CITARASA RINDUAN

Friday, February 18, 2011

Gegar blog ke -70 dan Resepi Sayur Bening


Blogger yang bernama lulu mempunyai aura yang tersendiri..
 ♥ LULU ♥
Serius nak kata….templet dan header lulu sangat sesuai, dengan warna yang melambangkan kewanitaan…… betul-betul wanita sejati….(pink, merah dan ungu……warna kegemaran wanita kan?kan…….)

Ah…..pendek kata…semuanya menarik hatiku

Aku dah GEGAR ke blog LULU, korang apa lagi??? Jom……..jom…….sama-sama gegar

*********************




Bahan-bahannya

Tauger – 200 gram (siang, basuh)
Kentang – 2 biji (potong dadu/ikut kreativiti anda)
Carrot – 1 batang (jua seperti potongan kentang)
Soon hoon/ tahu kering – sedikit (rendam, potong)
Daun sop – 2 batang (dipotong halus)
Garam – sedikit
Ajinamoto – sedikit
Air paip – 1 liter

Bahan-bahan bumbu

Ikan bilis – segemgam (siang, basuh)
Bawang merah-  ½ biji dihiris
Bawang putih – 2 ulas dihiris

Cara menyediakan

  1. tuang air ke dalam periuk, masukkan bahan-bahan bumbu, apabila air mendidih masukkan garam, ajinamoto (aku tak gunakan pati ayam, kerana pati ayam tidak sesuai untuk en zalie,)
  2. masukkan soon hoon/ tahu kering, dan semua bahan-bahan yang telah aku senaraikan (korang boleh pelbagaikan jenis sayurannya)
  3. jangan rebus terlalu lama, zat pada sayuran akan hilang, matikan api baru taburkan daun sop
  4. selamat mencuba

(resepi mudah…tapi memang dah niat nak syer dengan sahabat sekalian……)

9 ulasan:

Penyair SenjA said...

resepi ni memang sedap...simple but me likeeeee....;)

yana's family said...

sedap... nak2 klo cuaca tgh hari panas.. mkn lauk2 cm ni la jd pembuka selera.. dtambh plk ngn sambal ketok ikan bilis n ikan masin... pergh.. mjilat jari.. hehehehe

Citarasa Rinduan said...

penyair senja--
ayu lawan dengan ayam berempah dan sambal tok-tok...


yana--
hehehehe. betul apa yang awak kata..selera tau MIL lalu belakang pun ayu tak sedar...hehehehhe

azzey said...

Saya panggil sayur cam gini sayur bening @ sayur manis ..kene letak gula sikit. mkn ngan nasi panas2 n ikan masin pun sedap...

Citarasa Rinduan said...

azzey--
wah..ayu belum pernah try letak gula....nanti nak cuba...thanks yer

Cikgu Nurin said...

Ayu, ni sayur yang paling super dipur simple tapi sedapp....kadang kadang akak letak kicap sikit...lepas ratah macam tu je...hhmmm marbellesss...

Citarasa Rinduan said...

cikgu nurin--
ayu dh biasa di citarasa rinduan, bertemankan lauk pauk beraneka..
bila di rumah..masak simple2 janji sihat dan kenyang
kalau ratah...hirup lambat2 kuahnya...sedapkan..heheh

AZLINA said...

Assalamualaikum Ayu...akak pon suka sayur tauge msk cam gitu, msk kejap je bior rangup2 baru sodap..kena pulak sambal belacan n ikan goreng, tambah budu lg la...emmm dah terlebih sudah... :)

cikgu isza said...

tekak saya tak boleh terima taugeh yang tak masak atau separuh masak.. klo yang dah masak ok jer..