Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, March 31, 2010

PERGINYA SEORANG WANITA

Salam takziah untuk keluarga kami,mak long Zalie meninggal dunia kira-kira jam 4petang bersamaan 31hb Mac 2010, aku mendapat berita ini disebabkan cucu lelaki (arwah) berkerja di kedai makan kami..Arwah berusia dalam lingkungan 60an, anak perempuan sulung dari adik beradik ayah mertuaku.Anak arwah semuanya sudah berpindah, yang bungsu iaitu Juliana belum mendirikan rumahtangga tetapi bekerja di bandar Johor. Arwah meninggalkan suaminya yang tercinta .Aku terpaku apabila mendengar berita kehilangannya...

Teringat gelagat dan tingkahlaku arwah yang menyayangi kami (anak2 saudaranya) seperti tidak ditukar ganti dengan sesiapapun...pelukkan dan ciuman darinya masih kurasakan hingga saat kini....tiap kali lebaran atau kunjungan kami ke rumahnya di f Air tawar 5, arwah pasti gembira dan menangis apabila kami hendak pulang..

Kali terakhir arwah datang ke rumah kami, ketika majlis perkahwinan adik..arwah seperti biasa..tidak menunjukkan sebarang petanda. Hanya bacaan Yasin dan Al-Fatihah dapat kusedekahkan keatas rohnya....kami sekeluarga akan menziarah jasadnya untuk kali terakhir pada petang ini.

Kepada kawan-kawan semua...sedekahlah al-fatihah keatas rohnya.........semoga arwah termasuk dalam golongan orang2 yang beriman...amin

2 ulasan:

wanita mutalib said...

Salam takziah kak ayu..

Al-Fatihah..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

salam takziah buar keluarga kak ayu

alfatihah buar arwah makcik kak ayu