Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label dairi cuti. Show all posts
Showing posts with label dairi cuti. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Bercuti dikampung!

Semalam ibu buat kenduri doa selamat. Adat yang namanya anak2 pastinya mahu membantu, apakah daya secepat manapun rancangan yang namanya manusia, daku sampai apabila tetamu pulang. Terkilan? tidak...... daku dapat mengemas dan mencuci periuk belanga. Bantu apa yang terdaya.

Akhinya jam 8 malam dapatlah daku berehat seketika, namun kunjungan adik beradik dan anak2 saudara secara mengejut membuatkan suasana kembali ceria. Ya! keletihanku hilang begitu sahaja.
Thanks Allah.....
Nikmat tak disangka kannnnn...

Kini pagi jumaat kami riuh sekali, nasi goreng dan cengkodok kentang sarapan yang simple habis dimakan kami semua. Daku memasak dengan penuh kasih sayang untuk keluargaku.

ps: sekejap lagi mahu pulang kerumah.. korang tak kemana2 hari ini?


Thursday, May 23, 2013

SELAMAT BERCUTI


  • Kepada pembaca yang kebanyakkannya bekerja sebagai guru
  • Kepada pembaca blog CR yang kebanyakkannya suri rumah 
  • Kepada pembaca blog CR yang terdiri daripada pelajar
Dengan ucapan, kalau bercuti tu ingatlah daku yang bekerja ya.. Huhuhuhu
Ucapan lain, semoga selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju
( kaitan dengan gambar? tu gambar umai di Melaka, kami bercuti pada 23 Disember 2012, entah bila dapat bercuti lagikannnnn)

Friday, April 26, 2013

Minyak... OH! minyak


6 Stesen minyak daku redah malam tadi, entah apa puncanya minyak diesel habis.. puas aku merayu pada pekerja stesen minyak. Baik orang kita mahupun bangla, semua geleng kepala...

Adoiiii.... diesel oh!! diesel dimanakah dikau. tensen sungguh. 

Stress punya pasal pagi2 daku sarapan orang putih plus orang melayu.
Bingka roti coco Rasin dan aiskrim strawberry...
Sedappp (sendiri tekan lif, sendiri naik) BAhhhahahahaha

(nak resepi?, esok2 ya.. daku mau balik kampung. Rindu kat ibu abah)

Friday, April 19, 2013

Time cuti jerlah masanya

Alhamdullilah, terjaga awal dalam jam 4 pagi, siap solat sunat.. ke dapur buat donut dan pau. Maklumlah hujan lebat kat luar buat diriku lapar..(sila percaya sekarang ni seleraku sangat besar. bahaha)
Seterusnya menunaikan janji pada sahabat, resepi pau kacang buat anak kecilnya yang sangat suka makan pau..
tapikan kalau korang nak video tu, boleh ku syer. Macam biasa email jer ke umairahayu@gmail.com

Teruskan misi ke halaman kebun kecilku, main dengan tanah sebab tak lama lagi kalau ada rezekiku, ada blogger yang baik hati poskan biji benih ulaman..
Time cuti inilah waktu yang terluang, jam 3 petang keatas dah ke pasar cari bahan mentah untuk berjualan. Curi2 masa pula bermanja dengan mertua,suami dan anak daraku.

Friday, April 12, 2013

Anak berTUAH!!


Suci murni jer lantai nie. Bila hari cuti macam nie jelah aku dapat mengemas dengan erti kata sebenar BERSIH (eh!! bunyinya ala2 politik gitu), korek celah kerusi, korek bawah almari tv..
Akhirnya!!
Tara!!!!
Terselit mainan, potongan keratan majalah yang digunting, rambut (gerenti rambut hadapanya di gunting), dan macam-macamlah.

Bertuah punya budak, sat gi balik sekolah dapatlah 'hadiah telingamu ya' khutbah panjang dari ibumu...
Fuh!! sabar-sabar, hari jumaat kena cari sebanyak yang boleh pahala... Hehheheh

Friday, April 5, 2013

Ada hikmahnya


Mujurlah saya batalkan hasrat saya ke teratak sahabat blogger ke Sedenak, sahlah lepas ini kena lebih berjimat. Nak garu kepala kompom tak sattlekan masalah. Redha sahaja..


Jomm keluar peluh.. JOmm sihat!

Bersiaran dari laman dapur.. kebun kecilKU, almaklumlah anak peneroka. Ada laman sekakang kera buat bercucuk tanam. Pagi ini dapat kutip bunga kantan, daun pandan untuk rebus kolagen dan pucuk ubi untuk berjualan esok tengahari

Opss.... lupa nak ucap salam jumaat buat sahabat yang sentiasa tak jemu singgah ke blog CR. Moga yang baik-baik untuk sahabat.

Percayalah kalian sentiasa dihati dan ingatan ini.
Selain badan berpeluh-peluh dik mandi air peluh.. jomm santai2 baca novel. Ini hasil 'rembat'an malam tadi, sambil layan karenah anak dara.. ku belikan sesuatu untuk diri sendiri

ps: lepas En Zalie solat jumaat. Daku akan ber'shopping'an untuk cari bahan mentah/basah buat CR. Ada yang sudi nak sorong troli?.. Hehehehe

Friday, February 1, 2013

February datang lagi


Salam penghulu hari sahabat alam mayaku... 
Cepatnya masa berlalu...
Seperti baru 1 january kini masuk 1 february.. Bulan yang penuh cuti umum. Mengharapkan bulan february tahun ini ada sedikit ruangku untuk berehat. Mana tahukan, Tiba-tiba En Zalie menaja ke pulau atau bercuti tepi pantai..
Syoknyaaa....


Menu sarapan epok-epok yang ku buat kemarin, ku frozenkan khas menanti kedatangan ibuabah dari kampung. Kebetulan hari ini appoiment ibu dengan pakar sakit puan. Seperti biasa ku menemankan ibu..
Moga kesihatan ibu semakin baik. Amin..


Ps:
Tiada jodoh bertentang mata dengan blogger kakcik Juariah. Kebetulan semalam Kakcik diJOhor, moga ada izinNYa satu hari nanti.
Buat beliau, moga perjalanan Kakcik selamat ke Kuala Lumpur.

Sunday, January 6, 2013

Berjimba-jimba macam aku anak dara

Kisah jumaat lalu....
Hanya aku, ibu dan abah.....
Appoinment ibu dengan pakar medical jam 9pagi, manakala dengan pakar O & G jam 3 petang....

Apa yang kami lakukan semasa menunggu temujanji seterusnya?
Shopping!!!! sudah semestinya...


Kami pilih kudapan kegemaran... Aku bayar.. ibu dan abah pilih sampai lebam.. Horey.



Abah jenis tak kisah, kami shopping tudung, abah temankan.. rembat tudung dan telekong, macam biasa.. Aku bayar.. Ibu tamo.. aku cepat2 bayar pada peniaga. kikiki... Sempat juga pilih toys buah Umai, tudung untuk MIL dan hadiah buat En Zalie (rahsia.. mana korang leh tau)



Sejak abah kena strok 5 tahun lepas abah cepat lapar, jam 12 tengahari cari nasi. Abah makan ikan tongkol dan ulaman, ibu pilih asam pedas ikan caru. Aku kononnya diet, last2 telur masin dan   pucuk ubi lemak menjadi satapan. Sedap kooo makan time lapar. Hahhahaah, lagilah aku sorang tanpa adik beradik lain. Pastinya macam anak dara.
Auwwww....

Sambung lagi belanja barangan dapur, satu troli penuh ko..... pilih untuk barang CR sekali.. kali ini ibu bayar sendiri, aku hulur RM di chasier, rupanya abah dah hulur RM awal-awal.. Adoiii..


ps:
Alhamdullilah. Rawatan dengan pakar medical sudah dihentikan, masalah tekanan darah ibu yang sering naik akibat ibu menghadapi kegugupan dan mudah stress.

pss:
Pakar O & G menyatakan luka pembedahan semakin pulih, wajah keriangan ibu membuatkan doktor semakin selesa untuk memutuskan rawatan terakhirnya pada 1 Feb.

psss:
Terapi shopping penyebabnya, dan Ya!! ibu boleh berjalan laju seperti sediakala..
Terima kasih Tuhan, family dan sahabat yang sentiasa mendoakan ibu Saya.

Friday, December 28, 2012

Jumaat terakhir 2012..

