CITARASA RINDUAN

Thursday, June 2, 2011

Pekerjaan yang mulia dan SELAMAT HARI LAHIR blogger NUR-NBA

Chak!!!

Terkejut tak aku dapat update waktu gini... hehhehe, en zalie bagi daku rehat.. katanya kesian sebab daku berpuasa, tapi lepas zohor balik citarasa rinduan semula... Terima Kasih abang..

*****************
Sebenarnya,. Ada banyak kerja yang perlu ku lakukan, sebelum magrib kena siapkan tempahan untuk majlis kenduri doa selamat.. pelanggan dari kampung berdekatan..

Tapi, tak apa. Itu kerja petang... sekarang kena rehat dahulu.. heehhe

******************

Oh yer, lepas memasak lauk pauk tengahari,  en zalie mendapat panggilan dari kedai yang buat batu nisan, pesanan untuk ~kepok~ arwah abah (HAMIS B, HAJI ABU, al fatihah atas roh beliau) dah siap...

Agak lama juga kayu nisan tu ditempah. Mungkin kami pilih kayu itu yang agak lama... alhamdullilah, sekurangnya legalah hati kami bila urusan ~kepok~ selesai...

Terlanjur dah siap. Ku ke kubur, berdekatan kubur arwah abah ada 5  penggali kubur yang hendak menggali tanah sebab ada 1 kematian...


Terasa diri ini bahawa ada insan yang lebih mulia pekerjaannya.... penggali kubur bukan sahaja melakukan pekerjaan dengan membanting tulang dan peluh.. malah mereka melakukan secara berganti-ganti.. dengan cuaca yang panas dalam jam 12 tengahari..kaki dan tangan dipenuhi tanah....

Bayangkan kita hanya berpanasan dalam bangunan dengan pakaian dan tempat yang selesa.. tidak untuk mereka. Kita bekerja ada waktunya, tidak untuk mereka... siang, malam, petang.. malam awal subuh mereka bekerja tak kira masa bila ada panggilanNYa...

Pic: kredit to google.

PS:Besar dan mulianya untuk insan yang bergelar penggali kubur...

~selingan, SELAMAT HARI LAHIR untuk blogger kak NUR (cetusan rasa) NBA, semoga panjang usiamu, semoga murah rezekimu...

22 ulasan:

Kakzakie said...

Tengok org gali kubur kita memang insaf kan Ayu... Bila pula penggali itu buat utk kita pula.

Cikgu Nurin said...

Pekerjaan yg amat diberkatiNya..
Selamat rehat Ayu...dah mandi ke belum tuh?hu hu

siti murni said...

arwah tok wan dulu pun pernah jadi penggali kubur...sampai saat dia jatuh sakit lah. Bayangkan lah kalau dalam satu2 khariah tu tak ada penggali kubur, tentu susah kan..

Timbul rasa insaf bila tengok kubur digali..

Citarasa Rinduan said...

kakzakie--
mereka, tetap menggali walau cuaca semakin panas... ayu sedekahkan makanan dan minuman untuk mereka...

kak.........pasti waktu itu akan datang, tapi bila??


cikgu nurin--
ya... amat-amat duberkati...
terima kasih cikgu, baru lepas mandi, selalu ke kubur memang amalkan mandi sunat.

Citarasa Rinduan said...

siti murni--
besar pengorbanan tok wan kamu...
semoga panjang usianya...

di tempat kak ayu, penggali kubur masih muda... moga panjang usia mereka...

Nur-nba said...

Assalamualaikum Kak Ayu,
Wah ada entri khas.. Terima kasih banyak atas ucapan dan doamu.. Semoga Allah memakbulkan doamu itu.. Amin. Nur doakan bisnes Kak Ayu bertambah maju dan berjaya.. You really make my day.. :)

p/s: Bila umur dah makin bertambah, teringatkan amalan yang masih belum cukup untuk bekalan pada hari kemudian.. Insaf dengan kisah di atas.. Setiap pekerjaan yang halal dan dilakukan dengan hati yang ikhlas, insyaAllah akan mendapat balasan setimpal di hari penentuan kelak..

gadisBunga said...

kalau takde penggali kubur, alamatnya banyaklah zombie. hihi...gurau.

mereka adalah golongan terpencil yang kita selalu terlepas pandang. sama seperti tukang cuci, pekerja kilang, penghantar makanan segera.

tiada satu pun manusia yang tak penting dalam dunia ni..

bersama kak Es said...

terlepas pandang tugas mereka.
tanpa mereka..susah kita .

menginsafkan tgk lubang kubur tu

~izan~ said...

betul tu,pekerjaa tu sgt mulia dan lagi la kalau time hujan atau tanah lembik...

pekerjaan2 yg jarang disebut2 ni sebenarnya lg hebat cabarannya secara fizikal mcm jugak tukang angkat sampah,tukang buat jalan..hmm....

Cik Ecah said...

kerja mereka tu mulia kan k.ayu..
huhu...

*tetibe teringat aruah abah*

YanaMIB said...

hebat penggali kubur ni..dorg kena siapkan gali sepantas yg boleh..ye lah x elok kn smpn mayat lama2..tgk muka dorg pn tenang je..wallahu'alam~

Adinda Amy Sensei said...

ada drama kat tv tu tajuk dia cinta si penggali kubur...

dwaty said...

pekerjaan yang mulia...

norhidana said...

dpt rehat blh la lyn blog jap ek kak...
pekerjaan tuh tak ramai org blh bt kan... mmg sgt2 mulia

Mas said...

Pekerjaan yg amat diberkatiNya...
satu pekerjaan yang mulia.....

ayu...selamat berpuasa.....

Kalamhati said...

btul tu ayu..bukan semua sanggup buat keja ni..hanya mereka yang sanggup je..apa jd kalau takde panggali kubur kan..huuhu

maszmadi said...

semoga mereka semua mendapat rahmat dariNYA

daddyzkool said...

org gali kubur ...mmg hebat sebab pakai kudrat jer...pengsan...

Tinta Emas said...

kalau di bandar, kerja penggali kubur ni dah macam kerjaya yang okey jugak..siap sediakan pakej lagi...

hani@debumelukut said...

Setiap org perlukan khidmat dia..sekali seorg.

Insan Marhaen said...

bagus ye.. rajin berpuasa. ramadhan pun tak lama lagi nak datang nih. gembira pun ada, pening pun ada memikirkannya nih!

kakpah said...

salam ayu.
laalu di depan kubur je dah menimbulkan keinsafan. apatah lagi bila melihat ada orang yang tengah membuat kerja begitu. Pahalan insyaallah..