Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
******************

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

PS: Selamat pagi penghulu hari sahabatku semua…. Moga setiap pekerjaan yang kita lakukan di redhai olehNya..amin
18 ulasan:
Betul tu kak..
Allah tu sentiasa ada bersama kita selagi kita yakin dengan kekuasaan Allah..
Allah itu Maha Agung.^^,
ada baca gak baca citer nie semalam. kalau di ambil dari sudut pengajaran, amat sesuai & elok la sangat. tapi tengok dari satu sudut, cam karangan jer.
Yes, waalakumsalam Ayu yg dikasihi..(sbg menjawab salam Ayu di blog akak td)..
Memang byk fadilat membaca ayat kursyi ni, terutama saat2 sukar dan kesakitan, insyaAllah pertolongan Allah pasti ada, jika kita membacanya dgn yakin. Mcm Ayu sendiri sbg peniaga, mmg elok amalkan sbg pendinding diri.
dah pernah baca cerita ni sebelum ni..Ayat kursi sebagai pendinding, memang elok selalu diamalkan.
Subhanalalh, sangat menarik cerita ini kak ayu...
hebat nya ayat2 Allah kn..
Rugi rasanya kalau sebagai umat ISlam tidak hafal ayatul-kursi. Umai kakak rasa pun tahukan Ayu... Itulah besarnya fadhilat ayat Allah
dah pernah baca story nieyh..
memg insaf!
mula2 menghafal ayat ni zaman sekolah rendah. setiap murid yang belajar mengaji al quran kat kg aina akan di wajibkan menghafal ayat2 penting dalam surah al-quran dan juga juz-ama (muqaddam).
setiap kali lepas mengadap tok guru, paling akhir kena baca ayat2 yg telah di tentukannya. satu sila sekali kena libas dgn rotan. di sebabkan takut kena libas semua akan berusaha menghafal sebaik mgkn. ibubapa sekarang kalau kena libas cam tu mau tok guru kena libas balik...
...tiba-tiba sy sedih mengenangkan anak-anak kecil yg dinodai bapanya sendiri. Baik lelaki atau perempuan. Ya Allah, kau pendekkanlah nyawa anak-anak kecil itu supaya tidak tercalar ingatan mereka dgn nasib buruk yg menimpa mereka.
=(
seram sejuk sy baca cerita ini..
salam jumaat,betul tu..tq
Kisah benar ker nih? Meremang jugak lah bulu roma I membacanya...
Terbaru dari Logokoko:
[U] Strawberi pelik
[U] Proton Satria Neo menyerupai binatang apa?
[U] Dijumpai mati di padang golf
Hanya DIA tempat kita memohon perlindungan...
Terimakasih berkongsi cerita dan berpesan-pesan.
Subhanallah...besarnya fadhilat ayat Kursi tu...dan ramai yang tidak mengamalkannya sebagai alat pendinding diri...
Pernah baca kisah ni sebelum ni..tapi tetap baca lagi skali sbb x jemu2 baca kelebihan umat islam ni di sisi Allah..tq Ayu for sharing..
selamat berhujung minggu buat ayu sekeluarga :)
Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....
alhamdulillah, ayat kursi memang jd amalan setiap kali lepas solat, setiap kali nak tidur (kecuali tertidur time penat) n setiap kali nak kuar umah..... moga mendapat perlindungan dari yang ESA... insyaallah
Post a Comment