Selamat pagi khamis sahabatku semua…baru lepas sahur, menu simple jer.. beras perang, sop sayur...
Sebenarnya, ada sahabatku di dunia nyata bukan seorang malah lebih dari 3 orang yang selalu mengakumi semangat aku berblogging…(walaupun kadangkala aku kurang berblog, sibuk di citarasa rinduan)
Kiranya, depa pun nak berblog juga lah..
**************
Bila aku anjurkan cubalah create blog sendiri, lepas tu 1 hari 1 entry…
Tapi.. balasan mereka… tak ada topik atau kurang masa..
Disini, aku ingin berkongsi tips dengan blogger baru atau sesiapa yang ingin membuat blog sendiri…
1. Korang cuba cari identiti tersendiri.. sebagai contoh blog korang blog personal, perniagaan, masakkan, atau apa-apa jer..
2. Create templete blog yang mudah.
3. Font tulisan mesti yang mudah difahami dan saiznya tidak besar atau kecil, bagusnya 10 atau 12
4. Warna blog dan tulisan hendaklah selari, jangan lebih dari 3 warna, contoh kalau templete warna hitam, tulisan putih.
5. Letak ruang follower dibahagian atas, supaya dekat dengan follower, tak perlu menyusahkan follower kita nak cari ruang follower..
6. Widget tak perlu letak banyak-banyak, kalau sarat…menyukarkan follower nak looding
7. Ruangan chat boleh dimasukkan, tapi kalau korang jenis macam aku, kurang aktif berblogging, tak perlu bubuh di blog kita.. karang pengsan korang nak balas….tapikan, pengalaman aku.. ruangan chat box aku penuh dengan ruang perniagaan.. adeh!! Ku kurang suka MLM.
8. Bahagian komen, jujur ku katakan janganlah minta kawan-kawan isi word kat situ.. sama macam kita nak ke rumah jiran.. takkan nak masuk kena bagi pantun.. letih ooooo
9. Bagusnya, ruang komen adalah berbentuk pop atau kotak komen… mudah nak komen hari-hari..
10. Ingat, jangan suka cari pasal dengan sahabat blogger.. kalau boleh buatlah entry yang dekat dihati sahabat, bukan entry menyakitkan hati sahabat.
PS” semoga sedikit sebaganyak tips yang ku ajari dapat kalian berkongsi bersama.. bukan ku bijak dalam dunia blogging, baru 1 tahun 4 bulan (macam baby yang baru pandai berjalan) .. tapi, bolehlah kongsi pengalaman pada blogger-blogger baru..
~selingan, blogger yang memperkenalkan aku dengan dunia blog adalah blog BEN ASHAARI, sejak dia add aku dalam FB tahun 2009… sering beri pendapat dan sering menyuarakan pendapat kehidupan di Fbnya..hinggalah dia berkecimpung dalam dunia blogger pada september 2009.. ku terus mengikuti jejak langkahnya pada january 2010.. hinggalah ku kenal beberapa blogger otai dan blogger baru..Terima kasih teman-temanku semua..
BERBLOG memang suatu perkara yang indah…bila penat, berblog menceriakan hidupku..
32 ulasan:
alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini kak. Sharing is caring. mudah2an rezeki akak di Citarasa rinduan akan bertambah... amin
akak dah bertahun blogging tapi duk tahap tu jugak...tak reti2.
gen merah--
terima kasih jua utk kamu kerana support blog CR..
dan sebagai doamu pada kak ayu.. kak jua mendoakan kesejahteraan kamu
hani--
kak.. salam kenalan..
terima kasih singgah sini
sebenarnya ayu berkongsi apa yang ayu tahu, yang lain2 ayu tak berapa pandai..
masih belajar dan belajar
Ayu dah jadi sifu
info yg sangat berguna :) selamat pagi
cikgu iman--
cikgu pun cikgu blogger ayu juga
melly--
sama2 dik
Ayu, tq sharing dear...best dapat kenal ayu walaupun kita dialam maya...:)
wah....dah mantop ayu sekarang. semua tips tuh aku suka sangat2, lebih2 lagi no 8 & 9 tuh
Wahhh.. macam Mentor “tunjuk ajarku sifu!”. Syabas!
Kak Azie rasa jauh sangat nak sampai tahap ni. Kena belajar banyak lagi.
terimakasih..
“Tak peraya...”
tips menarik...tq sis ayu
saya paling pantang blog yang tulisan fancy. it distracts readers from reading the blog.
another thing - autoplay music, kalau lagu best takpa la jugak.
all the best pada mereka yg baru baru nk mula berblog.
perlu masukkan satu lg, lagu autoplay kdg2 menambahkan kesukaran loading page. ada sorg blogger yg tun suka sgt msk page dia, tp selalu slow lappy ni bila try bukak, tgk xde la byk sgt widget, tp ada lagu autoplay yg tun xleh nk tutup.. huhu..
just my 2cents- baby blogger juga ;)
thanks for the tips :) suka part yg bhgian komen tak perlu isi word tu. yes it's annoying :(
Kakak tak tercapai utk ke tahap macam itulah Ayu...
Terlalu banyak kelemahan....
thanks ayu....munna pun banyak kelemahan lagi dlm berblog...tapi mmg sepi hidup tanpa blog skrg ni...
terbaik lah kak ayu..dah lme jgk eh akak berblog..thniah..:)
baru tau seronok bile ade blog sendiri ni...tak la sunyi, pas tu dpt mcm2 info dr kawan2 alam maya ni...
tq for the tips tu ayu...
blog saya dalam dunia nyata takde sapa yang nak kagum pun~hu~~
ilmu elok di kongsi bersama
baru berkembang... kan???
thanks ye ayu...
dana pun baru lg dlm dunia blog ni kak... hehehh lg lah jenis yg hentam je dana ni heheheh...
tq utk info tu kak... best2
Satu lagi nasihat saya, kalau di dunia nyata memang kita jenis banyak musuh, baik jangan berblog..kalau nak blog juga, elakkan letak sebarang gambar peribadi/kisah peribadi. Manusia gila amat ramai sekarang ni
Ini tips dari otai ooo.. Thanks for sharing :)
tme kasih atas tips itu ayu yang ayu.
rasa semangat nak berblog.
erk?
heeee muahs :)
tips ni mmg berguna :)
bila dah start blogging, kalau x buat n3 rasa macam x sah idup nie. huhu
Assalam..sy setuju amat2 dgn tips ayu tu.
Pssst...citer MORIB dh update ada masa dtglah baca & tgk gmbr di RKTS yaa !!! :)
Salam..tq kak dgn perkongsian nii.. penting utk blogger baru cam saya nii..thx byk2..:-)
salam ayu...selamat berpuasa...
YA BETULLL
terima kasih kak ayu ku! kita sekarang dah lembab dalam berblog ni! dah makin sembab je..ni baru je macam nak up balik.. tapi nanti down balik.. huuuu
stju tips yg bgus sngat...jgn cri gduh dgn rkan blogger yg lain.. wat pe nak gaduh...wat letih je..
kena tambah satu lagi tip kak~~
*kalau yang nak buat blog tentang keagamaan~elok takyah pasang nuffnang~~sebab kekadang iklan nuffnanag ada gambar perempuan tak cukup kain~he~~
Post a Comment