Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, September 20, 2011

Tip jauhkan diri dari masalah

Assalamuaikum, salam ceria di pagi selasa…..

Awal sedikit ku beronline hari ini… sesudah bersahur, sedang menanti azan subuh berkumandang. Molek ku kongsi tips yang ku pelajari semasa alam persekolahanku

Teringat apa kata ustaz yang mengajarku.. semasa bangkit dari tidur.. kita dikehendaki mengamalkan amalan sunah, seperti menyebut kalimah Allah… selain membersihkan diri, dalam fikiran kita hendaklah sentiasa kearah postif

Sebagai contoh.. jika menghadapi kesulitan membayar hutang, semasa bangkit tidur diawal pagi, jangan fikirkan masalah tersebut.. kita fikirkan kita mampu bayar dan semoga Allah mempermudahkan urusan kita

**************

Selain itu.. semasa mandi pagi, air hendaklah dicurah dari permukaan kaki hingga ke atas, molek kalau basuh kaki dahulu.. boleh awet muda tau…..

Berbeza dengan yang mandi wajib tu,. Basuh tangan dan kaki, seterusnya curahkan air ke kepala hingga kebawah..

Success In Life: Bangun pagi gosok gigi....
Lagi satu, kita hendaklah lebihkan menyapu air dan sabun pada bahagian hadapan barulah disudahkan ke bahagian belakang

Moga, kita sentiasa ke arah positif dalam kehidupan kita… dan ku doakan agar sahabatku yang membaca entry ini selalu dijauhkan dari segala masalah yang kalian hadapi… Amin

17 ulasan:

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Ayu...

ceria2kan hari anda dan selamat menjalankan tugas seharian. :)

gadisBunga™ said...

dah berapa blog kakcik no 1 neh. hahaha!!

nice tips kak. thanks for sharing.

fikir positif adalah oredi separuh dari jalan penyelesaian kan.

Unknown said...

Alhamdulillah..nice sharing..abah suka

Mintak Bantuan Semua Blog Gilamodified telah Dihacked

eelobor said...

wah...pagi2 dah ada tips dari CR

Mas said...

tips yang bagus untuk dikongsi bersama..
berpikiran positif mampu menenangkan diri...

blog-tips-kurus said...

1st step itu memang penting. bangun tidur memang kena set +ve je kat minda kita.. :-)

Cik Pulau said...

akakkkkkkkkkkk...
heee.morning...


kalau mandi mula dari bawah dulu pun boleh kurangkan sejuk waktu pg.. hehehe

cintailmu89 said...

ooo..gitu..selama ni mandi memang simbah kaki dulu.. xsangka ada baik nya rupanya..hehe =)

Unknown said...

assalamualaikum...
nice tips...i like...hehehee :-)

bujal X said...

malas ah mandi nak pakai sabun~keh keh~~badan saya semulajadi wangi~

azian said...

kak ayu...
bagus laa akak ni....

Kakzakie Purvit said...

Selamt menjalankan tugasan hari ini dgn lebih selesa Ayu...

Arizakiah said...

petua orang tua-tua, kalau nak elakkan sakit lutut, semasa mandi curahkan air kat lutut dulu baru di tempat lain.
kalau terus di curahkan ke kepala kita akan mudah diserang sakit kepala...
wallahuawaklam.

Ibu Muda 30series said...

salam sis Ayu....

kalau mandi pagi2, mmg wani siram air kat kaki dulu...nak test sejuk ke tak...hihii

SITI NOARIZAH ARIS said...

memang betul apa yg ayu tulis tu dan memang dah jadi amalan sy setiap hari... Kita takkan rasa kebaikkannya kalau tak buat dan amalkan selalu yg penting yakin dgn diri sendiri. :)

Niena Muhammad said...

oO kna cuci kaki dlu ea..bagus2..thanks kak ayu :D

Anonymous said...

alhamdulillah na amalkan mandi macamtu. :-)