Salam penghulu hari..
Hari ini sudah 28hb, tinggal beberapa hari tahun 2012 akan meninggalkan kita.. Semakin maju kehadapan langkah kita, moga lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Hari ini, aku akan menemani En Zalie ke Hospital untuk buah pinggangnya.. Moga yang baik2 buat suamiku...

ps*** 27 Dec HAPPY BELATED BIRTHDAY BLOGGER DADDY ZIYYAD yang ke 34 tahun dan kepada sesiapa yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada 28 Dec. Moga panjang usiamu,moga dimurahkan rezekimu

PS: KREDIT TO GOOGLE FOR PICTURE

Friday, December 14, 2012

Ke Kedutaan Indonesia...

Salam penghulu pagi sahabat alam mayaku.. terima kasih buat pembaca baru yang mengunjungi blog citarasa rinduan.

Hari ini daku akan menguruskan sambungan passport bibikku. Moga semuanya dipermudahkan.


PS:
0-2 namun Harimau Malaya tetap beraksi dengan tenang dan bermaruah. Apalah sangat padang bak bendang dan pengadil yang 'senget' sebelah kannnn. kita tetap MENANG.

Friday, December 7, 2012

Salam Pagi Jumaat



 Syukur, pagi jumaat yang diberkati.. Keputusan darah dan bekas operation yang ibu lalui 2 minggu lepas semuanya baik2...

Alhamdullilah dengan izinNya. Terima kasih Allah, seluruh ahli keluargaku dan sahabat yang mendoakan kesejahteraan ibu.
Salam sayang dari kami berdua..

Friday, November 9, 2012

Selamat Tahun Baru 1434 H



Cepatnya hari berlalu... 5 hari lagi kita akan bertemu tahun baru. 
Azam baru?.. seperti tahun terdahulu, belum lagi azamku terlaksana... Belum ada keizinan dariNya, tawakal dan terus berusaha untuk diri sendiri.

Azam korang?...Tak payah lah syer.. hanya tutup mata untuk mengingati impian terlaksana kalian sudah tercapai atau tidak. Hanya untuk diri sendiri bukan untuk sesiapa..kannn.



Sarapan pagi 24 Zulhiijjah, roti butterscotch.. first time nak cuba.. harap2 sedap. Jemput-jemput Keledek untuk MIL dan En Zalie... rasanya? rangup.. Aku suka goreng panas-panas. Sedap..

Friday, November 2, 2012

Khemah kenduri kahwin?

Selepas solat jumaat kami mencari khemah mainan buat anak daraku, semuanya gara2 Umai yang hari-hari asyik berselerakkan ruang tamu,disusunnya kusyen tinggi-tinggi untuk dijadikan khemah.. Berletehlah nenek Umai bila ruang tamu dah macam tongkang pecah. Huhuhuhu.

Akhirnya bila perjanjian dah termeteri antara Umai dan abahnya, iaitu nombor peperiksaan dari 1-3, akhirnya Umai berjaya untuk mendapatkan hadiah berupa khemah macam gambar diatas.


Sampai rumah, ibu Umai secepat kilat capaikan hajat Umai untuk membentuk khemah didalam rumah, bukan khemah kenduri kawin ya.. (tiba-tiba, gelak sorang teringat komen blogger Anyss di FBku) hahahhah.
Gambar daku tu telah diambil oleh Umai sebab dia suruh abadikan dalam blog ibunya.. Amboiii


Alhamdullilah sebelum maghrib sebiji khemah telah tersedia didalam rumah. Hujung-hujung ibu Umai juga mandi lewat.. auwwww....


Yang tak boleh tahan... amboiiiii.. Bukan Umai boleh duduk dalam khemah, abah Umai pun join sekali.. pitaaammm gini!!

Nasi Lemakkk!! Nasi lemakk....


Korang jangan hairan ya, walau daku berniaga nasi campur dan sarapan pelbagai jenis. Jujur tiap pagi aku tak makan pun sarapan yang dah siap untuk dijual. Ambil supliment terus buat aktiviti harian.

Yang hairannya, time cutilah baru tekak mahu itu ini, bangun jam 6pagi tadi terus mulakan operasi buat sarapan.
Pandang karbinet ada santan kotak.. auwwww nasi lemak in the making.

Korang minat nasi lemak tak? Gambar atas ini kepunyaan Umai. Bekal kesekolahnya. Macam biasa tanpa sambal. Heheeheh. Budak-budakkan...

PS:
Lepas solat jumaat, En Zalie ajak ke bandar.. auwwww ada suprise untukku kah?.

Friday, October 12, 2012

Wordless Friday?.. Eh......

 Sarapan pagiku...

Tengahari bermain dengan hasil kebunku...


