Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, June 16, 2011

Serangan Penggodam

PETALING JAYA: Laman web tempatan telah digodam lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan oleh kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka, Anonymous.
Kumpulan penggodam dari luar negara itu sebelum ini berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.
Sehingga petang Rabu, laman Twitter melaporkan sebanyak 27 laman web digodam.
Bagaimanapun, laman web tersebut tidak dapat dikenalpastikan. Pihak berkuasa pula tidak mengesahkan ketepatan tweet tersebut.
Antara laman yang diketahui digodam ialah Sabah Tourism, www.sabahtourism.com . Kerosakan pada laman itu dikesan pada awal Rabu oleh Ketua Eksekutif sebuah syarikat yang menganjurkan persidangan keselamatan.
"Saya lihat sebahagian laman web dipadamkan," kata Dhillon Andrew Kannabhiran yang mengetuai Hack In The Box (M) Sdn Bhd. "Saya baru kembali dari lawatan ke luar negara."
Laman web Sabah Tourism tidak dapat diakses selepas serangan tersebut.
Syarikat perisian keselamatan komputer, F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd menyokong hujah Dhillon.
Penasihat keselamatan syarikat tersebut untuk rantau Asia, Goh Su Gim berkata, laman web Sabah Tourism terjejas ekoran serangan itu.
"Lebih buruk lagi, maklumat daripada 392 pengguna akaun berjaya digodam dan disebarkan kepada orang ramai," katanya.
Maklumat yang disiarkan secara dalam talian termasuk alamat e-mel dan kata laluan.
Pada laman web terbabit, penggodam tersebut mendakwa mempunyai maklumat lebih 3,400 pengguna dari laman web Sabah Tourism tetapi mereka hanya mendedahkan maklumat 392 pengguna.
Para penggodam terbabit yang turut mendakwa mereka merupakan anggota Anonymous memberitahu, objektif mereka berbuat demikian adalah untuk menunjukkan betapa mudahnya laman web itu digodam dan tidak mendatangkan apa-apa bahaya.
Menurut Dhillon lagi, laman web www.tourmalaysia.com.my turut digodam dan dirosakkan pada Rabu. Dia memeriksa laman web itu selepas mendapati laman web Sabah Tourism digodam.
Ia dicoret dengan perkataan: "Deface by Kambeng Merah: Credit to DarkJawa."
Satu lagi laman web digodam ialah www.cidb.gov.my yang dimiliki Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Ia dirosakkan dengan mesej panjang yang menyalahkan kerajaan kerana menapis Internet. Bagaimanapun, laman web itu kembali kepada keadaan asalnya selepas beberapa ketika.
Dhillon percaya laman-laman web itu mungkin tidak digodam oleh kumpulan Anonymous.
"Kumpulan penggodam itu melakukan serangan terancang dan berpegang teguh kepada janjinya apabila melancarkan serangan," katanya.
"Ini mungkin kerja lain-lain penggodam yang ingin tumpang publisiti."
Pemantau keselamatan siber negara, CyberSecurity Malaysia mengesahkan beberapa laman web digodam. Ia bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan serta identiti laman terlibat.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (Bersara) Datuk Husin Jazri berkata: "Kami tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini."
Menurutnya, pihak berkuasa terbabit sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan untuk menangani serangan penggodam itu.
Anonymous menjelaskan bahawa mereka merancang untuk menggodam www.malaysia.gov.my sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk menghalang akses sepuluh laman perkongsian fail.
Laman-laman web tersebut paling kerap diakses rakyat negara ini untuk memuat turun filem tanpa izin. (kredit to mstar online)

PS: tu dia…. Macam-macam hal… bila ke blog eelobor, rupanya gengblogger pun kena gondam juga..itu hari kena malware, now…..

18 ulasan:

Unknown said...

haiyo..mcm2 ek

Murni Alfathunnisa said...

takut wooo.....

Izan Ishak said...

ada2 aje penggodam ni ye~

kella said...

hadoiii....

faizalnizam said...

bila satu dah mula.. mula ada yang lain nak terlibat sama.. biasalah tu. time ni boleh jugak kita tgk sejauh mana kehebatan brothers and sisters IT yang kerja dengan government handle the situation.

miloaiskurangmanis said...

ada faedah ke hack lama web ni???

err.. laman web dotgov tu pun... ada yg berbulan2 dah tak apdet
apa kes nak di hack???

buang masa dowhhhhhhh!~

Sis Lin said...

apa2 je le diaorg ni kan..sibuk nak godek godam owang [punya! pi dapo godam tepung bt kuih talam bagus kannnn!

munna said...

macam2 cara org nak tunjuk protes la ni....

Dr K said...

Yang peliknya, apasal blog org pun mereka nak godam? Godam website Gomen dah la

ummiross said...

takde keje penggodam ni kan, seronok agaknya menyusahkan orang

Hamizah said...

ms bw mmg jumpa blog yg kena godam..

kurus said...

alamak ieda risaulah ayu .. dah lah ieda nie bute IT .. bab2 nie lagilah x pandai .. bila tahu baca jelahh .. no action .. huhuhu

PCL said...

hacker nak tunjuk mereka teror..mungkinkah akan jd terroris cyber dlm malaysia.

[PCL]

en_me said...

macam2 kanns.. uhuhu, salamm

sarah-najwan said...

takutkan..harap2 blog2 kita xdigodam..

Queenie said...

ayu, buku tu anak kak beli kat Times pavilion...

Cheq Sue said...

saya ada jugak tgk blog yang kena hack tadi... uiiiiii macam seram je rasa

eelobor said...

mungkin ada mesej yang ingin mereka sampaikan.... namun niat tetap tidak menghalalkan cara (keburukan)