CITARASA RINDUAN

Thursday, June 16, 2011

Kesimpulan Drama Nora Elana (episod terakhir 16 Jun 2011)

Alhamdullilah, ke berbuka menu ringkas, nasi perang, ayam masak kicap my feberat, air sirap suam.. ops.. buah kurma tidak ku lupa…
Sambil berbuka, aku layan drama nora elana.. hahahha.. kat kedai kan……
************************
Duduk depan tv di meja pelanggan,…(hari nie drama last.. kena tonton juga)
Kesimpulan yang ku perolehi dari episod terakhir ini,, ( kiranya 2 hari aku dapat ikuti drama hebat karya kak meen zulaikha)
1.       Watak seth tan, tak seperti yang ku gambarkan.. maklumlah.. aku memang dah bayangkan pelakon cina bertubuh ketak2.. hahaha, namum.. lakonan aaron aziz okeylah.. susah nak jumpa lelaki sebaik beliau, bak kata blogger cikali.. seth tan tu dia, belum lagi blogger ujang.. hahhaha.. semua nak jadi seth tan..
2.       Amir, dalam novel tak berapa menyerlah.. tapi… dalam drama berjaya dihidupkan..tahniah untuk lakonan
3.       Nora elana, lakonan siti saleha.. terbaik.. memang sesuai diadaptasikan antara novel dan drama.. lemah lembut…. Tiba-tiba ku teringat blogger sunnah.. hehehhe
4.       Yvonne lakonan wan sharmila, watak memang hidup.. tapi aku dah di suntik watak cina dalam novel kasih yang suci.. so, agak lari dari bayanganku…
Keseluruhan.. aku bagi 4 bintang untuk drama Nora Elana (slot akasia)… dengar-dengar ada 7 drama yang diadaptasikan dari novel cinta di Malaysia… jadi, untuk peminat novel cinta.. tunggu!!!!!!

PS: solat magrib…… baca yassin… heheheh… tak payah tunggu drama sampai habis… heheheh (sebab dah tahu endingnya…)

10 ulasan:

Zaliedana said...

Assalam kak,sana sini org bercerita pasai drama nih kan..Hebat betoi penangannya,hihi..Tapi tuh la tayang time maghrib,kalo dulu ok gak 6:30pm-7:30pm..

Belog MTT said...

Ending laju sangattt.. :(

Gen2Merah said...

tak pernah layan daram yang main pukul 7.. sebab masa tu kami akan duduk berjemaah kat masjid (",)

Sunah Sakura said...

erkkkk! sampai teringat kat saya pulakksss...

Cik Ecah said...

dah tau ending citer sblm citer ni abes k.ayu..
kakak sy pembaca novel cinta yg tegarrr...hahaha :D

zarazueyin said...

pasni x dpt tgk seth tan lagik....huhuhu....sob..sob

Penyair SenjA said...

Bestttt :)

tun_telani said...

owh..glemer ek? x tgk pulak.. huhu

cik pulau said...

akak...
sy peminat novell....
sangat sukaa novel...
tapi semenjak abes blaja n tak keje ni, dah tak cari stok novel sebab ngak ada on kos nya.. haahaha

ana apez said...

akak, tau tak kat mana nak review semula drama ni? ana baru follow drama ni since last week. masih x faham lagi jalan cerita drama ni.

pssstt: suka betol tengok Aaron Aziz berlakon!!