Bakar pizza untuk dihidangkan pada adik iparku, memang mudah bila kulit pizza dah ku frozenkan lebih awal. Kulit tu aku buat minggu lepas.. senang kan?


Bila CR bercuti pastinya tak cukup tangan nak menguruskan hal2 lain.... Sebenarnya hari ini ku perlu rewang ke majlis sepupu Eb Zalie...

PS:
Maaf berlori sahabat ku tidak dapat berlamaan di alam maya... Moga y baik2 buat kalian semua..

Friday, October 5, 2012

Teratak Ibu sedang diubahsuai


Alhamdullilah, sejak syawal yang lepas hari ini dalam jam 12.15tengahari kami dapat pulang ke kampung, rindu dendam sangat menebal dihatiku terhadap bau aroma tanah dan udara aku dibesarkan.


Ramadhan lalu, kami adik beradik pakat mahu membesarkan ruang rumah iaitu 2biji bilik tidur dan 2biji bilik mandi + bilik air. 
Nampaknya batu dah meninggi, harapan Aidiladha nanti pastinya keempat2 kerja ubahsuai itu akan siap dibina. Insyallah

PS: moga kedua orang tuaku selalusihat2 sahaja. Amin

Friday, September 28, 2012

Azhar Manufacturing Sdn Bhd, Sri Baharum Rengit, Batu Pahat Johor



Rata-rata warga Johor kalau hendak memborong atau membeli kerepek, kuih muih raya, aneka makanan ringan dan pelbagai makanan kering hasil tangan orang kampung pastinya kedai ini menjadi pilihan utama.


Bertempat di Batu pahat, Azhar Food sangat popular dan menjadi buah mulut orang sekeliling kerana keenakan makanan yang terjual sekaligus pada harga patut dan murah yang diberikan buat pelangganya. Waktu operasi setiap hari kecuali jumaat rehat dari jam 12.30 tengahari ke 2.30 petang.




Lihatlah keadaan ruang yang selesa, pelanggan wajib membuka kasut/selipar seolah-olah kita berada kampung/rumah sendiri. Unikkan?



Tuan tanah harus posing. 2.30petang 28 september 2012 kami anak beranak pertama kali  ke Azhar Food Supplier. Tujuan utama adalah untuk mencari kerepek untuk disumbangkan ke mak saudara En Zalie, kerana majlis kahwin anaknya tidak lama lagi.

Sambil-sambil tu agenda kami santai2 ke halaman kampung datukku, ya.... 8 tahun ku tidak pernah ke rengit kerana selepas arwah meninggal dunia, family ibu berhijrah ke bandar... Rindu bau kampung dan air tanah gambut yang mengalir....


PS: Hanya RM 120 kebawah makanan ringan ini menjadi milikku.....

Saturday, September 22, 2012

Jumpa blogger KakZakie


Ada kisah disebalik pertemuan semalam - jumaat (jam 9.15 Malam)
Maaf entry ini sangat panjang, tapi ianya kenangan yang teristimewa untuk simpanan daku.

Kisah 29 Ogos 2012
Bila mendengar suara kakZakie, hatiku terus teruntun hiba,, "Atok Eksiden Ayu".... (lemah suara kakZakie, selang seli dengan tangisannya), masa itu niatku untuk mempelawa kakZakie sekeluarga ke Teratak CMG untuk perhimpunan Raya pada 31 Ogos terbantut. 

Pada masa yang sama, dikepalaku hanya ingin segera ke HSA, hospital yang ditempatkan ayah kakZakie, sambil ku update FB untuk memberitahu berita sedih tentang situasi yang menimpa kakZakie di bulan Syawal, ajak sesiapa yang hendak melawat ayah kakZakie di HSA. Akhirnya aku dan blogger GB mengambil keputusan untuk ke HSA pada 30 Ogos (jumaat) selepas waktu office GB berakhir iaitu kira-kira jam 6 petang .

Kisah 30 Ogos 2012
Dalam perjalanan ke HSA, sambil ditemankan kedua orang tuaku dari Mersing aku terfikir untuk menanyakan wad mana atok berada, mungkin masa itu aku baru terfikir nak tanyakan soalan itu, walahemah sejak dari awal pagi aku dah simpan hasrat untuk telefon awal-awal. Sibuk memasak di CR daku terlupa.

"Atok dah dcaj Ayu, sekarang kak bawa atok ke rumah ( taman Damai, Senai) suasana rumah kelam kabut sikit.." 
"Alhamdullilah", bisik hatiku, gembira sebab Atok dah pulang ke rumah,.
"Abah, pusing semula.. kita patah balik, sebab ayah KakZakie dah keluar wad..", aku beri arahan pada ayah kandungku, sebab semasa ke HSA aku minta abah drive.. hujan turun dengan lebat tika itu.

"Kenapa tak terus kerumah kawan ayu?, Ibu tanya dengan tenang.." walahemah dia tau anaknya nak sangat berjumpa ayah kawannya yang cedera kemalangan
"Kakak takut menyusahkan KakZakie, faham dia pasti bingung bila ayahnya yang sakit ditempat baru" aku jawap ringkas dan padat.

Khamis 13 September
Ayu, atok makin sihat,.. alangkah indahnya bila suara kakZakie ceria dihujung corong telefon, panggilan dari kakZakie meyakinkan aku, kakZakie sudah gembira dari dukanya sejak awal Syawal lepas..

Selasa 18 September
Dik, jommm dating ngan kakZakie, 
Jommmm
(itulah whatsApp antara aku dengan blogger GB)

21 September 2012
Akhirnya, pertemuan kami menjadi kenyataan.. Keramahan suami tersayang kakZakie, jua membuatkan aku tak ada rasa malu, pertemuan kali ini sangat special apabila En Zalie, Umai, MIL, blogger GB dan sahabat baik.. (eh!! jantina still rahsia ya) sangat indah dan santai2..

Atok?? Jangan terkejut sangat2 ya.. Atok sangat sihat, bantuan dari anak, doa dari semua keluarga dan sanak saudara atok, kini atok kembali sihat, nak tengok wajah atok terkini? sila klik ke blog kak Zakie ya.
Saat aku bertemu semalam, atok berdiri.. berjalan ke arah kami, aku tergamam... dan lebih tergaman sebab atok boleh speaking LONDON, India, Cina dan macam-macam, siap bertutur jawa dengan kami, aku? Ternganga sudahhhh, Hahahha, Cayalah atok.

Pertemuan semalam juga membuktikan blogger TITiSAN NURANI (kali ke dua sebenarnya daku bertentang mata dengan kakZakie) bukan sahaja ramah di alam maya, malahan tetap manis dan ramah di dunia nyata, tambahan lagi air tangannya sangat superrrr...............

Buktinya?

(pingganku sangat sarat dengan lauk pauk hasil tangan kakZakie, kredit untuk En Suaminya yang sentiasa membantu)

(cekap sungguh dan bertuahnya suami kakZakie ada isteri yang mahir dalam apa2 pekerjaan, walau menguruskan ayahnya tetap memasak pelbagai)

(inilah sahaja wajah yang dapat ku rakamkan, yang lain-lain sangat malu untuk bergambar bersama, begitu juga wajah kakZakie, dia memang sangat pemalu, tapi sangat cantik dan manis)


PS: moga persahabatan kami semua berkekalan hingga hujung nyawa, terima kasih daun keladi buat seluruh family kakZakie yang melayan kami dengan ramah, tak segan pun semalam.. siap tambah2 lauk lagi, Umai? main sorang2 dengan permainan adik (anak bungsu kakZakie)

Friday, September 7, 2012

Memenuhi undangan itu Wajib




PAGI:
Undangan marhaban ke rumah Guru di felda Bukit Besar, Serius walau ku sukar nak sarapan yang berat2... bila melihat rebung masak lemak dicampur perut lembu. Seleraku terbuka



TENGAHARI:
Terus pulang ke kampung, jam 12 tengahari beraya diteratak ibu sendiri, menemukan MIL dan ibu... Menu kampung.. sambal totok dan kacang bendir masak asam, menyebabkan aku senduk lauk berkali2



En Zalie minat benor dengan kuih tradisional seperti diatas... kasihannn. Syawal ke 20 baru jumpa.. hihihih.


LEWAT PETANG:
Terus memenuhi undangan rumah terbuka merangkap kenduri akikah baby merdekaRaya..... Nasi Beriani Kambing.
Cumilllnya.. Doakan Cik Ayu pula yang preggy ya...


PS:
Sekarang rasa kenyang, letih dan macam2 rasa... tekak macam ada bola.. Minta dijauhkan diriku dari sakit yang bukan2 amin. Nak tidur awal...