Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, October 29, 2011

Percutian yang memang bermakna

Assalamualaikum,

Beberapa hari ku bercuti, memang banyak perasaan yang ku bawa pergi.. sangat terharu kerana sahabat sentiasa dibelakangku… syukur. Semua yang ku lakukan semasa bercuti dipermudahkan olehNya.

Adik perempuan bongsuku telah selamat mendapat cahaya mata sulungnya… syukur, adik mudah melahirkan zuriat pertamanya.. perempuan, seberat 2.73kg manakala tarikh kelahirannya Mirza (nama anak sulungnya agak panjang, hanya Mirza yang ku ingat.. heheheh) adalah pada hari jumaat bersamaan 1 zulhijah (28hb 10.2011)





Sebelum ini, Selama beberapa hari ku menjaga adikku di rumah.. adik tak ada tanda2 sakit nak bersalin.. hanya adik ada menyatakan ada mengeluarkan air… hingga pagi jumaat adik kata ada darah… masa tu, aku pula yang memaksa ibuayah menghantar adik ke hospital.. 

Walhal adik tak rasa sakit… malah, lempeng yang dicicah sambal sardine hidangan sarapan pagi yang diminta adik dimakan hingga kenyang..

Barulah adik minta di hantar ke hospital.. siap menyatakan terima kasih kak ngah kerana menjaga adik dan beri sokongan untuk adik,  (time nie aku dah menitiskan air mata)

Ku betul2 bangga dengan adik, hingga saat bacaan 5cm, barulah suami tercintanya dari kuala lumpur sampai ke hospital Mersing, Johor..


PS: malahan Majlis perkahwinan anak jiran Ibu yang berlangsung di sebelah rumah pada 29 hb 10 2011 jua berlangsung dengan meriah.. semoga panjang jodoh perkahwinan mereka.. (nantikan entry itu nanti)

15 ulasan:

azzey said...

dh lama x ke sini ; ayu pon dh dpt anak sedare baru ye...mesti byk citer2 ayu sy dh terlepas ni..busy le lately..:)

Unknown said...

azzey--
rindu kamu jua

mmg kak ayu pun dah lama jarang bW.. sibuk sejak2 arwah mertua pulang ke rahmatullah..
t,jwab semakin berat menguruskan citarasa rinduan, dan menemankan MIL yang keseorangan...

Aisy Nasiha said...

tahniah bertambah ahli keluarga...mesti semua pun tumpang gembira bila ada bayi di rumah

Unknown said...

alhamduliah semuanya berjalan dengan selamat...

bersama kak Es said...

bertambah anak buah ayu :)

aliza zeke said...

tahniah kak ayu dapat anak buah baru lagi :)

ckLah @xiiinam said...

Naik pangkat Ayu ya....

IMANSHAH said...

tahniah ye auntie

Ce'gu JAERA said...

memang comel. tahniah kak ayu sekeluarga

Mak Su said...

gembira dengan kegembiraan ayu

ISZA said...

alolo.. baby girl..

Yana Shaiful said...

Alhamdulillah..dh selamat semuanya.. comelnya mirza..:=)

Ati Masrif said...

dapat anak saudara baru
kalau kita dah takde adik
adik ipar ada lah :)

Along Maklong said...

salam ayu..
wahhh.. dapat anak sedara baru dari adik bongsu ye.. tahniah ayu.. tak sabar maklong nak timang cucu dari anak bongsu.. ssyyhh tak sabar nak kejepun sebenarnya.. hehehe..

Unknown said...

tahniah kak hehe
dpt anak sdara bru :)