CITARASA RINDUAN

Monday, March 15, 2010

TAHNIAH MALAYSIA

kepada DATUK LEE CHONG WEI
tahniah mengharumkkan kembali nama MALAYSIA
sudah lama MALAYSIA kehilangan taring, lama aku nantikan detik ini...
ikuti kisah di metro, sila lah....

teringat zaman silam, sewaktu kemenangan MALAYSIA dengan kehebatan permainan badminton era 80an, kemahsyuran adik beradik SIDEK, seperti MISBUN, JAILANI, RAZIF, RASHID ..waktu tu umur aku dalam 10,11 tahun...
bila kawan-kawan sibuk kehulu kehilir dengan reket ditangan aku dan adik beradik, minta ibu belikan reket...

masa lampau, manalah orang tua berduit, lagi-lagi felda belum maju..
pendapatan pun tak seberapa, disamping ibu ambil upah menjual kuih muih kat kedai berdekatan

aku manalah faham itu semua
mula merengek, minta reket badminton
kalau era 80an, mana ada kedai runcit yang jual barang-barang sukan,
PNF, sekarang di panggil D`MART pun belum ada jual, kalau barang-barang dapur macam kentang,bawang, halia adalah...

nak cari di pasaraya berdekatan, seperti kota tinggi atau mersing, bukannya dekat..
1jam setengah atau 2 jam perjalanan ke bandar, nak kena fikir tambang bas, bas pun lalu 3 jam sekali....

bila ibu dan abah buat dek jer, aku dan adik mula pasang idea
kami ambil batang ubi..ikat dengan tudung periuk....
alahai.....

okeylah dari tak ada....

tapi, memang tak sama....kawan-kawan dan jiran-jiran sebaya ketawa bagai nak teburai isi perut..
aku balik sampai mata bengkak sebab menangis kesedihan

nasib baik, pak saudara aku memahami...
sebulan kemudian kami adik beradik dapat yang original walaupun 2 batang reket harga dalam rm9.00...


1 ulasan:

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

yelah kak...teringat dulu2..
bila time game badminton...sana2 sini budak usung raket kan.....dari x pandai....berlakon pandai..ha ha haah...

sungguh nostalgia