JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, berangkat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-223 yang bermula Rabu ini di Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda bersama pegawai-pegawai istana bertolak dari stesen JB Sentral ke Stesen Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi dengan menggunakan tren Ekspres Rakyat yang dipandu baginda sendiri.
Baginda memandu tren tersebut hingga ke Stesen Kluang sebelum berehat seketika dan memandu semula dari Stesen Seremban hingga ke destinasi terakhir iaitu Stesen Kuala Lumpur.
Tren itu turut membawa hampir 350 penumpang lain.
Ini merupakan kali kedua baginda memandu lokomotif dengan gerabak penumpang selepas menerima lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor yang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai tahun lalu.
Selain itu, Sultan Ibrahim akan diperkenalkan dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terbaru milik KTMB setibanya baginda di Stesen Kuala Lumpur .
ETS yang memberikan perkhidmatan perjalanan dari Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh merupakan generasi kedua tren elektrik yang beroperasi pada kelajuan maksimum 160km sejam.
Kredit to mstar online
PS: inilah sultan yang dekat dihati kami..AMPUN TUANKU…..kami rakyat Johor, sentiasa bersamamu…tahun nie edisi kembara mahkota JOHOR kawasan mana agaknya yang dituju???
8 ulasan:
Hebatnya Sultan ni.. Ada lesen memandu tren
hahaha.nie yg aku makin bangga jadi anak johor nie.^_^
Sultan Ibrahim berjiwa rakyat. Bestkan Ayu kalau dpt jd penumpang kren masa tu..bukan senang nak jumpa Sultan yg boleh memandu kren...
Ni akak bwk 1 jag air kelapa jeli..cukup2 utk 3 beranak hehe..
mantap! walaupun sy cuma menumpang husband sbg warga johor, tumpang bangga gak ada sultan yg sanggup bawak tren.
ps: Sultan Mizan tetap dihati. hihihi..
ammar-
sultan Ibrahim berjiwa rakyat..pelbagai yang beliau ada...ingat lagi seri jelajah tahun lepas...dia naik keretapi...kami rakyat jelata dekat dgnnya
Daulat tuanku
Fahmi--
mmg bertuah kita di lahirkan di Johor
AZlina--
ala.........tipu..nak betul2...2 jag boleh..hehehe
tun--
oh..awak menantu orang johor....bila nak kesini...akan ku tunggu kamu..
inilah sultan yang berjiwa rakyat namanya
munna--
setuju...............daulat tuanku
besh nyer kalau dapat naik train masa sultan drive kan!
Post a Comment