salam petang kawan-kawan
selepas aku bincang secara terbuka dengan zalie, akhirnya dia mengikut nasihat aku...
kami bertolak ke pakar putri jam 8pagi, sebenarnya apoinment untuk akan datang pada 10hb 4 2010,, namun aku dah tersangatlah risau melihat derita yang dibawanya
setelah sampai ke hospital,seperti biasa paking penuh...aku daftarkan dahulu nama zalie ke doktor diong, nombor kami yang ke 19...ada 17 orang lagi yang belum dicheck, setelah zalie jumpa paking..., aku ajak dia minum dahulu...kami borak sambil menikmati air panas..
bila tiba giliran, doktor memeriksa sepenuhnya penyakit zalie...aku rasa berat hati kalau dia tetap tak dapat tido...lagipun dia masih menjalani rawatan obesiti dan berhenti merokok
doktor cadangkan, scan dan xray...aku perhatikan zalie dah mula layu...kesiannya suamiku,...semoga tiada penyakit yang menimpa,,,risau juga kalau ada problem jantung dan paru-paru
selepas semua proses rawatan dibuat..tiba masa untuk membayar bil perubatan..nasib baik bayaran masih dibawah anggaran kami...memanglah caj hospitar swasta nie agak mahal..namum berbaloi..
teringat kisah zalie dirawat di klinik biasa, doktor tu memberitahu zalie menghidapi jantung bengkak,,,tekejut yang amat aku bila doktor kata macam tu...nasib aku ajak dia terus ke pakar putri..tak silap tahun 2006...akhirnya keputusan dari doktor diong...dia hanyalah menghidap darah tinggi....alhamdullulah.....aku tak berapa takut kerana memang family zalie menghidapi penyakit ini...lagipun zalie rajin makan sayuran yang pahit-pahit
aku doakan yang terbaik untuk zalie...semoga dia masih bertahan dengan penyakit yang dihidapi..15tahun dia menjadi perokok tegar kini sudah masanya dia berhenti....sesungguhya ayu amatlah menyagangi dan mengasihimu MUHAMAD RAZALI B HAMIS...
1 ulasan:
semoga encik zalie sihat ye kak..
Post a Comment