CITARASA RINDUAN

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidul Rasul, kepada umat islam didunia...aku nak berkongsi sedikit berkenaan maulidul rasul, dimana,Dalam satu riwayat hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi mengungkapkannya sekali) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (Baginda mengulang ungkapan ini sebanyak tujuh kali).

Dan para ulama berpendapat menyambut Maulidur Rasul ialah antara amalan mengingati dan beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan keperibadiannya yang boleh menyedarkan manusia akan tanda kebesaran Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Hajj membawa maksud “Barang siapa memuliakan tanda-tanda kebesaran Allah, maka sesungguhnya ia satu gambaran ketakwaan hati”.

Maka Maulidur Rasul yang disambut dengan rasa ketakwaan ini pada setiap majlis, ceramah atau forum akan mendekatkan umat Islam untuk menghayati keperibadian mulia baginda Rasul, meninggalkan segala yang ditegahnya, melaksanakan apa yang diajarkan, mengajak orang lain ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

justeru itu marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah rasullulah.......

menghadiahkan al-fatihah kepada baginda........semoga kita ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...amin

0 ulasan: