isterimu tidaklah sehebat Siti Khatijah
Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikali tidaklah semulia Siti Khatijah
Tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah
Justeru........... isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita untuk menjadi isteri solehah
perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama
isteri menjadi tanah dan kamulah langit penaungnya
isteri ladang tanaman dan kamulah pemagarnya
isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya
isteri adalah murid dan kamulah gurunya
saat isteri menjadi madu,kamu teguklah sepuasnya
ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok, kamulah yang meluruskannya
perkahwinan menginsafkan kita, betapa perlunya iman dan taqwa
untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah S.W.T
kerana kamu tidak memiliki isteri yang terhebat seperti dalam mimpimu
justeru kamu akan tersentak dari alpha kerana kamu bukanlah Rasullulah s.a.w
dan juga bukan Saidina Ali r.a
kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi suami yang soleh
1 ulasan:
akak yg ni pun awe amik jugak ye..tq
Post a Comment