CITARASA RINDUAN

Friday, September 16, 2011

Salam HARI MALAYSIA dan cerita semalam (Raya ke rumah blogger Ibu terkenal)

Salam penghulu hari.. salam 1 Malaysia, hari ini HARI MALAYSIA, kalian semua bercuti kan????
Aku layan tv 3 sekarang, ramainya yang berada di padang dataran merdeka… seperti 31 ogos.. meriah!!!
Wah!! Apa program hari ini? Aku akan mengikuti anakku menyambut HARI MALAYSIA di sekolahnya, selain ada jemputan hari terbuka sekolahnya sempena hari raya, baju yang kami akan pakai semestinya baju raya, ada sessi menaikkan jalur gemilang, semestinya saat yang wajib kami ikuti, rugi ooooo tak join.... hehehhehe
*************
Korang nak tau kemana semalam daku sekeluarga tuju???
Tara!!!!!!!!!!!!!!
Selain ke hospital, kami dapat beraya dan menjejakkan kaki ke rumah blogger ibu paling populor tau…. Suri pada komando.. jeng2.. ada yang dah dapat tangkaplah siapalah gerangannya, ibu pada 3 cahayamata yang gebu2….
Nak lihat wajah blogger terkenal tersebut??? Jom layan gambar semalam…



Laluan hospital dengan taman perumahan blogger ini memang kami lalui tiap kali ke hospital.. jadi, molek benar kami ambil kesempatan mengeratkan hubungan persahabatan…


Kehadiran kami memang dinantikan oleh ahli keluarga blogger mamamya a.k.a kak lieya sekeluarga, bila kami kata semakin hampir, en komandor dah menunggu kehadiran kami dijalanan.. terima kasih abang Ali..
Kak lieya dan anak2 yang gebu menanti kedatangan kami diambang pintu.. wah!! Terharunya…..


Ehem!!! umai yang awalnya malu2 kucing dengan along dan angah. Si firas time nie tengah tidur…


Hah!! Kan dah boleh bersatu,, siap jadi geng lagi…. Hehehheh, geng pink..
Terima kasih kepada kak lieya sekeluarga, kerana melayan kunjugan kami sekeluarga, layan kalian, santapan yang kalian hidangkan  semestinya feberat en zalie.. soto ayam, ditambah dengan “begedil” kalau nak belajar buat begedil ayam yang sangat nyami!! Kita minta kak lieya syer entrynya nanti ya… sangat kami hargai…


Sebelum balik kak lieya ada tapaukan my feberat cookies.. semestinya almond london… terima kasih kak lieya.. time nie ayu sangat malu sekali.. tak pernah pergi ke rumah sesiapa dapat cenderhati yang sangat enak……
Moga, persahabatan kami kekal selamanya…..Harapan kami semoga kak lieya dan keluarga dilimpahi rahmat yang berganda2.. Amin

15 ulasan:

azieazah said...

KAK LIEYA tu pernah gak baca nama dia komen komen...

Seronoknya mengerat persahabatan, bersama teman blogger. Bila kita berkunjung bersama keluarga, terasa ikhlas betul hubungan persahabatan itu, kan?

Areef Ibn Naim said...

salam,

kak, kaklieya ni ada sama2 gi gathering ngan kita masa vlog kat rmh cmg tu kan...

tu yg jauh kak, kita yg dkt ni bile plak, hehehe... kak, tk gi rmh cmg esok yer?

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ayu akak cayang...
wah seronoknya dapat bertemu... kalu dkt akak pun nak jumpa ayu tau... ;)

ibuintan said...

selamat menyambut hari Malaysia ..Ayu

CR cuti ke ari ni?

NadiRah said...

hahaha,...same lah baju deme...kih3

Along Maklong said...

salam ayu..
bestnya dapat makan soto..
bila pulak nak keteratak maklong..?

cikgu isza said...

seronoknya beraya ke rumah rakan2 blogger..
takda blogger yang nak dtg rumah saya pun..

ayu..
nampaknya KEMAS ada sambutan sama serentak satu Malaysia. Itu pun secara tergempar jer dirancang..

Queenie said...

akak taktau nak komen apa ayu,
cuma jenguk sini nak lepas rindu...

Bigdaddyz said...

bukan main sihat2 anak dia yer...best tu kalau dicubit2....:0

Mamamya said...

terima kasih ayu...terharu dgn n3 ayu ni sbb klu ikutkan ayu n blog CR ni jauh lbh glamor n t'kenal b'banding akak ni...

terima kasih juga sbb sudi singgah...lain kali klu hantar zalie ke HSI jangan segan2 singgah ke rumah akak lagi....

resepi bergedil tu coming soon...akak akan share sama2... :)

cik pulau said...

hamboii akak.. beraya lagi...
bestnyaa...

gedek! said...

blogger famous vs blogger famous!

Zul Fattah said...

haha.. mesti bestkan kak.. saya semanjak jd blogger ni, tak pernah jumpa pun dgan blogger lain.. haha

~izan~ said...

seroknya beraya rumah blogger2.. lama izan tak dtg sini..akak,tq sms akak tu..tq ingat kt izan.. =)

almond london tu paling menyentap hati hehe..

Papa Mifz said...

best yer dpt jumpo blogger yg lain...setakat nih papa mifz xde jumpo lg...