Selamat malam.....
Fuh!!!! Penat bekerja seharian... tapi.. bila mengenangkan ada insan yang lebih penat dalam mencari sesuap nasi.. aku redha dalam setiap yang ku lalui..
Apa khabar kalian semua? Sure ramai yang baru balik dari destinasi masing-masing.. hah! Yang JALAN-JALAN CARI MAKAN tu...... jaga kesihatan ya.., lepas makan, jangan tidur.. luangkan masa bersama insan tersayang..
Anda sihat.. keluarga bahagia..
Jom, kita bersoal jawab lagi.... kali ini aku nak jawab soalan dari BLOG UNCLE GEDEK
***************
Uncle gedek, merupakan blogger otai (maksud otai bagi aku, blogger yang berusia peringkat usia 40an ke atas) yang paling sempoi ku temui dalam dunia maya..
Entry beliau pendek, hanya 2-6 ayat dan sekeping gambar , tapi mendapat perhatian dari sahabat blogger yang lain...
Nak terjah beliau?? JOM klik sini
Kalau korang nak tau, uncle gedek pernah soal aku...
Buat pengetahuan uncle dan sahabatku yang lain.....
Aku memang aktif dalam arena persatuan, tak lah menjawat jawatan yang tinggi... hanya setakat AJK sahaja dikampung tercinat...
Sudah 2 tahun ku menyandang jawatan dalam KEMAS, f sungai sayong.. manakala aktiviti seperti sukan aku suka join sukan petanque, boleh klik sini untuk ke entry tersebut...
Alhamdullilah, ada juga join program SAKINAH, belajar mengaji al quran di kampungku yang turut ku ikuti..walau masaku terhad, sekurangnya aku gemar besosial bersama masyarakat...
PS: paling buat ku rindu.. semasa persekolahan aku merupakan pengawas sekolah agama dan sekolah menengah, selain memegang beberapa jawatan bagi persatuan dan lain-lain.. begitu jua di politeknik, aku merupakan naib pengerusi kelab SAINS, naib pengerusi kelas DAT, pernah menganjurkan lawatan sambil belajar di MAA malah akulah pengerusi lawatan... wAH... ku rindu nak ulang semula kenangan lama...