CITARASA RINDUAN

Friday, October 21, 2011

Sibuk-sibuk pun masak juga/ Bantulah mereka....


Sudah semestinya tak cukup tangan hari ini, masih banyak kerja yang perlu ku uruskan….

Bila dapat tempahan, semestinya aku mahukan yang terbaik, agar pelangganku puas hati….

Masih sibuk, tetap memasak untuk family tersayang, ikan bakar yang sambal asamnya tak sempat ku snap, sayuran campur dengan sedikit bebola ikan, jua ikan goreng selar kuning kegemaran mertuaku….




*************

Untuk diwar-warkan bersama-sama, marilah kita sama2 membantu pada yang memerlukan, berat yang memandang, berat lagi yang memikul…. Ku pernah hadapi saat itu.. sungguh!!, banyak pengorbanan yang telah berlaku, syukur.. semuanya adalah pengalaman yang mengajar aku erti kesihatan dan kehidupan….

 

Semoga abang angkat blogger liza iaitu abang Sudin cepat sembuh, klik blogger liza untuk entry tersebut.., semoga ramai yang menghulurkan bantuan... Amin

7 ulasan:

Liza @ Adzriel AB said...

memasak dgn penuh minat memang hasilnya menyelerakan..

ayu..terima kasih kerana war2kan berita abang sudin. kak liza kesian memikirkan bagaimana susahnya isterinya mencari rezeki seorang diri utk 3 anak & kos rawatan suami yg tinggi pula. tak dpt nak bayangkan.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam kak..wahh lauk sedapnyer utk keluarga.akak mmg terbaik.nak sgt jd cam akak jugak.muah muahhhh rindu sgt2 kat akak

cik cek said...

Salam Ayu...

Masak ngan penuh kasih sayang...walaupun ringkas tapi mesti sedapkan....

Pada abg.Sudin...abg angkat blogger liza...semuga cepat sembuh...semuga tabah menghadapi dugaan tuhan...

Lelaki Ini said...

nak rasa sikit boleh tak??
hahahaha


moga cepat sembuh!

Mas said...

ligatnya ayu...
sempat lagi masak untuk yg tersayang...
alhamdulillah...

Pada abg Sudin...
abg angkat blogger liza...
semuga cepat sembuh dan moga tabah menghadapi dugaan tuhan...

Yan said...

masak dgn kasih sayang.. melimpah berkah nya.

ejaescobart said...

Ayu,

lauk pauk tu kalu dapat makan dengan nasik panas.. memang terangkat...