CITARASA RINDUAN

Tuesday, September 20, 2011

Bila aku dah start berleter part 2

Sebenarnya dah malas nak kecoh2..
Tapi bila aku luahkan di blog, akhirnya aku mendapat kepuasan sendiri....
Lumrahkan bila ada golongan yang sudah menerima tapi tak ambil tahu siapa menghulurkan, itu kes lupa diri, atau tak mengenang jasa…
********************
Okey, aku tipu itu kes lain.. nie kes perniagaan… hujung2 kes aku tempohari, nampak gayanya.. itu semua auta semata… ku kena tipu.. bengang sudah……………
Dari hari khamis aku check akaun.. tak ada RM,bukan banyak pun hanya RM 260.00, (sarapan pagi, tengahari dan petang untuk 25 orang makan) jumaaf hari malaysia, faham.. bank tutup, samalah dengan sabtu dan ahad… (pelik gak, bila kata online bila2 masa tanpa had boleh urusniaga, tanpa tunggu bank beroperasi rasanya nak transfer duit tak ada jadi masalah kan…kan???)
Hari ini dah hari selasa, tak ada langsung butiran pembayaran di akaun simpananku….. bengang sekali lagi…..menyampah pun ada…
PS: bertambah nak bebel, bila ada pelanggan suka2 nak kurangkan harga makanan, hello…. Aku jual nasi goreng ayam sebungkus RM4.50. dengan harga ayam dah naik hingga RM 8.50 sekilo.. takkan senang2 nak minta RM3.00 sebungukus.. Aci ker?……..

31 ulasan:

azam said...

transfer duit dari bank lain ke bank lain kot.....

kalau sebelum pukul 11 clear petang. Kalau tak next day bekerja lah jawapnya

Aku Ibu Muda said...

sis Ayu....cadangan wani:

sebungkus nasi goreng ayam RM 3 tu boleh.

tapi ayam seketul dikerat lagi 3...baru lah adil :)

hihii

Hanih Borhan said...

wohoho...x patut sungguh org tu...dia x rasa apa2 ke makan makanan yg still x bayaq lg...hu3

Mama Janet said...

kalau dia orang bising2 nak harga murah, suruh masak sendiri je

missbby said...

apalah diaorang ni..tak hargai apa yang ayu dah buat..ni memang tak patut..

mamaNoriz said...

kesian nye akak..

selalu peniaga di kecam brg mahal tpi org tak tahu peniaga tanggung kenaikan harga yg teruk kan...

sabarlah yea

diana said...

nak 3 ringgit boleh je...
tapi bagi sikit je la...

kella said...

dah agak murah dah akak jual tu...
hmmm sabar ya kak.. ini ujian Allah ni...tak pe kak... kalau dah takdir akak tak dapat pun akak kena redha je.. serahkan sahaja kepada Allah ... setiap perbuatan kalau kita tak mampun balasnya..dia akan dapat juga balasan dari Allah... =) tenang ya kak...

kak Ayu.. kita dah update belog.. setelah sekian lama.. sudi sudilah mengyinggah... =) hehe

munna said...

itulah dugaan buat orang berniaga kan Ayu...

abah khalisha said...

sabo2..hehehe..

kakcik said...

Tak rasa tercekik ke kalau makan takmo bayo, kan?

Asrul "iLham" Sany said...

x suke dgr orang membebel...

;-)p

Isteri Encek Bard said...

lorr kaka kedai akak dekat situ ker... IEb duduk kat felda ulu belitong, kluang.. dekat sangat klu nak gi situ kak... Insya Allah ti su balik johor nak singgah kedai akak

Rozita said...

sabar ayu.. terlupa kot org tu.. cuba la call tanya dia.. takut tertransfer ke bank org lain je..

Ati Masrif said...

memang panasss ayu
orang dah penat2 masakkan

kena fikir 3kali
lepas ni kan

logorithm said...

Bagi jer kat orang tuh free. Cakap sedekah kat dia. Pas tuh Cik Ayu suruh dia jangan datang lagi...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Here In My Home

[U] Ah Long perosak harta awam!

[13PG] Taik hidung yang degil

Mommy Fara said...

Ish, dah order mkn tp tak byr? Susahlah mcm tu Ayu.

Ape? Nak kurangkan harga nasi goreng ayam smpi RM3? Jadah pe tu Ayu? Aduhhh!

Baru faham adat berniaga nie mcm ne. Kerenah pelanggan yg mcm nie. Mmg membebankan!

Daddy Ziyyad said...

Itulah ada berniaga kan...

Masing2 nak pakai konsep customer is always right, padahal menganiaya peniaga sebenarnya.

miloais said...

kalo transfer duit - bank yg sama - memang jam2 tu gak le duit tu masuk

kalo bank lain2 - kena tunggu dua hari bekerja rasanya baru clear....

Yasminhamid said...

kesian ayu... asyik terkena jer.. sabar yer... \
kalau minta murah boleh.. kuantiti kena kurang.. cakap kat diorang mcm tu.. apa la.. makan nak sedap bayar tak nak...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kurang asam betul...kau tipu akak aku ye?biarkan dia sis..nak tipu bab mkn ni dia berani kat dunia ni..huhu.harga brg mmg dah naik.biasalah tu 4.50, nak 3.00 akak bg ayam tang kaki jek..kui3

azian said...

kak...
ade gak org cam tu ek kak...sabo2....

tun_telani said...

ish.. dia lupa agaknya kalau x bayar tu dh kira makan mende haram la kan.. len kali utk customer mcm ni suruh bayar in advance je kak.

cinnamon.com said...

bertenang...ye

cikgu isza said...

susah nak duga jati orang yang suka menipu ni kan ayu..?

Queenie said...

saper2 yg bising pasal harga tuh, suh jer dia masak sendirik! akak selalu terkena termasuklah dari org nak order makan2. apa akak buat ialah suh dia pi belanja sendirik bahan2 yg dia nak suh akak masak, dan akak cakap boleh masak free utk dia...

gitu gini terduduk dia! baru dia tau harga barang2 skrg..dah tu mmg sengaja nak ajar dia kan, akak tak kira kos minyak masak, air, letrik, gas, serbuk kunyit, garam yg akak guna utk masak...tp semua belen bahan2 dia beli tu walau sebijik bwg pun akak pulangkan semula kat dia. tak hingin akak..

kalau dia ada perasaan malu, lu pikirlah sendiri...

Gen2Merah said...

alalala.. kesiannya kak ayu... sabar ya kak.. memang macam tu tabiat manusia...

Lama tak singgah sini.. semoga ukhuwah ini kembali bersatu. Hadapi semua dengan senyuman ye...
~Gen2Merah~

Yan said...

tak faham dengan sikap orang ni, dia ingat kita nege ap a ek?

Nur-nba said...

Memang susah nak faham perangai segelintir orang yg pentingkan diri sendiri. Sabar ye Ayu...

cik pulau said...

sabarrrrrrrrr.....

Amy Syaquena said...

Dugaan dan risiko bagi orang yang berniaga macam kita nie kak..sabar je la