Abah…
Abah….
Engkaulah Hero kami..
Bila kami diduga..
Engkau sentiasa di hati..
Abah..abah
Engkaulah hero kami berdua
Itu lagu Ibu, yang aku ubah untuk en zalie… lagu itu aku dan umai nyanyikan untuk en zalie..sempena Hari Bapa khas untuk beliau.. (puas aku suruh umai hafal lagu itu.. susah juga bila umai dah hafal lagu Ibu tapi lirik kena tukar.. heheh)
Nak masak sedap-sedap tak mungkin..nak buat kek.. lagilah tak mungkin…so, sambutan hari abah hanya dengan lagu suka suki kami untuknya
****************
Kami menyanyi kuat-kuat… umai peluk mickey mousenya.. aku menyanyi sambil senyum-senyum depan en zalie, En zalie senyum tapi ku perasan tubir matanya tertitis air mata…
Tahniah abang, kerana kamu hero dalam hidup kami…. (Gambar hari ke 75 en zalie di hospital, umai kehilangan kami berdua kerana di hospital tidak membenarkan kanak-kanak melawat..kami dipertemukan atas bantuan seorang jururawat lelaki yang memahami...itulah detik paling gembira kami rasai,)
PS: malam nie, aku tak sempat nak BW… maaf berlori… esok umai sekolah.. nak uruskan pakaian sekolahnya, dan ku berniat nak puasa… apa-apa pun.. selamat malam sahabatku semua…..
19 ulasan:
lama x singgah..sihat?
perghhh.....salute la kat ko
hehehe... kreatif la pulak kak ayu ni tukar lirik lagu~
Manisssssss.....
sis x dapat amy bayangkan macam mane akak saat tue , amy yang x dengar suara hubby sehari pun dah gelisah inikan pula 3 bulan...meraung pun boleh huhuh~ akak memang seorang yang tabah.
selamat hari bapa utk en zalie..
hebat seorang isteri disisi suami walau apa terjadi
Assalamualaikum,
Moga sentiasa GAGAH dan KUAT
PsssT: tekak terasa nak makan donat la pulak...adusssss perlukah menguli donat sebegitu jua?
moga en.zalie sihat2 sentiasa
selamat hari bapa utk en.zalie
saya kagum dgn ketabahan kak ayu..
take care ye kak ayu
huhuhu akak lak sebak baca entri ayu ni
pasti en.zalie rasa
berbangga punya isteri yg
bersemangat waja spt ayu tau!!
bangga dengan ayu ...so strong :)
selamat hari bapa buat en.zalie....semoga sis n family tabah hadapi dugaan dari Illahi..i'm proud of u!
selamat hari bapa utk zalie....;)
akak pun puasa juga esok..... semoga ayu semakin tabah menghadapi hari2 yg mendatang......
salute dgn u all....
Selamat hari bapa buat abah umai..
sweet jerk lagu ibu yg ditukar lirik jd abah..
yg pasti msti en zalie bangga punye isteri spt ayu & anak yg bijak & comel spt umai.
Oh! Baru tahu yang suami Cik Ayu terlantar di hospital!
Memang cekal Cik Ayu nih... :~[
slmt hari bapa buat en. zalie.. tahniah ayu & umai dpt gembirakan hati 'hero' kamu berdua..
selamat hari bapa utk ayah umai..
semoga semuanya dipermudahkan Illahi yea..aminnn
Post a Comment