Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, September 18, 2011

Jom ramai2 kita serbu karnival PESTA BUKU MPM di Pesta Konvokesyen UTM ke 47skudai

Asalamualaikum.
Kengkangan masa buatkan aku tiada masa berlamaan di depan pc.. ku mengharapkan kalian yang sudi singgah ke blog citarasa rinduan khususnya warga negeri Johor beramai-ramai meraikan majlis konvokesyen yang bakal berlangsung di UTM skudai dari 21-28 september 2011
Akan berlangsungnya pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda…
Bagi peminat buku, majalah dan novel.. jom.. kita serbu booth Karangkraf.. mana tahu rezeki anda. Bakal bertemu penulis karangkraf yang kalian cintai…


Buat blogger mama noriz,blogger  kak ct Zaleha(batu lesung), semestinya kalian yang berkhidmat disana pasti tidak akan melepaskan peluang ini.. buat blogger kasih suci dan en suaminya.. jeng2.. tolong borong banyak2 novel alaf 21 feberat kak ayu ya.. hehehe
Buat blogger sunah, blogger nad, blogger sara, dan blogger geng2 students UTM, apa lagi.. masa nie lah tunjukkan bakat niaga apa yang anda tahu… niaga kek lapis sarawak pasti berbaloi2…. Kan…kan….
Kak ayu teringin nak niaga mee bandung disana.. ada sesiapa yang boleh bantu kak disana? Hehehehehe.. nak uruskan citarasa rinduan pun tak cukup tangan, inikan pula nak tambah impian uruskan perniagaan di UTM.. kompom pitammmmmmmmmmmmmm…….
PS: kredit untuk Puan Sri Diah yang sudi tag namaku untuk pemberitahuaan Temu Mesra Novelis Grup Buku Karangkraf Sempena PESTA BUKU MPH di Pesta Konvokesyen UTM Ke-47…terima kasih banyak2 kak Sri…… sayang ketat2…

17 ulasan:

NadiRah said...

fauziah ashaari pon ade...sri diah xde ek...dia pon best..same ngan norhayati berahim,...

nnt akak nk dtg utm bgtau ar..hehehe

IMANSHAH said...

membaca nadi ilmu

eiela said...

rambang mata kalau p pesta buku nih.

Azian Elias said...

i jarang p pesta buku or any pesta. tak sanggup bersesak. i takut jatuh. tak stable.

Sis Lin said...

waaaa ni klu anak lin tau ni dia suka la dgn buku2 tu..

nnti ada free nak sggh gak la...TQ ayu...

~izan~ said...

kalau adik izan mesti suka sebab pengumpul novel tegar hehe

azieazah said...

Yaaa lama tak dengar nama novelis Sri Diah. Silap2 orang ingat dia dapat gelaran Puan Sri sebab kahwin dgn Tan Sri, kan?

Lama tak baca tulisan dia.

Selamat berkarnival!

azieazah said...

Biasanya jika di Johor, nama novelis Fauziah Ashaari harus ada. Dia memang tinggal di sana, kan?

Kak Azie tingin nak jumpa ALTAHA (novelis siri SAGA), pun tinggal di Johor.

eelobor said...

jauh sangat la nak pi sana puan ayu,....

Sri Diah said...

Terima kasih Ayu kerana tolong promote sesi ini di UTM sempena Pesta Konvo. Untuk pengetahuan semua, Mini Karnival Karangkraf akan diadakan di Plaza Angsana pada 28 - 29 - 30 Oktober ini. Seminggu. Kali ini lebih ramai penulis akan turun, insyaAllah.

Saya sungguh terharu dengan soalan-soalan yang bertanyakan tentang diri saya, karya terbaru saya dan gemarkan tulisan-tulisan saya. Saya sayang kamu semua. Buat masa ini sedang menulis yang terbaru, semoga cepat siap :-)

Kesibukan mengendalikan Grup Buku Karangkraf membantutkan sedikit gerak kerja... namun memang saya akan teruskan menulis demi memenuhi citarasa semua.

- Sri Diah.

sahromnasrudin said...

jauhnya...tak dapat den nak sampai huhuhuhuhhh

Kak Amy said...

As'salammualaikum kak ,

Nak pergi tapi jauh sangat la kak , amy hantar wakil je la , adik ipar mengajar di sana so wakilkan dia sajalah hehe...

Kakzakie Purvit said...

Insya-Allah kakak akan bawa anak-anak pada hari Ahad ini sambil beraya terus ke Taman U...

erienz said...

salam ayu....wajib gi ni...peminat novel tegar...

faraherda.razalan said...

Bln 12 t bt kat kl lak...tgh kumnpul duit nak soping buku byk2! Hahahahah!

Sha@Mama TinaAzra said...

a'kum Ayu..sihat? Hmm..dekat jek UTM nih..ada masa nak ajak cik abg & si comel Tina lah..tak pernah lagi bawak dia jalan2 kat pesta buku

Kasih Suci - Mama Damia said...

kak Ayu, kalau turun ke Pesta Konvo UTM tu jgn lupa inform kasih k...hehehe...mana la tahu, kot2 kite boleh pergi ke sana sama2...tu pon kalau berkelapangan...