Kisah jumaat lalu....
Hanya aku, ibu dan abah.....
Appoinment ibu dengan pakar medical jam 9pagi, manakala dengan pakar O & G jam 3 petang....
Apa yang kami lakukan semasa menunggu temujanji seterusnya?
Shopping!!!! sudah semestinya...
Kami pilih kudapan kegemaran... Aku bayar.. ibu dan abah pilih sampai lebam.. Horey.
Abah jenis tak kisah, kami shopping tudung, abah temankan.. rembat tudung dan telekong, macam biasa.. Aku bayar.. Ibu tamo.. aku cepat2 bayar pada peniaga. kikiki... Sempat juga pilih toys buah Umai, tudung untuk MIL dan hadiah buat En Zalie (rahsia.. mana korang leh tau)
Sejak abah kena strok 5 tahun lepas abah cepat lapar, jam 12 tengahari cari nasi. Abah makan ikan tongkol dan ulaman, ibu pilih asam pedas ikan caru. Aku kononnya diet, last2 telur masin dan pucuk ubi lemak menjadi satapan. Sedap kooo makan time lapar. Hahhahaah, lagilah aku sorang tanpa adik beradik lain. Pastinya macam anak dara.
Auwwww....
Sambung lagi belanja barangan dapur, satu troli penuh ko..... pilih untuk barang CR sekali.. kali ini ibu bayar sendiri, aku hulur RM di chasier, rupanya abah dah hulur RM awal-awal.. Adoiii..
ps:
Alhamdullilah. Rawatan dengan pakar medical sudah dihentikan, masalah tekanan darah ibu yang sering naik akibat ibu menghadapi kegugupan dan mudah stress.
pss:
Pakar O & G menyatakan luka pembedahan semakin pulih, wajah keriangan ibu membuatkan doktor semakin selesa untuk memutuskan rawatan terakhirnya pada 1 Feb.
psss:
Terapi shopping penyebabnya, dan Ya!! ibu boleh berjalan laju seperti sediakala..
Terima kasih Tuhan, family dan sahabat yang sentiasa mendoakan ibu Saya.




















(2).jpg)


