Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, February 19, 2010


dari awal tahun 2010, aku memang berazam untuk menurunkan berat badanku,
ramai kawan-kawan pun dah start menegur bekenaan berat badanku
kalau hubby ku pulak jernis yang memang tak pernah nak bising berkenaan diri aku, janji aku cukup makan, sihat, cergas dalam menjalankan setiap aktivitiku


maklumlah kalau dah menghadap makanan dikedai..
semua aku kena rasa,
asal goreng nasi aku mesti rasa, kalau aku goreng 50 orang makan,
korang kiralah sendiri berapa banyak kolestrol aku lahap...

nak berdiet memang kerja yang senang bagi sesetengah orang,
malah ada yang punya keinginan, bertahun-tahun simpan hasrat nak hilangkan lemak2 dibadan
tapi pelbagai halangan dan helah yang diberikan

tak kecuali, aku pun macam korang gak, punya keinginan nak cantik, jelita
tapi dah tak sedar diri yang makan tak ikut aturan
main masuk2x....keluar tak juga
mana lah spey tyre dok bertimbun sana sini

oleh kerana aku berkenan dengan seorang blogger yang paling aku gemari berkenaan displinnya...
aku mulakan dengan jadual yang diberikan....
pagi-pagi aku makan oat, tengahari pun oat, petang aku makan biskut, manakala kalau betul-betul lapar aku akan makan dalam kuantiti yang sedikit untuk pengambilan nasi,
sayuran, buahan dan air suam adalah makanan yang rutin dalam 2 bulan ini.
minyak, lemak semuanya aku tolak tepi
manakala makanan ringan aku buat dek jer......kalau ada depan mata, takut aku hancuskan diet nie



jogging, work up pula aku buat setiap minggu,
nie pun bergantung kepada masa yang terluang
kekerapan adalah pada hari jumaat a.k.a cuti

inilah hasil yang aku perolehi semasa tempoh aku berdiet


gambar ini aku ambil pada hari ini ( 19hb 2.2010)


ini pula gambar sebelum aku memulakan sesi berdiet

kepada rakan-rakan sekiranya anda berdisplin, jaga makan dan minum
insyallah, kejayaan milik kita pasti beroleh dalam masa yang diingini

jangan pula kita sibuk makan ubat kurus yang tak terjamin kandungannya....
amalkan sifat berhati-hati demi kesihatan sendiri

akhirkata
DIRI KITA, HAK PERIBADI

3 ulasan:

Anonymous said...

Wah Ayu... sungguh berjaya. Akak angkat tabik! Teruskan lagi sampai dapat berat idaman. Soalan yang Ayu bagi Kak Sri tu, tak sempat nak fikir langsung... sekarang tengah fikir jugak, tak dapat idea la...

Unknown said...

terima kasih kak sri....ayu dh hantar jawapan....heheheh3x....tak apa...

hehehe3x..nie masih dalam perjuangan......kak doakan

Unknown said...

diet jgn tak diet...hehe...