahu keywoods yang di search oleh pembaca di blog kita?


Menjawab pertanyaan blogger JemariSuri, tentang macamana kita nak tahu, apa yang disearch oleh pembaca di blog kita..


Kalau JemariSuri ada pasang nuffnang, boleh ke laman nuffnang, klik ke analytics..  pasti terpapar kata carian oleh pembaca



Atau, klik sahaja ke laman blogspot. Klik ke ruang stats, 


Di bahagian paling bawah ada keywoods, seperti gambar dibawah:


(sebenarnya enjin carian oleh pengguna kadangakala jika ada kaitan, memang akan terlajak ke blog kita, walaupun kita pernah komen di blog sahabat yang lain)


PS: tak berapa pandai juga, tapi membantu apa yang kudapat kongsi bersama



Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday (Part 17) Teka gambar..




Selamat pagi rabu sahabatku semua…………….

Lama aku tak ber wordless Wednesday….. jom!!! korang teka apakah makanan ini???


Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday (Part 16) sarapan aku



Sarapan aku hari2…
Tapi, memandangkan kuih ini masih banyak… rasanya aku tamo dah..… heheheh
Selamat pagi rabu semua.

PS: korang pula breakfast apa hari2?



Selingan: Ini enty auto post, tuan rumah tak ada, ke hospital lagi..

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday (Part 15) Kalaulah mampu....







Biar gambar berbicara..
Tapi aku nak berkata2 jua…
Kalaulah ada sebijik menantang kat atas tu.. aku akan pastikan hari2 aku terbang melawat korang..
Agak2 berapa harganya eik??????

Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday part 1





“Harap maklum, CITARASA RINDUAN tidak beroperasi pada 15 September 2011”

**Pertama kali aku join… walau banyak kali ku lihat blogger lain dah lama buat entry ini setiap hari khamis…. **

Wednesday, September 7, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Saturday, August 13, 2011

Terima kasih Azrin Rahim

Alhamdullilah, masuk hari yang ke 13 kita yang beragama islam menunaikan ibadat puasa… Syukur atas nikmat yang DIA berikan, setiap hari diberikan kesejahteraan yang baik2 dariNYa..
Disebabkan kes ini, aku memang agak gelabah, ya lah kan siapa tak risau?, siapa yang tak cemas bila kita dah serasi dengan sesuatu, tiba2 diduga sekian rupa..
Ku dedikasikan ucapan terima kasih untuk blogger Ayie, a.k.a cucu umie, yang berjaya mengatasi masalah ini.. sangat2 terharu atas pertolongan beliau, untuk mengatasi masalah feed hingga entry terbaru tidak muncul. Kita nantikan jawapan dari beliau..
Jua, ucapan terima kasih untuk blogger sis lin, sunah Muhamad dan cikgu azaref (lensa kehidupaku) yang banyak memberi sokongan membantu mengatasi masalah ini…
Terima kasih daun keladi…
PS: kalian sahur apa?, ku gorengkan ikan selar kuning dan sayur kailan untuk yang tersayang..

Friday, August 12, 2011

Yes!!! Rumah baru...


Jeng2……
Jangan hairan ya!! Jangan bingung ya~~~ Jangan terpinga2 ya..
Ini blog citarasa rinduan yang punya…
****
Siapa tak happy kalau ada yang sudi hias cantik rumahku ini?
Siapa tak happy kalau rumahku yang dulu kusam sekarang bertambah ceria?
Siapa tak happy kalau rumahku dulu tak berwarna sekarang berwarna warni?
Kalau korang nak tau siapakah pemilik yang sudi mengedit blogku secerai ini jom… kasi terjah blog beliau sampai pitam!!
Klik sini
PS: Terima kasih kerana singgah ke blog Citarasa Rinduan, maaf ku kurang berblogwalking.. tapi kalian sentiasa di ingatan ku..

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Komen~Hide~


Selamat malam sahabatku.
Kuucapkan terima kasih atas segala doa dan nasihat sahabat-sahabatku yang sentiasa menyokong blog citarasa rinduan..
Bagiku berblog ini sebagai tempat terapiku dikala aku yang sentiasa sibuk dengan diri sendiri dan kehidupanku meluahkan dan bertukar2 fikiran dengan anda..
Sebelum ini disetiap entryku, ku sediakan komen dalam bentuk pop yang memaparkan komen2 anda, jadi, segala komen anda setiap kali anda taip akan terus terpapar..
Setelah ku fikirkan sedalam-dalamnya, molek jika ku ubah ruang komen kepada hide.. harap kalian memahami. Tiada masalah yang timbul sebenarnya, sekurangnya kalian tahu samada aku berada di alam maya atau tidak..

PS: terharu kerana anda sering singgah ke blog yang biasa2 ini, namun ku tak dapat balas komen anda, maaf dipinta..

