Malam nie, aku nak syer dengan korang tentang jogging...
aktiviti yang amatlah digemari oleh aku selain melayari internet... aku tahu ada antara korang yang suka berenang, poco-poco, sauna, dan lain-lain aktiviti yang mengeluarkan peluh..pada mulanya, aku suka-suka jer buat aktiviti ni dengan kawan rapat di kampung aku...lama kelamaan aku dah mula ketagih...selain buat workout dan gym aku memang tak akan tinggalkan aktiviti berjogging.
Sebelum aku memanjangkan tulisan aku nie, baik aku terangkan kat korang apa yang dimasukkan dengan jogging,..buat pengetahuan korang jogging nie bahasa orang putih, kalau bahasa melayu maksudnya ialah aktiviti larian yang boleh membakar kolori dan memberi kebaikan kepada kesihatan kardiovaskular.
Bagi aku lebih banyak kebaikan yang aku perolehi daripada aktiviti jogging, mai aku kongsi kat korang..
- Badan aku lebih bertenaga (sebelum nie, kalau aku sibuk dengan kerja-kerja di kedai...besok confirm aku tak bangun awal, bila aku dah start berjogging nak bangun 5 pagi pun badan masih segar).
- Mengurangkan tekanan dan memperbaiki emosi ( kalau aku berjogging aku akan melalui kawasan hijau...time nielah otak rasa lega...selesa, tak sakit kepala...).
- Membakar lemak kat area perut, pinggang, punggung dan kaki, (korang percaya tak berapa cm lemak boleh cair dek hentakan dengan berjogging...3-4 cm lemak confirm cair...tak caya?...korang cubalah).
- Jogging boleh mengepam aliran darah dengan sempurna, selain fungsi jantung lebih teratur(korang perhatikan apabila 3bulan aktiviti jogging dilakukan..denyutan jantung korang mesti teratur..malah dengkuran juga berkurangan).
- Untuk jangka panjang,dapat mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit janting dan strok
Keburukan berjogging pun ada juga.,ingat apa juga aktiviti yang dilakukan terdapat kesan buruk, mai baca entry aku seterusnya:
- Korang perasan tak, ada sesetengah individu minum air masak selepas berjogging, perbuatan tu silap..kerana jogging mengeluarkan galian dan air dalam badan korang, confirm korang rasa loya,nak pitam atau pengsan..itukan salah satu perbuatan yang menakutkan, jalan terbaik minum air isotonik seperti 100plus...insyallah korang akan bertenaga semula kerana galian masuk semula ke badan korang.
- Bagi yang nak kurus tu korang jangan amalkan jogging jer, buat workout atau gym. Kata kawan aku Ben Ashaari, jogging tak membakar lemak hanya air sahaja, jadi buat aktiviti lain yer.
- Pemilihan kasut juga amatlah diutamakan, selain selesa atau sesuai, ianya mengelakkan risiko korang cedera pada anggota kaki korang lagi satu ada yang tak suka pakai stokin..maaf jer perbuatan yang silap..bahaya kat kaki korang tu, pilih yang tebal yer, nanti tak melecet.
- Elakkan, berjogging dikawasan bukit, bagi aku risiko untuk cedera amatlah tinggi, sama juga dengan jogging di sepanjang jalan raya...kadang kala kita terhidu asap hitam dari pelbagai kenderaan, kan nyaya jer korang dapat sakit yang lain, selain tu korang elakkan berjogging di tempat yang sunyi,.molek korang jogging di taman permainan, taman rekreasi..ramai orang kurang risiko korang nak diapa-apakan oleh penjahat
Akhir kata, kalau korang rasa fakta aku nie silap silalah komen yer...sebab apa yang aku tulis pun berlaku pada aku...lagipun kadar metabolisma seseorang amatlah berbeza...kadangkala ada yang cemburu kata aku cepat turun, mungkin berbeza pada setiap individu.
Bagi aku lebih elok aku berjogging dari berkumpul atas tangga citer tentang hal orang lain,...(buat tambah dosa jer)
1 ulasan:
kt mne kedainye??anggerik err??
Post a Comment