CITARASA RINDUAN
Thursday, January 24, 2013
Bila lama tak update blog
Salam Maulidur Nabi buat pembaca blog CR..
Kepada sesiapa yang berpuasa sunat. Selamat menjalani ibadat sunat. Pelbanyakkanlah selawat atas junjungan besar.. Rindu pada kepimpinan baginda.. segala kehidupannya semasa hidup diserahkan bagi meluaskan lagi jajahan untuk mengembangkan umat islam. Allahuakhbar.
Lamanya tak update blog. Rindunya pada teman-teman.
Maaflah ku memang kesibukkan menguruskan keperluan yang lebih utama.
ps:. In Shaa Allah, lewat petang nanti. 3 orang blogger akan bermalam diteratakCR.. Moga dipermudahkan...
Saturday, February 19, 2011
Gegar blog ke -78 Zul dan Dunia, Sambutan Maulidul Rasul Di Felda Sungai Sayong
Sunday, March 28, 2010
MOULOD NABI
Saturday, March 27, 2010
part 1 moulod nabi
Friday, March 26, 2010
MOULOD NABI
Friday, February 26, 2010
Salam Maulidul Rasul, kepada umat islam didunia...aku nak berkongsi sedikit berkenaan maulidul rasul, dimana,Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi mengungkapkannya sekali) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (Baginda mengulang ungkapan ini sebanyak tujuh kali).
Dan para ulama berpendapat menyambut Maulidur Rasul ialah antara amalan mengingati dan beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan keperibadiannya yang boleh menyedarkan manusia akan tanda kebesaran Allah.
Firman Allah dalam Surah Al-Hajj membawa maksud “Barang siapa memuliakan tanda-tanda kebesaran Allah, maka sesungguhnya ia satu gambaran ketakwaan hati”.
Maka Maulidur Rasul yang disambut dengan rasa ketakwaan ini pada setiap majlis, ceramah atau forum akan mendekatkan umat Islam untuk menghayati keperibadian mulia baginda Rasul, meninggalkan segala yang ditegahnya, melaksanakan apa yang diajarkan, mengajak orang lain ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.
justeru itu marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah rasullulah.......
menghadiahkan al-fatihah kepada baginda........semoga kita ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...amin