Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, March 29, 2010

BINATANG YANG PALING AKU TAK SUKA


Apa pandangan korang tentang ular...mai aku kongsi dengan korang tentang spesis binatang yang paling aku tak suka a.k.a geli. Sebelum panjang lebar aku becerita baik aku jelaskan kat korang tentang jenis ular yang terdapat di Malaysia. Pelbagai jenis ular yang ada seperti ular tedung(terdapat di kawasan paya,tanah lapang, kawasan perumahan), ular kapak(terdapat di kebun), ular laut(terdapat di pesisiran pantai dan muara sungai) dan banyak lagi jenis ular yang aku tak ingat namanya yang dikategorikan sebagai merbahaya...

Tapi ada satu spesis ular yang paling aku gerun iaitu ular sawa....yang buatkan perut aku kecut kalau memandangnya, kasi free ambil gambar dengan spesis nie pun aku tak mahu..dalam kotak ker, dalam cermin ker...aku tak akan pegang atau toleh...mahu cabut lari lagi molek dari menghampiri spesis binatang nie...

Walaupun ular sawa tak berbisa, namun mempunyai deria mengesan haba berdarah panas iaitu manusia, itulah yang paling aku gerun sebab apa yang aku tahu risiko ular sawa nak telan manusia amatlah tinggi...dengan sekali belitan dan pelukan mangsa boleh mati, bayangkan ular sawa sepanjang 6-10 meter yang terdapat di seluruh Malaysia kalau ditelannya ayam, kambing, anak lembu dan itik tak apa ini manusia...alahai..selisih 44 minta dijauhkan...

Cara paling mudah nak elakkan spesis nie, baik lari sekuat hati....tak pun jangalah korang pi tempat yang berisiko tinggi yang ada spesis ular sawa nie...

korang caya tak? Aku selalu risau kalau tiba-tiba kena kat aku atau korang....

>
>
>
>
>
>
>
>

(gambar nie aku ambil dari blog seorang kawan..pinjam yer sis)

apa korang nak buat?......

2 ulasan:

Mat Gebu said...

Teringat dulu kat email ada org fwd gambar ular dalam mangkuk tandas....saya sampai tak boleh nak buang air sebab terasa sesuatu jee, bila melabuh kan punggung kat toilet bowl...hahaha, sampai mcm tu sekali..

Unknown said...

abg mat...ayu pun mmg jenis yang ala2 abg mat,kalau tgk majalah atau tv...yg ada citer ttg spesis tu mmg berjaga2...kalau dlm citer tu ular masuk dlm kain baju dlm mesin basuh ...ayu seminggu masukkan baju xcheck...TAKUT.....