CITARASA RINDUAN

Thursday, February 10, 2011

Nadia Mustafar Dapat Anak Lelaki

PETALING JAYA: Pelakon Nadia Mustafar, 34, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.2 kilogram pada pukul 11.41 pagi, Ahad lalu di Hospital Pantai, Cheras, Kuala Lumpur.
Menurut Nadia, proses kelahiran anak kedua yang diberi nama Qaiem Quzey Izham itu lebih mudah berbanding anak pertamanya, Qaliff Hazil Izham, 18 bulan.
"Alhamdulillah, dia dilahirkan dengan selamat dan kami cuma duduk sehari di hospital.
"Proses melahirkan pun tidak susah sangat dan saya mengalami kontraksi selama dua jam sahaja, berbanding dengan anak kedua, saya terpaksa menahan sakit selama sembilan jam.
"Bagaimanapun, selepas kandungan Qaeim berusia tujuh bulan, rasa sakit sudah mula. Mungkin sebab itu proses kelahirannya agak mudah. Saya syukur semuanya berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online, Selasa.
Tambah Nadia, dia merancang untuk menambah anak selepas satu atau dua tahun lagi kerana impian dia dan suaminya, Hazil Izham Ismail untuk memperoleh empat orang anak.
"Sekarang ini memanglah saya tak mahu mengandung lagi sebab baru lepas rasa sakit bersalin. Tapi lepas ini tak tahulah macam mana.
"Apa-apa pun, saya perlu jarakkan umur Qaeim dahulu sebelum mengandung lagi agar Qaeim dijaga dengan baik," kata Nadia yang sedang berpantang di rumahnya, di Taman Desa, Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Selain dua anak itu, Nadia turut mempunyai seorang anak angkat bernama Mia Qaisara Hazil Izham yang berumur tiga tahun.
Kredit to mstar online

PS: tahniah nadia…………….

14 ulasan:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..murah rezeki dia

Kakzakie said...

bestnya dapat baby.... terkenang masa baru-baru dapat baby dijaga bagaikan puteri....

kella said...

syukur.. Alhamdulillah... dpt beby baru.. best... :)

Zaidah said...

alhamdulilllah.....dah tiga orang dah anak dia...

akuanakpahang said...

Tahniah juga utk beliau makin ceria kalau dpt anak nie :)
New Entry "Mati lepas cucuk punggung "

Encik MamaT said...

wow.. wanita hangat.. penuh kontrovewrsi... haha

ct_nurmarlissaa said...

best dapat babay kan..nak jugakk...

aLieF si Muncung ManiS said...

tahniah nadia..patut la jarang dah nampak dia berlakon skrg..rupa2 nya dia tgh ngandung..haha..

hazlin said...

alhamdulillah,,
akakpun dah ada dua anak lelaki... :)
rasanya dah tak menambah lagi...

eelobor said...

nak ucapkan tahniah kat dia pun dia tak kenal aku pun....

alinac lover said...

tahniah la dia dpt tmbh anak lg :)

Wanita Mutalib said...

Q!
ihiks ihiks....


ayuuuuuuuuuuuuuu.
ayu sihatttttttttttt?
:p

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ayu citarasa rinduan..

apa khabar...
moga baik adanya...

wah, dah dapat baby dia ek..
tahniah buatnya..

buat kak ayu..senyum2 selalu..

DeQdEq said...

seronok je tgk org dpt baby...

deqdeq pun baru dpt berita gembira, kawan baik deqdeq pun dh hamil 3 bulan...

deqdeq ni tak tau la bila plak...kawen pun blum..huhuhuhu