Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, October 27, 2011

Sambal Tomato.. memang Ngammm....


Aku suka bila dapat sejenis bahan yang lain dari yang lain.. ku beli dan ku pelbagaikan masakkan, selasa lepas pergi beli bahan basah untuk kedai, destinasi di TJmart saleng,.. terjumpa tomato yang bentuknya panjang tapi kecil-kecil.. kata amoi tu, sebab raya depavali, kaum india suka masak tomato jenis nie

Terus sambar 200 gram… dalam hati.. semestinya nak buat sambal.. layan dengan nasi panas2…nyamii.



Jom, aku kongsikan resepinya..

Bahan-Bahannya

Tomato kecil ini seperti dalam gambar ini (kredit to google), ku potong 2 (200gram)


Cili padi – lebihkan sedikit, lebih sedap dan mantap..** (blander)
Garam- sedikit
Gula – sedikit
Bawang putih – 4 ulas ** (blander)
Bawang merah – 6 ulas** (blander)
Minyak masak
Cara menyediakan

1.       Panaskan minyak  masak,tumis bahan yang bertanda **, masukkan garam dan gula
2.       Masak hingga bumbu terbit minyak..
3.       Sedia untuk dihidang, ngam dengan nasi panas dan ayam goreng…….sedap ooo


## oleh kerana tomato dah masam, tak perlu masukkan asam keeping, atau asam jawa.nak tambah sedap masukkan ikan bilis, (tuan rumah tak boleh bubuh ikan bilis sebab nak hidangkan buat en zalie)



Selingan ~~ kalau tak ada selera nak makan nasi. Molek korang cuba sambal ini, tak jumpa tomato yang kecil2.. yang biasa pun okey….

20 ulasan:

wan habibah said...

harus cube ni...

Hudalatip said...

sedapnya..tq for the recipe ayu..

faraherda.razalan said...

Tomato ceri eh? Sdpnye! Sy pun sukeeeee!

norhidana said...

msti sedap nih maklum akak yg bg resepinyer.... kalu mak dana kan dia suke bt sambal tomato ngn tomato yg hijau2 tu...sedap...mmg terangkat

Unknown said...

SALAM,
KENA CUBA NI ! KALAU LALU, MEMANG SINGGAH

cik cek said...

Dah telan2 air liur kak cek ni...terus je rasa nak makan nasi...sedapnya...kalau ada ikan masin tenggiri perahkan ngan limau...emmmm...tak terkata jawabnya....

Lydia Miza said...

salam akak ku sayang...cam tomato ceri yg biasa tu ye kak?nmpk menarik..dan di masak, mmg tak sakit perut la ni...sukanya...nak cuba lah.tq akak!!!

muahhh.ops, dah lempang lum muka budak 3 org tu kak ayu?hehe...sembur lebih sket

munna said...

aduh Ayu ni....mmg sedap ni...kalau nasi panas2 mmg terangkat lah ni

Lelord said...

haduiiii skang baru kul 7.32pagi waktu diha dah dihidangkan ngan makanan...laponya

Rozita Ceritaita said...

ayu.. cam sedap je ni.. aritu ita ada lalu area restoran ayu.. ingat nak singgah tapi macam tak jumpa je nama rinduan2 ni...

yg mana satu ye ayu.. sederet dgn KFC tu kan?

Unknown said...

sgt terliur ye sis disitu..huahau xmakan lg nie..haishhhhh

tun_telani said...

kak ayu.. tun kalau tomato suka wat ratah2 je.. hihi.. kalau sambal kene pedas2.

Kengkawan said...

tetiba jadi lapar lak ni...
isk isk

Zul fattah said...

cam best je.. tp kat sini susah r nk cari bahan masakan.. haha..

Along Maklong said...

sedapnyaaa.. kalau ditambah ikan bilis.. makan dengan nasik panas2.. tak payah lauk lain ko.. hehe

Ros said...

Salam Ayu,

Kak Ros rasa makan ngan roti pun sedap ni,

Isteri Encek Bard said...

kak ayu nampak sedap jer sambal tomato ni. ieb nak try buat lah

Kakzakie Purvit said...

Makan macam tu aje pun sedap tomato ini Ayu. Kalau kakak jadikan ulam cecah dgn sambal belacan. Huh... sedapnya dik ooiii...

mama maman aka yana said...

menyelerakan..:)

Acik Erna said...

Ayu...acik ambik resepi ye..nak jugak cuba buat..tq ayu.