CITARASA RINDUAN
Tuesday, April 2, 2013
KepadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali
Salam takziah buat Abil (sahabat blogger, suami kepada Allahyarhamah Gee... Semoga tabah menghadapi pemergian isteri tersayang pada 2 April 2013.
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya saat entry ini ku taip bertapa payahnya jari ini menekan keyboard seperti hatiku ini meratapi pemergian sahabat-sahabat...
Ps:
maaf buat sahabat blogger yang singgah keblog CITARASA RINDUAN. Kengkangan masa buat diri ini memdiamkan diri dari alam maya.
Thursday, March 21, 2013
Harap maklum: CR beroperasi hingga jam 3.00 petang
Ianya untuk memudahkan daku menyiapkan makanan dan minuman untuk kenduri doa selamat arwah ayah mertuaku yang telah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham Haji Hamis B Haji Abu dicucuri rahmat. Al Fatihah.
ps: 2 tahun rupanya ku ketiadaan ayah mertua, bagiku arwah sentiasa bersamaku untuk memajukan Citarasa Rinduan.... Abah tetap di hatiku...
Tuesday, July 3, 2012
Al Fatihah buat Blogger Lieynanilaz
Salam takziah dari blog Citarasa Rinduan untuk ahli keluarga pemilik blog KISAH KEHIDUPAN, blogger ini menggunakan nama penanya sebagai Lieynanilaz...

Komen beliau yang terakhir pada 1 july 2012, diblog Citarasa Rinduan, arwah yang sangat perihatin, baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang sahabat-sahabat blogger yang lain buatkan diri ini tersangat sayu.... Kehilangan beliau amatlah aku rasai, hinggakan keinginan aku berhenti seketika dari dunia blogging, terciptanya entry ini untuk pemberitahuan kepada sahabat yang lain
Allahyarhamah meninggal dunia, akibat darah tinggi dan paru-paru berair pada petang 2 july 2012.
kredit to blogger Gb dan blogger Tihara (sahabat baik arwah)
Sunday, May 6, 2012
Salam Takziah buat blogger Jaja dan Blogger Lelord
Doa Rasullah SAW untuk yang telah meninggal dunia
Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
Salam takziah buat blogger Lelord dan blogger Jaja diatas pemergian Allahyarham Ayahanda mereka yang tersayang, moga kedua-dua blogger ini tabah menghadapi ketentuan dariNya.
Allayarham ayahanda blogger lelord menghembuskan nafas pada 5 April 2012, 10.45 malam di Hospital Batu Pahat, manakala Allayarham ayahanda blogger jaja telah meninggal dunia pada 2 Mei 2012 jam 4.30 petang di Hospital Manjung, Perak. Al fatihah
PS: aku rasa sedikit ralat, kerana berita tentang pemergian allahyarham ayahanda kedua-dua sahabatku itu, ku terima khabar berita terlalu lambat, maafkan daku...
Thursday, May 3, 2012
Salam Takziah dari CR buat seluruh keluarga BOB KUMAN
Seluruh warga Citarasa Rinduan mengucapkan salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Husni Mohd Rawi atau senang dikenali sebagai BOB KUMAN atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada 3 Mei 2012 jam 4.38 Petang dikediamannya di Kota Damansara.
Allahyarham menghembuskan nafasnya saat akhir disebelah isterinya, jenazah allahyarham akan dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh.
Presiden seniman iaitu Harun Salim Bachik mengesahkan berita kematian allahyarham...

Kredit to Mstar online
PS: aku yang sibuk menguruskan tempahan Nasi ayam. dikejutkan dengan berita kematian allahyarham, sesungguhnya, tiada yang berkuasa melainkan DIA
Thursday, April 5, 2012
Mohon sahabat doakan agar Ibunya selamat walau anaknya sudah tiada..
Monday, February 6, 2012
Al Fatihah buat arwah sepupuku Ashida Saim
Monday, January 2, 2012
Bekas Presiden Bursa Malaysia Meninggal Dunia

Wednesday, September 7, 2011
Apakah yang bakal kita tinggalkan??
Saturday, September 3, 2011
BERITA TERKINI. jurugambar BERNAMA TV maut di somalia
Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA
Monday, August 22, 2011
Selamat hari lahir, Semoga tenang disana.........
Tuesday, May 10, 2011
Al-fatihah atas ketiga-tiga roh mereka...



Monday, February 21, 2011
Yang hidup pasti kembali kesana.............
Friday, January 28, 2011
Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia

Saturday, January 15, 2011
Salam takziah
Assalamualaikum..
Seluruh warga citarasa rinduan, mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Haji Hamuti (Besan Kepada Abb. Rahman B. Hj Dollah) di atas pemergian isteri tersayang hajah Siti Hadijah Bte Haji Anuar pada 14 January 2010 pada jam 11.20 malam di Hospital Sultanah Aminah
**** aku dapat maklumat dari adik ipar pada jam 12.30 malam….al fatihah pada Arwah Mak Hajah.semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang yang beriman*****
**** alhamdullilah, urusan pengebumian siap pada jam 11 pagi, saat ini…kesediahan ahli keluarga arwah masih dapat ku lihat dari raut wajah mereka…..Salam takziah uda (hasrul Hisyam B Hasmuti, adik iparku)
Ralat: entry jam 8.00 am adalah entry berpos…sukacita dimaklumkan, kami sekeluarga akan ke USJ pada 6.00 pm.
Wednesday, April 28, 2010
ARWAH ACHIK SPIN DI RANCANGAN JANGAN TIDUR LAGI

Friday, April 23, 2010
DALAM KENANGAN

Saturday, April 17, 2010
ACHIK SPIN MENINGGAL DUNIA

Friday, April 2, 2010
SALAM TAKZIAH DARI CITARASA RINDUAN

![]() |
Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi |
KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

