Selamat pagi khamis sahabatku semua…baru lepas sahur, menu simple jer.. beras perang, sop sayur...
Sebenarnya, ada sahabatku di dunia nyata bukan seorang malah lebih dari 3 orang yang selalu mengakumi semangat aku berblogging…(walaupun kadangkala aku kurang berblog, sibuk di citarasa rinduan)
Kiranya, depa pun nak berblog juga lah..
**************
Bila aku anjurkan cubalah create blog sendiri, lepas tu 1 hari 1 entry…
Tapi.. balasan mereka… tak ada topik atau kurang masa..
Disini, aku ingin berkongsi tips dengan blogger baru atau sesiapa yang ingin membuat blog sendiri…
1. Korang cuba cari identiti tersendiri.. sebagai contoh blog korang blog personal, perniagaan, masakkan, atau apa-apa jer..
2. Create templete blog yang mudah.
3. Font tulisan mesti yang mudah difahami dan saiznya tidak besar atau kecil, bagusnya 10 atau 12
4. Warna blog dan tulisan hendaklah selari, jangan lebih dari 3 warna, contoh kalau templete warna hitam, tulisan putih.
5. Letak ruang follower dibahagian atas, supaya dekat dengan follower, tak perlu menyusahkan follower kita nak cari ruang follower..
6. Widget tak perlu letak banyak-banyak, kalau sarat…menyukarkan follower nak looding
7. Ruangan chat boleh dimasukkan, tapi kalau korang jenis macam aku, kurang aktif berblogging, tak perlu bubuh di blog kita.. karang pengsan korang nak balas….tapikan, pengalaman aku.. ruangan chat box aku penuh dengan ruang perniagaan.. adeh!! Ku kurang suka MLM.
8. Bahagian komen, jujur ku katakan janganlah minta kawan-kawan isi word kat situ.. sama macam kita nak ke rumah jiran.. takkan nak masuk kena bagi pantun.. letih ooooo
9. Bagusnya, ruang komen adalah berbentuk pop atau kotak komen… mudah nak komen hari-hari..
10. Ingat, jangan suka cari pasal dengan sahabat blogger.. kalau boleh buatlah entry yang dekat dihati sahabat, bukan entry menyakitkan hati sahabat.
PS” semoga sedikit sebaganyak tips yang ku ajari dapat kalian berkongsi bersama.. bukan ku bijak dalam dunia blogging, baru 1 tahun 4 bulan (macam baby yang baru pandai berjalan) .. tapi, bolehlah kongsi pengalaman pada blogger-blogger baru..
~selingan, blogger yang memperkenalkan aku dengan dunia blog adalah blog BEN ASHAARI, sejak dia add aku dalam FB tahun 2009… sering beri pendapat dan sering menyuarakan pendapat kehidupan di Fbnya..hinggalah dia berkecimpung dalam dunia blogger pada september 2009.. ku terus mengikuti jejak langkahnya pada january 2010.. hinggalah ku kenal beberapa blogger otai dan blogger baru..Terima kasih teman-temanku semua..
BERBLOG memang suatu perkara yang indah…bila penat, berblog menceriakan hidupku..