Assalamualaikum…
Malam ini, ku mohon buah fikiran atau pendapat kalian..
Sebenarnya, kami sekeluarga telah mengambil seorang pembantu menguruskan hal-hal menyidai pakaian.. memandangkan kesihatan MIL yang lebih kepada sakit kaki.. kami meminta kakak jiran berdekatan menemani MIL dirumah…sekurangnya MIL tak bosan dirumah sorang-sorang, dan MIL tak perlu buat kerja rumah
**********************
Alhamdullilah, kakak tu orang kita Melayu, rajin membersihkan rumah walau tak dipinta…rajin menyapu halaman rumah dan ringan tulang…
Pada pendapat kalian, berapa gaji (walau kakak tu tak mahu digaji, katanya ikhlas menemani MIL pada waktu pagi) yang perlu ku bayar untuk beliau??
Waktu bekerja 8.00 am – 11.00 am
PS: ku rasa wajib bayar gaji kakak itu dengan bayaran setimpal, sangat memahami nasib beliau sekeluarga, kerana anaknya masih bersekolah seramai 5 orang (tingkatan 4 – Pra sekolah). Suaminya hanya buat kerja-kerja ringan sebab pernah alami kemalangan jalanraya.
~selingan, baru sedekahkan kasut-kasut berjenama en zalie dan pancing kesayangan en zalie (waktu zaman en zalie sihat) kepada anak-anak beliau, pasti barangan itu amat berharga untuk mereka~
29 ulasan:
bagi je RM50 seminggu..ikhlas
time nak naik skolah nnt, bawa le anak2 dia g shopping baju dan kasut skolah :-0
baguslah ada yg nak temankan tu kan tapi seeloknya kita bagi jugalah kalau dia tak nak pun anggap saja satu sedekah banyak mana tu ikutlah atas kemampuan ayu dan jam yg dibuatnya tu kan...
setuju dgn delarocha....rm50 ~ 70 per week....bayaran minggu lagik membantu beliau yg may be org susah....
ikut kemampuan ayu la kan..seikhlas mungkin, sikit ke banyak akan memberi erti pada kakak tu dan anak-anak dia...
dalm 60-80 seminggu kot..ikut kemampuan akak lah..hehe
ayu...
bayar lah ikut kemampuan ayu..
setimpal dengan kerjanya...
yang penting iklas dan berniat saling tolong menolong...
lagi pun kata ayu akak tu ringan tulang....
AYU,
elok juga ada pembantu. Selain memerlukan khidmat mereka untuk membantu dan memudahkan urusan kita, juga dapat membantu beliau meringankan beban.
Bayaran berpadanan ibarat sedekah juga.
Bagaimana kalu RM50/week? Seperti kawan2 lain yang bagi cadangan. Reasonable tu.
kalu awe RM200 sebulan...heheh..RM50 seminggu la kan..kalu macam barang2 dapur akak nak sedekah kan pun ok..bagi lauk ke..sekurang2 nya ringan beban tugas
bagi senyum jer ...tak boleh ke...jimat sikit...hehe
oo,.dari family yg susah la ea,.
akk bagi gaji kat dia by days pon ok, duit tuh dia boleh guna utk beli lauk tengahri tuh,.
Urm dalam RM15-RM20 kot.
oo,.dari family yg susah la ea,.
akk bagi gaji kat dia by days pon ok, duit tuh dia boleh guna utk beli lauk tengahri tuh,.
Urm dalam RM15-RM20 kot.
kakak tu ada blog tak? :D
ikut kemampuan dan tengok je lah persekitaran kita di Malaysia sekarang dengan segala harga barang tengah naik. miyo yang tinggal kat egypt yang mana negara ini tengah bertukar kerajaan secara paksa pun harga barang stabil dan murah. hanya mahal ketika berlaku rusuhan kira-kira 2 minggu je. maaf ter'emo' :D
salam kenal kak. :)
ikut kemampuan Ayu..memandangkan akak tu pun perlu sara anak2nya..dan dia pun ikhlas menolong kan..terpulang pada budi bicara Ayu & incik asben...
kak, klu di x nk gaji, ape kata bagi kat sy je secara iklas..hehe
ayu , ikut kemampuan dan tak membebankan ayu.
sedekah tu tak mengurangkan malah menambahkan lagi ..
Walaupun dia tidak minta, elok juga Ayu mempertimbangkan sumbangan kepadanya. Setidak-tidaknya belikan dia dan keluarganya bekalan barang dapur sebulan sekali dengan anggaran yang berpatutan.
bagi ikut kemampuan lah kak.yang penting ikhlas. kalau dia taknak duit, maybe akak boleh bagi upah dalam bentuk lain macam barang dapur ke..
berilah RM500..
besar pahalanyatolong org susah..
kalau dah banyak yg ayu sedekahkan , bagilah dia 200 sebulan @ 50 seminggu .. sbb dia rajin mengemas itu dan ini .. kalau kita x terbuat ..
rezeki yg ada hanya utk dunia semata2 ayu .. insyaallah akan diberkati allah :)
Kalau area2 tempat MM memang mahal sikit Ayu - RM120 sehari (tapi dia ada pekerja2 dan pencuci2 pun dia supply. Mmg tip top la dia buat keja). Tapi jiran2 sebelah tu guna pembantu Melayu mcm yg Ayu ckp ni.. RM30 je dlm 2 jam. Tapi MM rasa, semua tu ikut kemampuan Ayu la kan. Lagipun rasa2nya Makcik tu pun tak kisah pun berapa2, asalkan dia happy keja dgn Ayu kan..
Rm20 sejam minima.
Sedekah pukat ke, motobot lagi elok.
Assalamualaikum,
Bagus juga ada orang temankan orang tua, walaupun sekejab sahaja tapi ringan tulang juga.
purata macam yang rakan2 lain cadangkan tu dah okey, kalau rasa macam tak memadai boleh tambah dengan barang dapur dan lauk pauk. Takat mana yang ikhlas nak bagi. Paling utama dia baik dan boleh dipercayai. Sekarang ni sangat susah nak jumpa orang yang baik...
betul tu kak... 50 semiggu x 4= RM200 sebulan. apa pun ikut keikhlasan dan kemampuan akak sekeluarga la..
selamat malam kak
TERIMA KASIH SEMUA
Diatas semua komen diatas
sedikit sebanyak akan ayu pertimbangkan...
Ayu memang ada cadangan nak beri RM 350.00 sebulan disamping nak hulurkan beberapa barangan dapur untuk beliau,
sekali lagi terima kasih teman-teman diatas buah fikiran kalian...
sungguh istimewa persahabatan kita.....
semoga kita diberkati dan dipanjangkan usia.. AMIN
instead bagi duit,apa kata akak bagi barang dapur je~~tak pun pas makan free kat kedai akak~~he~~
RM 50 SEMINGGU DA OKE KAK
sekurang2 nya dapat meringankan beban beliau :)
erm...saya rasa byrn tu depnd pd kak ayu...dalam rm50-70 seminggu tu ok dah...
salam ayu..
baru sempat tgk ayu,eh nmpk ke hehe
pendapat izan,ayu bagilah semampu ayu dan setimpal dgn kerja beliau..
yg penting ikhlas...
dalam RM 350 sebulan mmg dah ok rasanya ayu... kalau ada rezeki lebih boleh bagi lebih pada dia
Post a Comment