Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, September 3, 2011

BERITA TERKINI. jurugambar BERNAMA TV maut di somalia




KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.
"Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.
Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA 
*******************
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham..semoga arwah dicucuri rahmat, semasa mengikuti berita jam 7.30 pagi di TV3.. hatiku sayu melihat ibu arwah Noramfaizul dikaca TV.. meratapi pemergian arwah.
Ya. Allah.. kau berikanlah kekuatan kepada Ibu, Isteri dan anak2 arwah.. semoga mereka diberikan semangat menhadapi apa yangtelah terjadi.

14 ulasan:

ewanthology said...

Al Fatihah.. dah sampai ajalnya tiada apa yg boleh menghalang.

Unknown said...

delarocha
semoga arwah dipermudahkan ke sana

al_hakim said...

ada hikmahnya...=)

eelobor said...

meninggal semasa bertugas "misi kemanusian"..... amat mulia. kita tak tahu lagi di jemput oleh-Nya ketika sedang buat apa yer...

Niena Muhammad said...

erm.. tgk gak ti kt Kopi O...
moga rohnya ditempatkan dikalangan orgyg briman... erm.. keja wartawan ni bahaya gak... bukan senang


kak ayu, nina nk ucpkn salam syawal :)

Ammar said...

Moga Rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya dirahmati. Amin.

Kayu Manis said...

innalillahiwainnailaihirojiun,semoga rohnya di cucuri rahmat..

kurus said...

takziah buat keluarga mangsa .. aduh sedihnyaaa .. besar dugaan keluarga mangsa ..

semoga arwah ditempatkan bersama golongan org2 beriman ..
ayuu ieda esok balik kg .. nie bersiaran dari kedai tenet .. x tahan winduu kat blog :)

uncle gedek said...

alfatihah

Anonymous said...

innalilah..
alfatihah!

insan marhaen said...

takziah juga dari IM. mungkin ada pengajaran dan tindakan susulan selepas ini.

Nieda said...

ALFATIHAH untuk arwahdan takziah untuk isteri dan keluarga. Sedih tengok ibunya meratap sedih atas kehilangan anak yang tersayang.

Alhamdullillah kamera akak dah ok. Nasib baik betul.

dieya said...

innalillah.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. satu kehilangan yg besar, bukan senang nak cari cameraman yg sanggup berkhidmat kat tempat bahaya mcm tu.