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday (Part 4),~Anda berani nak Makan?~


**********



~rezeki, dari pelanggan.. plan nak masak bening untuk pekerjaku..walau aku tak boleh makan kobis~

Wordless Wednesday (Part 4)


Wednesday, July 6, 2011

Thursday, June 16, 2011

Khas untuk blogger baru atau belum bergelar blogger tapi nak berblog (tips berblog)

Selamat pagi khamis sahabatku semua…baru lepas sahur, menu simple jer.. beras perang, sop sayur...


Sebenarnya, ada sahabatku di dunia nyata bukan seorang malah lebih dari 3 orang yang selalu mengakumi semangat aku berblogging…(walaupun kadangkala aku kurang berblog, sibuk di citarasa rinduan)


Kiranya, depa pun nak berblog juga lah..


**************
Bila aku anjurkan cubalah create blog sendiri, lepas tu 1 hari 1 entry…


Tapi.. balasan mereka… tak ada topik atau kurang masa..

Disini, aku ingin berkongsi tips dengan blogger baru atau sesiapa yang ingin membuat blog sendiri…

1.       Korang cuba cari identiti tersendiri.. sebagai contoh blog korang blog personal, perniagaan, masakkan, atau apa-apa jer..
2.       Create templete blog yang mudah.
3.       Font tulisan mesti yang mudah difahami dan saiznya tidak besar atau kecil, bagusnya 10 atau 12
4.       Warna blog dan tulisan hendaklah selari, jangan lebih dari 3 warna, contoh kalau templete warna hitam, tulisan putih.
5.       Letak ruang follower dibahagian atas, supaya dekat dengan follower, tak perlu menyusahkan follower kita nak cari ruang follower..
6.       Widget tak perlu letak banyak-banyak, kalau sarat…menyukarkan follower nak looding
7.       Ruangan chat boleh dimasukkan, tapi kalau korang jenis macam aku, kurang aktif berblogging, tak perlu bubuh di blog kita.. karang pengsan korang nak balas….tapikan, pengalaman aku.. ruangan chat box aku penuh dengan ruang perniagaan.. adeh!! Ku kurang suka MLM.
8.      Bahagian komen, jujur ku katakan janganlah minta kawan-kawan isi word kat situ.. sama macam kita nak ke rumah jiran.. takkan nak masuk kena bagi pantun.. letih ooooo
9.       Bagusnya, ruang komen adalah berbentuk pop atau kotak komen… mudah nak komen hari-hari..
10.   Ingat, jangan suka cari pasal dengan sahabat blogger.. kalau boleh buatlah entry yang dekat dihati sahabat, bukan entry  menyakitkan hati sahabat.

PS” semoga sedikit sebaganyak tips yang ku ajari  dapat kalian berkongsi bersama.. bukan ku bijak dalam dunia blogging, baru 1 tahun 4 bulan (macam baby yang baru pandai berjalan) .. tapi, bolehlah kongsi pengalaman pada blogger-blogger baru..

~selingan, blogger yang memperkenalkan aku dengan dunia blog adalah blog BEN ASHAARI, sejak dia add aku dalam FB tahun 2009… sering beri pendapat dan sering menyuarakan pendapat kehidupan  di Fbnya..hinggalah dia berkecimpung dalam dunia blogger pada september 2009.. ku terus mengikuti jejak langkahnya pada january 2010.. hinggalah ku kenal beberapa blogger otai dan blogger baru..Terima kasih teman-temanku semua..

BERBLOG memang suatu perkara yang indah…bila penat, berblog menceriakan hidupku..

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday (Part 1)


PS: setiap rabu aku perasan kawan-kawan buat entry tentang ww… so, join gak.. hehhehheh, Selamat Pagi Rabu sahabatku semua..... Jom Kerja

Thursday, March 3, 2011

Jom Gegar Blog anda!!!! (sticky Post hingga 03032011)

 Alhamdullilah….

Aku bersyukur dalam apa jua dugaan dariNya, terima kasih sahabat yang sentiasa menyokongku…terima kasih menjadi tempat sandaranku untuk berkongsi pendapat dan berkongsi cerita…sesungguhnya hati ini seakan mahu memberontak dan seakan mahu lari ke tempat yang jauh bila hati kecilku terasa sesuatu yang tidak dapat ku langkah

Namun…aku pasti sejauh mana aku berlari…sejauh itu jua akan pasti dugaan tidak akan lekang, sesungguhnya hanya yang terpilih sahaja yang melalui itu semua…

Syukur yang Illahi……..

***********************************
Oleh demikian, di pagi sabtu yang mulia ini…….kepada sesiapa yang mahu blog anda di gegar olehku…sudi-sudi tinggalkan url anda…insyallah…..walau sesibuk mana tanggungjawabku bergelar isteri, majikan, ibu, anak dan menantu……….pasti akan ku ambil sedikit masaku untuk memeperkenalkan blog anda kepada teman-teman semua

Caranya, seperti diatas…hanya tinggalkan url anda…tarikh tutup pada 03032011


PS: jom, kita gegar blog sesama kita………….kerana berblog adalah sesuatu cara yang terbaik untuk kita berkongsi cerita dan pengalaman………….
minta, bersabar yer...akan ku gegar blog kalian satu persatu