CITARASA RINDUAN

Monday, March 1, 2010

cabaran di saat akhir

terasa apa langkahku kini kian rapuh
terasa seolah2x aku hilang pertimbangan
mujurlah akal masih menguasai segalanya

ayat di atas merupakan dugaan aku untuk berniaga
mujur hari ini hari terakhir operasi kedai dijalankan
esok (selasa) hingga 9 hb 3, 2010 operasi perniagaan aku akan ditutup sementara bagi melengkapkan persediaan majlid perkahwinan adikku

awal pagi apabila ke kedai aku dikejutkan dengan masalah bekalan air, semalam TNB telah memberhentikan operasi bekalan elektrik bermakna LOGI air SAJ telah terhenti, apabila air telah keluar pada malam tadi, namun masih mengeluarkan kotoran klorin dan bahan2 tercemar,
di kedai alat penapis tidak dapat menyokong pengeluaran air...
sekali lagi aku diuji,..sabar jer lah aku...

dua kali aku berulang ke rumah untuk mengambil bekalan air...mujur di rumah tiada masalah,maklumlah kawasan rumah rendah...air sentiasa mengalir

apabila aku mulakan masakan,,,sekali lagi bekalan gas pula yang menghadapi masalah...12 tong gas semuanya kosong....apakah nasib, bila aku call dengan penghantar gas, masih belum dapat menghantar disebabkan masalah lori...
mujur aku atasi dengan membeli di kedai runcit berdekatan

sekali lagi masalah mendatang....telur pula,,,,
nak masak macam mana?...mee nak digoreng dengan apa?..kalau pelanggan nak makan nasi lemak telur...apa harus ku jawab.....
alahai....
sekali lagi aku menarik nafas...
atasi dengan pergi ke kedai pak wahab.....mujur bekalan ada..namun harga tidak setanding harga belian nak buat macamana
beli ajelah.............

kali ini aku mohon agar tiada masalah lain yang mendatang
tepat 10pagi, pekerjaku mengadu bekalan ais batu dah kehabisan
aku nak buat macamana.......dah sah2x 1 gugusan felda bekalan ais dah habis
sebab aku dah puas telefon kedai runcit berdekatan
lori ais tak dapat hantar awal..masih di tempat pembekal...maklumlah cuaca sekarang amatlah panas..maka permintaan ais batu mendadak macam pisang goreng...
alahai.....

nak salahkan sapa.....?
kenalah sebagai pengurus yang berfirkiran terbuka menyelesaikan masalah dengan hemahnya
nak menangis....sah2x lemahnya aku
aku kena kuat
kuat semangat
kuat akal fikiran

so....... tetapkan pendirian.tarik nafas...
selawat pada junjungan nabi muhamaad
dengar lagu2x yang amat aku gemari
dan akhirnya dengan berblog.....
fuuhhhh........hilang semua tekanan....terima kasih kepada sahabat yang mengajar aku berblog.

4 ulasan:

BEN ASHAARI said...

dugaan hidup ...ginilah..

Mat Gebu said...

Tu lah kan. Bayangkan kawasan saya yang paling kerap tak de air paip, sebab kws agak tinggi. Tapi kalau tak de air dan tak de elektrik, habiss lahh, lumpuh ekonomi!!...Nak bising2 pun tak guna, sabar jee lahhh!

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ben: selagi yang bergelar manusia....yang pasti kawal nafsu marah

mat gebu:sabar jee lahh...alahai ayat2x yang selalu ayu amalkan...heheheh bak kata ben, mat gebu nie otai mengomen....terima kasih sudi jenguk blog saya.

SugarSpices said...

dugaann kan?? hadapi dengan tenang dan sabar. (www.sugarspices.blogspot.com)