Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Mujhse Dosthi Karoge, Aku suka!!!


Buat kaki Hindustan, seperti aku.. apa lagi, jom layan filem yang sedang ditayangkan di saluran TV 2. JAM 10.00 PM. (18 APRIL 2012)

Masa paling sesuai kita bersenang sebelum tidur.. jommmm

Saturday, February 11, 2012

Asal filem kuch kuch hota hai aku pasti menangis tersedu2….


Feel cintan cintun kembali mengebu.. huhuhuhuhu, filem nie yang paling berkesan dihati.

Kenangan tahun 99, time aku bergelar pelajar di Politeknik seberang Perai, asal hujung minggu dapat kupon tonton wayang, MPP buat di dewan, time tu manalah aku kena pawagam.. jadi, bayaran RM 0.50.. buatkan aku tak agak2 hulurkan sekeping syiling besar tu…

Maka, menangis dan meraung aku dalam dewan tu.. first time layankan?, walhal nak diikutkan tahun 98 adalah  filem Kuch kuch Hota hai sudah ditayangkan

PS: Bila pertama kali korang layan filem nie????

Tuesday, November 29, 2011

Demam Ombak Rindu nak bermula!!

Tadi baca akhbar metro

Korang yang suka dengan novel Ombak Rindu, pasti tertunggu2  kan?… siapa minat Novel itu, sila klik like kat entry ini.. hehehehhe 

Demam ombak rindu, filem yang bakal mencetuskan 100% perubahan buat kaki novel yang meminati karya Fauziah Ashaari… usah nak bandingkan filem dengan novel tu.. rasa aku pasti ada perubahan samada perasaan korang yang feel 99% tersuka dekat Hariz, atau menyampah kat hero badan ketak2 tu..

Bila Aroon yang bawa watak hero tu, sure ramai yang tersampuk semangat Hariz.. Ada 2 bini tu, (nanti jangan ada para lelaki yang start nak tambah bini ya).. kena fungfu panda padan muka... huhuhu


(kredit to google for picture..)

Semestinya  Osman Ali, pengarah filem yang akan meletup bulan 12 nanti.. jom, buat kaki wayang, tonton filem Ombak Rindu pada 1 December, aku?? Rasanya tunggu kat astro jerlah.. huhuhu

PS: kalau pengarah Filem David Teo boleh sebak layan filem tu.. aku pasti kena sediakan berkotak2 tisu buat peneman time layan filem tu… hehehhe
~~siapa yang bawa watak pemandu kereta Hariz agaknya??? Korang tau tak?? syerlah……

Sunday, March 13, 2011

Ombak Rindu dah difilemkan.........



Serius nak habaq..aku peminat novelis Fauziah Ashari.. masa umurku belasan aku penuhi koleksiku dengan novel ombak rindu di meja comelku..

Bila aku baca paper Berita mingguan hari ini…aku terpaku, akan ditayangkan filem versi novel Ombak Rindu,peeh…tak sabor nak tonton….

Lagilah si pelakon polular lisa jadi pelakon tambahan untuk watak mila yang gila gedik dalam novel tersebut…., manakala si Aaron pulak pegang watak hero semestinya Harif

Wah!!!! Daku akan pastikan..en zalie bersetuju ikut aku ke pawagam….(bila baca paper...aku gelak jahat sorang-sorang..lisa hantu petai..jom..klik sini)

Saturday, February 12, 2011

Siapa suka hindustan????

Aku suka layan Hindustan
 
Sure, antara korang yang sedang santai dirumah sambil baring-baring dan  menonton chaneel tv3, dil to pagal Hai..peeh…siapa tak gile hindustan?..dari makcik kantin sampai ke guru besor….era kegemilangan Hindustan era 90an…hero shah rukh khan dan heroin si kajol….

Aku tak terkecuali, Zaman anak daraku, penuh poster dalam simpanan, tapi tak lah sampai aku gantung dan tampal seluruh bilik, maklumlah..aku tak ada bilik perseorangan..

*************************
Bila aku sambung diploma, tahun 1999-2001, filem mohabatte paling meletop…berkotak-kotak tisu depan mata….

Kadangkala tu, kantoi beberapa kelas bila layan cd Hindustan…panjang ko….3 jam depan computer…menangis, menari, lawak abis kami…

Masa tu aku guna computer yang besor gedabak….satu rumah sewa ada 6 kawan……sama-sama kaki Hindustan, sanggup pulak tu kongsi ramai-ramai beli cd…mujur duit pinjaman JPA mencukupi…

Hahahaha, mengamit memory habis penangan hindustan………..

PS: siapa suka Hindustan???, selain kuch kuch hota hai, filem hindustan apa yang korang paling berkesan dihati?, jom kongsi sama-sama……..

Friday, December 10, 2010

Drama hantu kak Limah balik kampung???


Korang pernah tonton filem hantu kak limah balik kampong tak??? Ala yang sambungan dari filem zombie kampong pisang tu???








Aku sebenarnya belum pernah tonton…maklumlah..dah 10 tahun tak pergi panggung..awie dan ummi jadi hero dan heroinnya…

Tapikan,. Sekarang nie,,,,en zalie tengok tv 3, layan drama ahmad durrah…bila iklan..tekan info.. tertekan chaneel prima 105…ler, rupa-rupanya dah ada drama dalam astro..tajuk pun sama…hantu kak limah balik kampong…sabor jerlah..

Alahai.,..bagi aku, macamana filem nak maju kalau awal-awal tv dah keluarkan …belum panas lagi panggung..dah tayang drama dalam tv..

Sah orang melayu kita takkan suka menonton filem melayu dipanggung..kalau tiap kali nak tonton..baru nak naikkan industri filem Malaysia….ambil masa, ambil tenaga nak ke panggung..hasilnya??????????????

Fikir-fikirlah sendiri…



PS:Macamana filem kita nak maju??????????

Thursday, June 3, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN


Sungguh ker novel Lagenda budak setan akan di filemkan...?

Dapat tahu pun dari blog ben Ashaari...terima kasih ben.....(walau ko tamo tengok...aku nak tengok gak..kikikikik)

Aku tak sabar nak menontonya, sebenarnya dah lama rasanya tak masuk panggung, dah dekat 9 tahun.... aku nak pujuk En zalie, menonton filem ini...Umai pun dah jalan 3 tahun, sesuai sungguh kalau aku bawanya ke panggung...kalau susah ngan ragam dan karenanya...aku kenalah tunggu DVD nyer...

Penulisnya dari seorang novelis yang amat aku minati di usia remaja,... Ahadiat....peeh...semoga citer yang difilemkan seindah dari novel tersebut..

Mudah-mudahan...hero dan heroinnya si lisa dan farid kamil....
apa-apapun..janji filem ini terbaik...dan semoga meletop..............boxoffice