Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, June 11, 2011

Doktor daddy Ziyyad tanya citarasa rinduan jawab

Mengenai kedai citarasa rinduan, hanyalah kedai makan biasa (warong makan) yang terletak ditepi jalanraya belakang stesen minyak MOBIL antara laluan kulai-bandar tenggara-kluang,
Kedudukannya  terletak di felda sungai sayong, felda sungai sayong yang terkenal dengan sejarah dahulu kala.

Terdapat beberapa makam terdahulu di felda sungai sayong, membuktikan bahawa kesultanan melayu pernah menetap di kawasan ini..paling terkenal makam 7..dimana terdapat 7 makam yang terjaga hingga kini oleh pihak istana.




Berbalik kepada kedai citarasa rinduan, mempunyai sejarah yang membuktikan paste bandung diolah dari resepi kuah sate oleh ibu pemilik kedai iaitu Hamis B. Hj Abu, manakala, Pemilik telah meninggal dunia pada 12 april 2011, kini kedai makan tersebut diuruskan oleh anak tunggalnya iaitu Mohamad Razali Hamis

Paste bandung dijual secara internet pada tahun 2009 hingga tahun 2010, namun penjualan melalui post terpaksa dihentikan akibat beberapa pekara yang tidak dapat di elakkan

***********************
Bagi peminat mee bandung, anda boleh menikmati menu ini dari jam 10.00 pagi hingga 7 malam, dengan harga RM3.50 semangkuk, rahsianya hanya yang pernah merasainya. Pasti menyelerakan dan lain dari mee bandung yang terdapat dipasaran..



Blogger CIK mat gebu PERNAH menikmati paste bandung CITARASA RINDUAN, entrynya kalian boleh lihat DISINI.

PS: selain mee bandung, terdapat pelbagai makanan pagi, tengahari dan petang yang disediakan, juga menerima tempahan untuk kenduri doa selamat dan lain-lain.




~menjawab pertanyaan dari  blogger doktor, dady Ziyyad dan Zayyan….

(Esok 12 hb Jun 2011, majlis akikah baby Zayyan akan berlangsung…. Kepada sesiapa yang berdekatan.. jom sama-sama meraikan majlis tersebut, lokasi diTempat: Kampung Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan dari jam 9.00 pagi-petang… kudoakan majlis berjalan dengan lancar.. amin)



26 ulasan:

azieazah said...

AYU:
Terimakasih info. Sungguh menarik dan sesuai sekali diceritakan untuk makluman semua.

Kak Azie pun suka nak tahu. Pastilah Citarasa Rinduan itu mempunyai keistimewaan dan kenangan yang tersendiri.


Dell + Lenovo vs Mac = AA kalah...!

Unknown said...

kak AA--
hah.. mai sini ramai2 terjah citarsa rinduan.. ada diskaun untuk kawan2,...

Hamizah said...

menariknya..tp sy dah lama tak ke johor.

Melur Jelita said...

Saya tersangat la ingin pi kedai Ayu jelita..teringin sangat3...hehe

Unknown said...

Hamizah--
singgah ya, kalau ada peluang ke johor

melur jelita--
wah!!! terharunya.. marilah.. ada geng2 yang suka novelog kamu.. kami sama2 suka bercerita ttg hilman yang hensom tu.. hehehhe

Cik Ecah said...

k.ayu...sedappp nyer tgk mee bandung tuhh!!! nak jugak,,,,

ader rezeki nak jugak jejak ke warong akak tau..

miss u!

Unknown said...

cik ecah,,
miss u too..
thanks laling,

tempohari kak ada menjawab soalan kamu.. kamu dah baca kan?? tentang edit gambar.

Tinta Emas said...

satu hari nanti, Insya Allah saya akan sampai jua ke sana..

ayu, saya baru tiba mlm tadi ..skrg dah ada kat rumah, baru mula blogwalking nak tanya khabar...

Unknown said...

cikgu CTE--
terima kasih cikgu... alhamdullilah.. syukur selamat pergi dan balik cikgu sklrg dari bercuti.....

esok last cuti.. cepatnya masa berlalu kan>?

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq info kak...semoga rezeki citarasa rinduan mencurah2

Unknown said...

awe--
thanks laling

jeBateja said...

ok kak...mee bandung 3....ahakz....den tak minat mee bandung tapi kalau gi kodai akak....den nak paksa diri makan mee bandung dgn air bandung....ahakz

Unknown said...

jebat--
jangan tak tau.. sekali rasa, pasti tertawan dik... hehehe.. baik punya promote.. waka..waka..

tang air bandung tu.. kak tak reti buat 2-3 slide.. macam kedai biasa.. satu warna jer. pink

hah!! nak rasa sop kambing? sop tulang lembu? sop ayam?? kuah asing2 tau!! kak mmg tak satukan.. awak kena singgah.. heheh

IMANSHAH said...

nampak macam sungguh menyelerakan Ayu

Unknown said...

cikgu iman--
terima kasih..

CikguAreefNaim said...

salam kak,

wah, info ni leh masuk dlm wikipedia ni... sng nanti org nak cari ttg CR adik beradik SR, hehehe...

wah, paste penah dijual secara online yer...

yeh, sy antara org yg penah makn mee bandung tu, 2 kali, mmg sedap terutamany sbb akak yg belanja, hehehe... dulu kan kak, ms sy kecik2 sy pernah makan mee bandung kat kedai kayu tepi jalan besar tu... sedap gak, tp rsnya tkde kan kedai tu, tk taulah sape pemiliknya...

Miss Mirror said...

Azam untuk menjejaki kedai Ayu tu memang ada.. cuma tak tau ntah bila.

Tapi kalau dtg pun MM senyap2 je.. alih2 dah buat satu entry ttg kedai Ayu... hehe..

Unknown said...

sedap ke mee bndung? mcm tak ley telan tatau pasal pe

logorithm said...

RM3.50? Kat KL rasanya tak boleh dapat harga nih...

Singgah menggunakan Nokia C6-01. :-)

Ayie said...

Tengok sahaja makanan di atas ini iaitu mee bandung, perghh teringat semula masa raya tu.. apa-apapun macam mengidam pula nak makan :D

BLOG-AYIE.COM | SHARE & LEARN

ibuintan said...

harap2 akak juga sampai ke CR suatu ari nanti

~izan~ said...

bila la nk pegi kedai ayu ni..dah jarang hala ke johor sejak dua menjak ni..insyaAllah ada rezeki satu hari nnt nak pegi jugak ;)

jeBateja said...

alamak kak...sup lagik best rasa nya....wajip singgah nanti ni......

Cik Pulau said...

Akak.. bila la cik pulau nak sampai kat sana nih..
haihh.. teringin..^^,

Dr K said...

Terima kasih...:)

Saya peminat Mee Bandung..kalau di JB, saya mmg selalu cari port mee bandung Muar..Insya Allah kalau saya balik JB, saya cuba singgah ke kedai Citarasa Rinduan..

Rozita Ceritaita said...

salam kenal... teringin nak rasa mee ni... esok2 kalau senang leh la singgah kedai.. leh pos jugak kan? bape ye harga dia?