CITARASA RINDUAN

Tuesday, October 11, 2011

Resepi Bingka Ubi... (versi orang dahulu)

Selamat malam semua..

Hari ini aku belajar buat bingka ubi versi mertuaku.. hehehhe.. sempoiiii.. senang gila ko….

Sebenarnya, 3 hari lepas MIL suruh aku belikan ubi.. biasalah kalau MIL minta, aku terus belikan, masalah lain timbul bila ubi kayu tu dah masuk angin… alahai…

Nak buat lagu mana, aku memang tak akan memilih.. bila aku beli sayuran dalam kuantiti yang banyak, manalah aku larat nak belek2 semua sayuran kan… sekali beli hingga 40 jenis sayuran termasuk kekacang, sayuran kampung dan lain-lain termasuklah lada..

So, jangan bebel banyak2.. nanti muka tak cun.. waka..waka..



Mari kita semak resepi bingka ubi ini

1.       3 batang ubi kayu, dibersihkan, diparut, kalau tadi aku guna blander jer so, kenalah tapis/perah  agar bingka tak terlalu lembik..
2.       Gula merah setengah kilo
3.       Santan pekat 5 cawan
4.       Gula pasir 1 cawan
5.       Sedikit garam untuk melemakkan rasa
6.       Daun pandan untuk mewangikan bau
7.       Sedikit air untuk merebus gula
8.      Majerin untuk gris permukaan Loyang

Cara menyediakan

1.       Panaskan periuk untuk memasak gula pasir dan gula merah dengan mengunakan sedikit air masukkan daun pandan, biarkan gula hingga pekat, bak kata MIL menali... (bahasa orang dulu2 kan....)
2.       Ubi yang diparut dimasukkan kedalam mangkuk kemudian masukkan sedikit garam, satukan dengan gula (yang telah dimasak), dan santan.. kacau hingga semuanya sebati.
3.       Panaskan oven dalam kepanasan 170 dalam 60 minit.
4.       Elok kalau lebihkan masa 10 minit untuk menghasilkan kerak bingka.. sebab aku paling suka kerak bingka…..
5.       Biarkan sejuk,Selamat menjamu selera


Selingan:~~ esok citarasa rinduan tidak beroperasi, ada rawatan dihospital, rawatan pertama jam 11 pagi, dan yang ke2  jam 4 petang, fuh!!!!!! Sudah semestinya esok aku akan letih.. 

18 ulasan:

IMANSHAH said...

lama tak makan bingka..kat kelantan musim2 hujan ni best

ckLah said...

Enak tu mbak Ayu!

Citarasa Rinduan said...

cikgu--
kat sini pun hujan gak..
ayu simpan buat sarapan jerlah....
tiap2 hari telan oat bosan gak.. heheh

cklah--
jom, makan sama2.. hahahahah.. lawaknya bunyi mbak ayu tu.. i like

Niena Pengembara Ilahi said...

best ni kak ayu..rindu binga ubi ma.. :)

Citarasa Rinduan said...

niena--
jom dik, makan kat sini

Nieza said...

ayu, sedapnya tgk bingka ni...lama dah tak buat teringin la pula..:)

Citarasa Rinduan said...

nieza-
mmg sedap kan sesekali buat kuih muih lama..heheh

azieazah said...

Nak kongsi kerak blehhhhh?

Citarasa Rinduan said...

kka azie--
bolehhhhhhhhhhh
20sen..

Yatie said...

Assalamualaikum Ayu,
adoyaiiii tak tahan tngk bingka ubi ni...kuih kegemaran akak ni..kalau ada ubi kat umah ni, skrng gak akak nak buat..terliur je tngk...lama tak makan bingka ubi..sedapnya..

Zaliedana said...

Kak Ayuuu,alahai sedapnyer,terliur sungguh,pagi nanti nak suh hubby beli bingka ubi kat makcik jual kuih lah,suka sgt bingka kak,tambah2 tang keraknya,mak aiii lagi lah suka..

Mrs D said...

Alahai sedapnya... saya suka sangat tapi susah nak cari di KL ni.. suka sangat kalau tepinya hangus sikit, nikmat :)

cucu umie said...

sis ayie nak juga... hehe nak merasa buatan sis... bila lah boleh pi umah sis nie..kehkeh

tun_telani said...

kak ayu.. tun dh lama x makan bingka ubi ni.. kalau yg ada 2 lapis, kat atas tu lapisan santan kaler putih, yg tu kuih apa kak? tun ingat yg tu la bingka nya. hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

senangnya nak buat kan, tapi bab mengupas & memarut ubi tu yg malas... hohoho..

Ayu, nak ke spital ke? Baik2 jalan ya.. memang penat kalu seharian di hospital, menunggu tu yg penat, kan.. take care, Ayu..

ady said...

as-salam
dah lama tak buat bingka ubi...nampak sangat sedap bingka ubi tu..

Yana Shaiful said...

mcm kna p kebun cari ubi kayu nii hehee

wan nurul hezrina said...

sedapnyaaaaa.mintak cket=)