CITARASA RINDUAN

Sunday, March 28, 2010

MELUAT

Malam nie, sajer aku nak kongsi cerita tentang gelagat pelanggan kedai aku, kalau nak diikutkan semuanya nak dilayan dengan baik...sampaikan botol sos cili, tisu depan mata pun,,sanggup panggil pekerja aku yang sibuk dengan kerja mereka, bukan susah sangat pun..angkat jer kaki, selangkah dah dapat benda yang dikehendaki...ini, sanggup panggil pekerja aku macam tertelan besi dalam nasi,buat suspen jer..

Aku nie buka suka nak kongsi cerita yang buatkan korang menyampah nak baca..tapi sekurangnya dapat juga aku lepaskan perasaan yang menyeksa jiwa,.

Aku pun pelanggan juga, suka lepak makan kat kedai orang lain, suka merasa air tangan orang lain...tapi tak lah sampai nak buat pekerja kedai makan sakit hati atau makan hati...(dapat makan hati ayam okey juga,.sedap kalau dapat masak ungkap)..lalalal..sambung balik..kalau zalie nak tisu, aku bangun ke chasier, kadang-kadang sesetengah kedai makan tak sediakan tisu atas meja, nak `save` letak tisu yang keras atas meja chasier..

Rasa meluat kadangkala wujud dalam benak aku, rasanya nak jer aku lepaskan kata-kata nista...(wow kalah kak Engku)...tapi, bila dipikirkan balik..akibat atau kesan mendatang...baik aku pendam jer, buat baik jer, walaupun aku menyampah yang amat................

2 ulasan:

Mat Gebu said...

Betul..betul..kalau tak iye2..kita boleh hangin satu badan...ada kastemer nie mmg dilahirkan untuk jadi kekwat seumur hidup mereka...hahaha, mati lah kena saman lepas nihh!!...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abg mat....tq jenguk blog ayu yg syok sendiri nie...

alahai....selagi belum tutup mata....kerja3x....huhuhuhu