CITARASA RINDUAN

Friday, June 24, 2011

Si Gadis Melayu~Ku anti pengotor

Si gadis melayu berjalan berhati-hati
Meniti jambatan area kota tinggi
Tampak risau jelas dihati
Harap tak di `sumpah` para lelaki

Si gadis melayu tertunduk malu
Berbaju kurung tampak ayu
Ibarat bunga yang sedang layu
Mengharap kumbang tak ganggu

Wahai si gadis melayu yang asli
Dikau memang berbudi pekerti
Tapi sayang melayumu tak asli
Buang sampah seolah tiada harga diri

Wahai si gadis melayu di pinggir jalanan
Sedarlah diri dikau perempuan
Kau campak kotak minuman
Tanpa kau sedar perbuatan kau memalukan

PESANAN:harap-harap Gadis melayu diluar sana.. mempamerkan melayu yang benar-benar asli..sangat memalukan tika berhadapan peristiwa di tepi pinggiran jalanan… bersih diri tapi kotor perbuatan..

~HARAP TAK TERSINGGUNG, ku anti pengotor…

23 ulasan:

ckLah said...

...jati diri sebagai Melayu kian mencair.

bersama kak Es said...

ayu...hehehe
teguran yang sangat sweet tapi spicy
:D

Citarasa Rinduan said...

cklah--
gadis melayu itu, memalukan diri

Citarasa Rinduan said...

kak ES--
hehehe. tajam kan... mungkin masih terkejut dan `terlatah`

gadisBunga said...

nama saya gadisMunge...hihihi~

cik najihah said...

dari atas bace sweet je tapi pengotor huhu

Citarasa Rinduan said...

GB--
kak nak tukar gadis bunga boleh tak??
sweet

Citarasa Rinduan said...

cik najihah--
itulah.. luaran bersih dalaman agak kurang besih

Sue said...

saya geram gak orang yg suke buang2 sampah merate ni... setakat ni yg paling hangin bila ada orang buang sampah dari kete...mula2 kulit rambutan, pastu bijik doyan... pastu ngan kulit2 pulak dia buang... xde sivik betoi

Queenie said...

namanya pun meLAYU........

buang sampah merata-rata
itulah perangai orang pengotor
ayu dah nampak di depan mata
tidakkah ayu sendiri menegur?

Citarasa Rinduan said...

sue--
part dalam kereta tu...lagi rasa beban..
geram.. enjut kereta laju2..
malas nak lihat.. kerana ku bukan jenis begitu, simpan sampah hingga tiba destinasi..

Q--
buang sampah merata-rata
itulah perangai orang pengotor
hajat dihati nak berkata-kata
risau di cop mulut bocor

Amy Syaquena said...

tak suka dengan orang pengotor...

Citarasa Rinduan said...

amy--
sama.............
hanya minat yang pembersih walau diri kurang cantik dan kacak

NadiRah said...

kdang2 kwn nad buang smpah merata pon nad mst tegur..
nad ckp, ish, cikgu mana leh buang sampah merata2..hahah..terus dorg kutip balik..huhu

Lelord said...

ohohoho i likeeee
sinis tp sweeeeetttt

alinac lover said...

btol! perempuan xleh pengotor gitu

NURUL AINI NORAZMAN said...

akak!!
saya gadis desa yg Melayu,. saya suka buang smpah dalam beg sndri,.pas jumpa tong smpah baru buang,.hhahahahahah

ibuintan said...

wah...ayu , skodeng gadis melayu mana tu

tu sebab beg akak ada sampah, buang dlm beg dulu sebelum jumpa tong sampah

Melur Jelita said...

Ayu jelita,
akak setuju..cukup benci dan menyampah..apa bangsa pun.anti pengotor

Myra Jay said...

Ye kak, samalah kita tak sukakan kekotoran..
So sama2 lah kita jaga diri hiasi peribadi.. :>)

Bigdaddyz said...

itu gadis kurang sivik!

Areef Ibn Naim said...

salam,

kak, ni lagu bru akak ek? album dh siap nanti nak autograph ek, kekeke...

logorithm said...

Hmmm... itu perkara kecik. Cuba baca kes pengalaman I ber-housemate dengan beberapa orang gadis Melayu:

Entri 18PG:  Girl Housemates from Hell!

Entri 18SX:  Logorithm's Wordless Wednesday #3