CITARASA RINDUAN

Monday, March 29, 2010

TERINGAT DULU-DULU

Bila hati aku dah sejuk sikit, (lepas geram tentang gelagat pelanggan aku),..aku layan tv sekejap..tekan remote aku tengok info...alih mana yang best, ada movies kat chaneel 411(HBO) aku malas nak tonton..sah2x kalau aku dah minat kat citer yang best aku akan tido lewat, alamatnya......(esok umai nak ke sekolah, mana aku nak berjogging lagi, nak pos semua pesanan paste bandung dari kawan-kawan)...tebabas waktu solat subuh
opss...panjang pula mukadimah aku nie...

Sambung semula.., tiba-tiba jari aku tak nak beranjak dari chaneel 2, alahai...KRU....kumpulan peberet aku time sekolah rendah...nostalgia sungguh bila depa menyanyi, lagi2 menari (nasib umai dah tido kalau tak mesti dia hairan ibu dia terkinja2)......dianggotai oleh 3 orang adik beradik Norman, Edry dan Yusri time 90 an mereka kurus sungguh, beza sekarang dah matang..maklumlah jadi bapa orang. Aku nak kongsi tentang penyanyi popular nie kat korang, sebab apa aku suka kat kumpulan nie.

Era 90an adalah era pembaharuan industri tempatan Malaysia, tak silap aku masa tertubuhnya kumpulan nie, kita dikejutkan dengan fenomana konset bergerak...time nie lah bermula edisi jelajah kumpulan (band popular remaja) ke seluruh Malaysia dan negara..

Aku ingat lagi, setiap gaya dan trend yang dibawa oleh mereka menjadi ikutan remaja macam aku...ditambah lagi dengan gaya Feminin dimana GAYA pakaian mereka menjadi ikutan..., kalau nak diikutkan mereka menjadi duta pakaian, buku tuala dan lain-lain...walaupun masa kebangkitan era rap ada kumpulan yang lain seperti 4U2C, nico dan lain-lain(aku dah lupa nama kumpulan yang lain, mungkin aku dah berumur kot....)

time tulah aku nak bergaya sikit..bila aku minta duit nak beli t-shirt atau topi..sah2 ibu aku kasi nasihat a.k.a bebelan pedas..aku dah tahu jawapan dari ibu aku tu, baik tak payah minta dari dia..Masa ini, mak saudara aku dah bekerja...dengan dialah aku sering pinjam barang-barang yang dia beli..nasib dia baik hati....bolehlah aku bergaya sekejap...

Sekarang nie, aku dah malas nak layan semua kumpulan yang ada, lagi-lagi penyanyi yang menang dari pertandingan realiti, dari aku layan depa..baik aku layan internet dan blog..Bagi aku, penyanyi sekarang muncul macam biskut..sekejap timbul sekejap hilang...so...pikir-pikirkanlah.........

0 ulasan: