CITARASA RINDUAN

Sunday, March 28, 2010

MOULOD NABI



PART 2

Hari nie aku nak sambung lagi citer berkenaan majlis maulod nabi...walaupun aku sibuk dengan kerja-kerja di kedai..(maklumlah dah lama tak buka)..wajah kedai pun dah berwajah baru..pekerja pun bertambah comel dengan kasut dan appron baru..pink colour lagi...semua pelanggan pun bertambah-tambah masuk ke kedai..alhamdullilah rezeki malam minggu...

okeylah aku sambung semula bab majlis maulod nabi semalam yer...(27hb 3)..ustaz MOHD RASHID BIN MD SALLEH..merupakan penceramah yang diundang dari Parit Sulong,Batu Pahat..ustaz nie memang sempoi gile...walaupun tajuk ceramahnya amat berat, namum dah adat melayu, anak jawa, makan belacan dan ubi getok(salah satu makanan jawa,tak tahu apa tu..tanya mat gebu, satu daerah dengan aku)...abg mat, kasi 1 mangkuk antik...siap promote mat lagi...hehehe)...membawa ceramah dengan lawak jenaka yang amat ringan..sampai aku khusuk mendengar tak pandang kiri kanan...umai pun entah ke mana..agaknya main dengan kawan-kawannya lah tu...

sambung balik bekenaan ceramah dari ustaz Rashid, beliau banyak menekankan masalah anak-anak remaja masa kini, kaun bapa dan kaum ibu. Beliau memuji sifat kaum ibu yang ada semangat yang tinggi untuk belajar mengaji, belajar solat dan lain-lain...banyak juga info yang amat aku gemari seperti sifat segelintir masyarakat yang solat main ikut suka, bak katanya,..

`kalau lah guru silat seMalaysia, janganlah solat ikut macam langkah silat...`siap buat gerakan tangannya lagi...

(aku gelak tak tahan sampai menitis air mata)..para tetamu pun pakat gelak dengan ceramah beliau...banyak faedah dan manfaat yang aku di perolehi dari kata-kata Ustaz Rashid...semoga tahun depan beliau dapat diundang sekali lagi untuk memberi ceramah kepada kampung f Sg Sayong...

ada lagi beberapa keping gambar yang belum aku tunjukkan kat korang, alahai aku nie main taip jer, korang tak suka baca..aku tak kisah..janji aku suka luahkan semua pengalaman yang aku lalui...
jom...jenguk gambar-gambar selanjutnya

>
>
>
>



oh....anak aku kat sini, dengan geng2 upin nyer....hahahah



sedara mara aku nie...comel2 gak depa bila kena tangkap pic candid



siap posing gak aku dengan gengku, yang buat tak tahan tu...tekak haus, air pula depan mata macam-macam warna..berais pula...alahai....aku tak leh minum...nasib bawa air masak dari rumah..tahan jer lah nafsu..



penceramah dari parit sulung USTAZ MOHD RASHID B. MD SALLEH.. ustaz terima kasih atas ceramah anda.(MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH)



Kaum ibu yang sanggup meluangkan masa meraikan maulod nabi...(susah nak lihat kaum bapa dengar ceramah atau datang ke majlis seumpama ini) bila lah depa nak buka mata dan hati...ikhlas menghadirkan diri..kan dapat pahala



kumpulan nasyid dari SEKOLAH AGAMA F SUNGAI SAYONG, KULAIJAYA



masa untuk gotong royong pembahagian makanan(nasi kawah), berkat makan ramai2...amin

Eh, geng aku nie tak ajak makan pun...alahai...tertinggal ler aku, asyik snap pic jer...wawawawa


orang kuat...bahagian dapur..agaknya para bapa nie, suka memasak mengantikan kaum ibu yang syok mendengar cermah....(agaknya)

Alhamdullilah, semua urusan dah selesai..aku pun dah kumpulan aku dah siap mengemas barang-barang yang telah digunakan...jam 11pagi majlis selesai...jam 12.30tengahari aku dah pulang....umai kepenatan terus tidur....

0 ulasan: