CITARASA RINDUAN

Thursday, February 18, 2010

Dugaan


alhamdullilah...akhirnya terik mentari yang mengakibatkan tanah-tanah kering, pokok2 sayuran ku kering dan layu, malah ada yang mati..
aku, terpaksa mencatu air dalam tempoh 2 bulan sebelum ini, kuatir bekalan minuman dan mandian kehabisan..

inilah lumranya alam, tak semestinya cerah, tak semestinya gelap....namun untuk tahun ini aku merasakan sungguh hebat dugaan Illahi..namum syukur kepadanya, penjual ABC tak kering tangan mengayuh mesin ABC, perniaga air tumbuh bak cendawan di sepanjang perjalanan...

aku hanya membasahkan tekak dengan air masak atau suam, kerana bagiku air itu lebih membuatkan aku bertenaga, mujur air suling ada dirumah dn di kedai..tapi, tetap aku memasakknya, kuatir memudaratkan keadaan terutamanya kulitku...

Syukur pada 18hb 2, hujan turun sepintas lalu, selepas maghrib menandakan Allah mendengar doa kami.....Amin... sehingga 19hb masih lagi berlaku hujan sepintas lalu, namun itu cukup mengembirakan hati ku daripada bumi tidak dibasahi air...






pelanggan dikedaiku besorakkan apabila hujan turun, walaupun tak lama....itu memadai bagi kami...syukur

masa ini aku drive....sempat lagi aku take pic..ehheheheh,mujur ler hubby aku bawa keter lain...kalau tak aku dh kena lazer.....panas2x...heheheeh

sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya..yang dapat ku simpulkan
  • kami, sekampung bermuafakat dan saling berkerjasama dalam mengatasi masalah sesama, hinggalah wujud toleransi sesama kami
  • membuktikan bahawa dugaan yang melanda disekeliling, kita perlulah bersyukur atas apa yang berlaku,bahawa ada negara lain yang lebih menderita dari negara kita sendiri
  • menginsafi diri dan membersihkan diri dalam menangani setiap masalah..
  • saling membantu dalam bentuk tenaga untuk melebarkan takungan air dan menyekat pengaliran air ke takungan SAJ, hasil gotong royong kami

0 ulasan: